Wednesday, June 7, 2017

Salted Egg Crab at Hokkaido Seafood Restaurant

Assalamualaikum

Pepetang ni nak belanja la korang dengan gambar Salted Egg Crab yang I makan dekat Hokkaido depan Vistana Hotel masa habes futsal last time. Sebab dah petang sangat, kita belanja satu gambar je la eh? Kang kasik semua gambar ada yang lempar laptop keluar tingkap pulak. Kah kah kah. Nak pulak haritu kata Izzy 'Kaksu order semua jenis seafood' Maka segala ketam, udang, sotong, lala, ikan SEMUAAAAA kitorang order. Babun je tak order hahahah. Tenkiu Boss belanja! Puas hati Intan dapat makan. Kata dia memintak la jangan satu table dengan Aizat sebab Aizat kuat makan. Doa Intan dimakbulkan, Aizat duduk meja sebelah tapi Wakjoi pulak sama meja ngan kitorang. Hahahahaha. Tapi biasa lah, orang tamak sifatnya begitu. Sudahnya makanan tak abes pon. Sampai terpaksa bangun loncat-loncat kasik nasi turun, baru makan pulak. Ishk ishk ishk sampai macam tu sekali. If dekat KL area ni, I suka makan keketam macam ni either dekat Hokkaido or dekat Stadium Jalan Yap Kwan Seng. Service cepat, lepas tu sedap. Selalu order Kam Heong or Salted Egg, next time (yang taktau lagi bila) ingat nak order Sweet Sour Crab pulak. Peeeerggggggghhhhhhhhhh. Harini untuk berbuka, I nak makan nasik. Nak makan baaaaaaaaaaaaaaaanyak. Laaaaapaaaaar! Kbye.


Salted Egg Crab at Hokkaido Seafood Restaurant. 

Just in case korang wondering, restaurant ni bukak at 5.00 pm tutup at 2.00am so kata la tetiba pukul 12.00am teringin nak makan ketam, datang sini ok? Sebab sini tutup lambat. So dah takde alasan lagi. Wooo hooooooo!! (Gembira betul orang puasa ni kan?) Hahahaha.

Hokkaido Seafood Restaurant
68, Jalan Lumut, Titiwangsa Sentral,
50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...