Assalamualaikum..
FINALLY dapat jugak ku merasa Sangkayaa kepundek di
Boat Noodle selepas semalam kesedihan mengadu Keluh Kesah Mak Esah pada blog reader’s
kesayangan. Ada yang suggest macam-macam outlet Boat Noodle tapi dah namanya
becinta dengan Ampang maka susah jugak kaki nak melangkah. Sebetulnya tak
besungguh la tu tingin, sebab kalau besungguh mesti ke Klang pon sanggup dahku pergi.
Macam kalau kita menginginkan sesuatu dalam hidup contohnya J O D O H yang baik,
ketengan hati, mengadu pada Allah perihal masalah hidup, inginkan pasangan
menyintai kita dengan sepenuh hati, supaya BF/Suami ubah perangai, hidup lebih
senang (dimurahkan rezeki) serta macam-macam pengaduan yang lain, SELAGI TAK
BANGUN TAHAJUD TENGAH MALAM mengadu pada Allah maksudnya takde la besungguh
kita nak sebenarnya. Hatta kalau inginkan kesihatan orang yang kita sayang
pulih, if takat doa dalam hati, doa waktu hujan, doa lepas solat dan selagi tak
Tahajjud, semua tu tak declare kita nak besungguh. Ok? Sekian ceramah Uztajah
Nobayah. So sapa yang inginkan sesuatu dengan besungguh, bangunlah sepertiga
malam untuk buat Tahajjud. Ni I pernah buat, ngadu pada Allah and magic, memang
Allah tolong kasik jawapan and I dapat apa yang I nak. Serious. Ok sambung
cerita Sangkayaa kepundek. Kepundek tu tambah sebab bengang. Masa tadi ni sikit
lagi I nak kena rasukan ablasa tapi naseb baik staff Boat Noodle cakap ‘Sangkayaa ada Miss, tapi kena tunggu 1 jam.
Roti tengah steam’. BAGUS. Sebab memula dia cakap TAKDE. Lepas tu I
bebel-bebel cakap suruh keluarkan dari menu BARULAH DIA KATA ADA. CARIK PASAL
SUNGGUH NI KAN? I agak dia saja nak menyakat sebab semua dah gelak-gelak. Bodoh
nih!
Sangkaya.
Kau kan? E!
Anny pulak memang tengah kebuluran. Katanya nak
makan masam+pedas and memang nak makan Sangkayaa jugak so boleh la repeat Boat
Noodle. Dia duduk diam-diam dekat tepi langsung tak kacau I tengok menu and
berani dia membiarkan I order sendiri.??? Makanya I mengorder 4 mee, 1 kerabu Maggie,
satu Grill beef Ball, 2 Chicken Wings, 2 Sangkayaa. Lepas tu ada hati nak order
Tempura tapi I sempat isitifar. Hahahahaha. Anny cakap ‘Suraya, kau order Sangkayaa 2 ke?’ ‘Eh mestilaaaaaah. Sorang satu’. HAHAHAHAHAHA. Lagipon ciken wings
dia kurus. Kata Anny, sebab tu anak ayam. Yer ker wei tu anak ayam? Kejam kot
kalau dia kanak-kanak lagi dah sembelih. I cannot brain this. Tingat dekat
Bintik, ayam emak dekat rumah yang Boipren dia Si Taji Ayam jiran sebelah. Kata
Mak, Bintik dah meninggal. Mati bawah rumah. Taji kokok-kokok cari Bintik. Dia
taktau Bintik dah gone. I cakap pada Mak, patut sebelum kebumi Bintik, Mak
bawak la Taji tengok jenazah Bintik so dia takde la meroyan kokok-kokok carik
Bintik. Kata Mak, biarkan dia. Sapa suruh kawen bini tua sangat. Bintik tu pangkat
nenek dia dah. Hahahahaha. Melawan je Mak ni tau kalau I cakap apapa. Ada je
jawapan dia. Geram je.
Kak
Kiah korang dah mental koyak tengok makanan. Hahahaha
Ni
Mimie Fahmi punya pasal la ni. Cakap Kerabu Maggie sedap. Sudahnya I tapau je
sebab no space anymore to eat.
Sebelum
balik, sempat pau Kak Kiah casing henpon dan jugak tempered glass iPhone. Ada
hati tu dia nak ambik yang iPhone 7 punya sebab lagi lawa casing dia. Jangan
nak buat sedih sangat.
Kah Kiah korang ni kalaupon ambik gambar 100 juta
keping hatta dah siap mekap cantik and dekat studio TETAP takde satu pon dia
berkenan. Hahaha. Dia cakap tak lawa. Lepas tu now ada perangai suka amek
gambar timing tetengah orang lalu lalang. Ni gambar atas dekat booth casing
handphone ni. Tepi escalator. Ada satu gambar dia boleh siap naik satu tangan
letak belakang kepala macam iklan deodorant. Dia punya confident! Hahahahahaha.
Anyway, tenkiu Boat Noodle Avenue K kasik I and Kak Kiah makan Sangkayaa
kepundek. Lagi 3 tahun la pulak makan. Dah ilang ngidam. Kalau mati, mata dah
rapat ni. Kbye.
-eNd-
2 comments:
sangkaya boat noodle mmg sodap..br juga mkn last week..mmg tiap kali pi boat noodle wajib order
sedapnyer...
Post a Comment