Tuesday, July 11, 2017

Boat Noodle With Nina

Assalamualaikum..

Frust sangat dah 3 juta kali datang Boat Noodle Avenue K nak makan roti steam kaya tu tapi each time pon takde. Datang pukul 1.00pm dia cakap sold out, datang pukul 6.30pm apatah lagi. Haritu datang before 12.00pm poooooooooon takde. Tapi kalini dia cakap supplier problem. Roti ada, tapi kaya takde. So I agak last time tu takde mesti dia tipu I. Kalau dah tau takde, jangan la letak dalam menu. Lekat je dengan sticker Out of Stock or Not Available, takde la tiap kali I datang dengan semangat waja, dah terasa kat tekak tapi tiap kali tu pon keciwaaaaaaaaaaa. Sedih tahu tak? Ko apa tau bonding Siti Nohaliza dengan makanan macam mana? Boleh buat moody sehari ok? Dia memang macam tu. Kekadang kalau meroyan teringin giler, boleh buat nanges. Jangan carik pasal. Hahahahaha. Tapi bila dah kenyang, dia rasa la lega cuma bengang tu memang lambat sikit la habes. Kata Nina (Manager I dekat Nuffnang), dekat The Mall confirm ada. The Mall eh yang dekat PWTC tu? Memandai I cakap The Mall. HAHAHAHAHA. (Oh Nina cakap Sunway Putra Mall PWTC). Dekat Ampang Point tu takyah pergi la, manjang full. Bila entah yang tak full MENYAM. Haritu macam ternampak-nampak ada dekat My Town. Ke Kyochoon eh yang I nampak tu? Hahaha. Masalah peringatan la I sekarang ni. Asyik lupa je. Banyak makan semut macam ni la. Shein tu asal nampak semut je dia pijak je, tak pon dia penyet. Lepas tu yang dah mati tu dia suruh I letak tangan and berlakon pura-pura kena gigit semut lepas tu cakap ‘Go cry now’. Selagi tak nanges nanti dia tak puas hati. Kekadang dia sekali nanges. Hahahaha. Comel la Shein. Shein jugak yang best. Boat Noodle Avenue K tak best. I nak pesan pada Manager Boat Noodle Avenue K tolong la eh check balik service. Kot semuaaaaaaaa branch sold out Roti Kaya tu I boleh la accept, ni dah kenapa branch kau je masalah. E! 


First Time try ni. Nama beliau ialah Grill Beef Meat Ball. Harga RM5.90 dua cucuk macam ni. Korang kena try sebab sedap.



Thai Popeye's Tempura ni - RM6.90 this time tak abes sebab muak pulak. If makan 4 orang boleh abes kot? Tapi sedap la sayur goreng celup macam ni.


Chicken Wings ni kita order sorang satu. RM4.90 semangkok. Kurus dia punya ayam. I saspek ayam ni ada penyakit anorexia. Yang asal makan je, muntahkan balik. Sebab tu dia kurus. Hahahaha. Korang terfikir tak macam mana ciken wing dengan Boat Noodle ni kurus-kurus? Macam mana eh dia bela ayam menten kurus je? Pakai korset ke ayam dia? Wahahahaha.


Kitorang order lapan mangkok. Gone semua. Ada Thai Rice Noodle, ada Thai Egg Noodle. RM1.90 semangkok. Dua kali suap gone.


Nina ni Manager I yang Ke-4. Memula Sam, lepas tu Michelle, lepas tu YY and ni Nina pulak. Semua pon baik-baik and helpful belaka. 


Nina ni muda lagi. Baru 25 tahun. Stylo orangnya. I suka tengok dia punya dressing. Each time jumpa cantik je.

Thank you Nina teman Kaksu makan haritu. Walaupon tak dapat makan Roti Steam Kaya tu. Memang gua tak puas hati sampai sekarang. Hahahahahaha. Bangla yang kerja tu pon semua macam takot je nak ambik order. I kalau lapar memang moody sikit. Dah kenyang baru gembira. Satu lagi kalau makan pedas sangat, jangan sapa-sapa peramah nak tanya macam-macam. Hahahahaha. Dulu masa kerja Balai selalu la makan dekat Ayam Penyet AP. Situ sambal dia perrrrrghhhhhhhhhhh level buasir bunga kelopak 5 engkau! Pedas nak mampos! Dah tetua ni perut mana tahan makan pedas sangat. Dulu masa sekolah, kalau naik bas trip kedua kita selalu la makan Mee Sup dulu. Letak cili banyak-banyak sampai air keluar sendiri dari mulut. Duduk la kat sinki kasik air pedas keluar, dah macam air terjun. Now tak berapa berani nak makan macam tu. Buasir! Hahaha. Nanti bebila kena carik jugak ni Roti Kaya Steam tu. Kot nanti mati mata celik je. Orang tanya kenapa la Suraya tu mata tak pejam, amenda la dia tingin? Jawapan : Roti Steam Kaya Boat Noodle. Tu semua salah Boat Noodle. Kbye.

-eNd-

2 comments:

Pretty Sweets said...

Syg skg dh ade kiosk chill-chill utk roti sgkaya & boat noodle beverages..so far yg i taw kt setapak central & aeon au2 belah luar dkt dpn johnny's

adda syuhada said...

salam..
singgh nk tgok makanan kat sini..hehe
sedap nye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...