Assalamualaikum..
Dah lama plan nak jumpa dengan Muni since dia dah
balik Malaysia ni. Nak makan sama-sama dengan Kaklong I, Kaklong Ellis, Ellis
semua tapi tak berjaya until la Selasa lepas dapat kitorang jumpa and makan
malam sama dekat B-Station - Korean Restaurant dekat Ampang. Dekat Ampang ni
memang ada Korean Row yang ada Korean Restaurant, Korean Mart semua dekat je
dengan rumah I. Depan Ampang Point tu je so takde hal la nak datang selalu
sebab dekat. Memang feel macam dekat Korea bila datang sini. I selalu la datang
Phill Mark beli susu pisang and ada nampak la berderet Korean Restaurant tapi
tak sure mana yang sedap and mana yang halal. Sekali haritu Muni bagitau dia
dah tau mana yang halal and sedap tu yang kitorang pergi sama-sama. Muni now
kerja dengan Korean Government dekat Malaysia ni, and dia tau restaurant ni
dari situ la. Kata dia sedap dan murah. Rindunyaaaa nak dengar Muni cakap Korea
and rindu nak makan authentic Korean Foods. Tingat masa dekat Korea dulu,
hari-hari enjoy makan Korean Foods tapi infuse dengan Malaysia sikit la sebab
makan dengan sambal hahahaha. Sedap! Ni dapat chance habes semeja kitorang
order. Dah la murah! Owner dia Korean and tinggal kat Malaysia since 30 tahun
dulu and B-Station ni is Halal InsyaAllah. So sesapa yang nak try makan dekat
sini, boleh la datang ye? Halal. Thank you B-Station sebab tak serve makanan
tak halal. Sian kita Malaysian also nak makan authentic Korean cuisine. Naseb
baik dorang prihatin. Kaklong punya la happy dapat makan semua. Elok la dia
makan puas sebab esoknya admitted dekat Pusrawi. Iyaaaaaan iyer!
Sedapnya
semua ni! Kena repeat balik ni anytime soon. Nak order pulak yang tak boleh
order haritu. Dumpling dengan Seafood Pancake tapau untuk Sazli. Tu nampak
macam sedap jugak. Cis!
B-Station ni memang macam typical Korean Restaurant
yang kita boleh jmpa banyak dekat sana. Suka hias cecantik, sempit sikit.
Hahahahahaha. Lepas tu I perasan restaurant Korea ni dia ada macam ‘bau’ dia yang ala-ala woody tu, susah
nak explen macam mana. Melangkah masuk je terus hirup udara dalam-dalam lepas
tu cakap ‘rinduuuuuuunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’.
Hahahahaha. Muni ni sejenis penyabar je dia. Masa I dengan Kaklong order dia
cakap ‘Banyak sangat tu, nanti tak abes’.
Kitorang dok mengadap menu je dekat 10 minutes. Itu nak, ini nak. Rambang mata.
Hahahahaha. I paling suka kalau dapat makan sotong bakar dengan mackerel grill
balut dengan salad, tapi takde pulak. Takper lah, nanti nak tanam sendiri la
salad dekat belakang rumah. Macam Huda, ulam semua tanam sendiri. Nanti I nak
tanam Pegaga, Bendi, Lada hijau semua. Bestnyaaaaa!! (Start dah berangan).
Hahaha.
Appetizer
kitorang ambik Tukbokki. Harga dia RM14.50
Yang
ni pulak Korean Fried Chicken. RM22.50
Huwaaaaa
sedapnya Kimchi Pancake ni. RM16.50 harga dia.
Yang ni I order. Pot Beef Bulgogi. RM22.00
sahaja. Kenyang! Come with rice.
Yang
ni Beancurd Bulgogi. RM26.50. pon dapat dengan nasi. Kenyang makan ni.
Ellis
nak sotong. Yang ada sotong Cuma Spicy Cuttlefish Rice ni. Jadiklah. RM20.00
sahaja.
Ni
kalau korang datang, wajib order. Nama Korea entah apa tapi nama English beliau
ialah Spicy Seafood Noodle. RM24.00 semangkok. Eh, sebesen. Hahaha.
Portion
sini besar weh! Kaklong and Muni both tak berjaya habeskan. Tapi feel weh makan
spicy seafood noodle ni. *dah daun kering autumn in my heart beterbangan.
Ni
dapat FREE. Pumpkin soup. Sini air mineral, makanan kecik-kecik dengan side
dish semua dapat FREE.
Fresh
Mango Juice untuk I. RM9.50 harga beliau. Sedap! Makanan tak sampai dah abes
half lepas tu kena la tolak jauh-jauh.
Yang
ni amenda entah. Macam bubur nasik, tapi manis. Also dapat FREE as dessert. Nak
balik, Sara (partner owner B-Station) kasik sorang sebotol bawak balik.
Yg
ni dapat FREE. Ada Kimchii, read bean, suhun dengan fish cake kot?
I
tak pandai nak buat ‘love sign’ tu. Ingat tanda mintak duit. Nak uweeeeeet!
Hahahahahaha. Tengok la kemain penuh meja. Tu yang mata sepet sama macam
Kaklong tu nama dia Sara. Dia la partner owner B-Station ni. Pandai cakap
Melayu sikit-sikit.
Jom
tengok decoration dalam B-Station ni pulak. Tengoklah ni wei,
comelnyaaaaaaaaa!!
Different
atmosphere sometime refreshing and boleh relax our mind
Toilet
bersih and ada air. Don’t worry. Kot perut taktahan pedas chili dengan kimchi
zaaaaap ada toilet. Tingat kes Kaklong nak berak masa otw ke Bunpo Bridge. Dia
punya pasal kensel plan malam tu. HAHAHAHAH.
Kipas
ada, aircond ada, bersih, comel dan selesa.
Bunga
pon aku ambik gambar. Hahahahaha.
Kat
sini takde wifi eh? Konsep dia talk to each other.
Restaurant
ni dia ada partition. Small group and big group ada bahagian lain-lain. Ni
kalau ada Shein ni, risau I kalau dia berenang dalam ni.
Cantik
kan dalam dia? Kaklong Elliza (Kaklong Kecik) and Muni.
Anneyong!
Kemain
Sara manja dengan I.
Ok
Group Photo!
Kitorang makan semelambak macam ni, cost us only
dalam RM233.00 sahaja. Makanan dekat sini range below RM30.00 semuanya. Portion
besar. Ikutkan takyah order sorang 2 sebab satu pon dah kenyang tapi biasalah
tamak! Hahahahaha. Makanan I kasik 5 star. Next time nak try makan Ikan pulak.
Kot takde salad, I beli je sendiri balut dengan nasik. Hahahahha. Tenkiu Sara
kasik 10% discount. I tanya dia kenapa taknak balik Korea? Dia cakap dia suka
weather Malaysia yang panas sepanjang tahun, makanan sedap-sedap and dia suka
society Malaysia tu yang taknak balik Korea dah. Memang nak duduk sini. Feel
honored to hear her answer. Dah la baik. Beria tulis nama kitorang atas kertas.
Hahahaha. I cakap mata dia sama macam Kaklong, dia ketawa je. Tapi sama sepet
la. Hahahaha. Korang kalau nak datang B-Station ni kena datang before 9.00pm
(last order) and close at 10.00pm. Tutup hari Isnin tau? Operation hours
12.00pm – 10.00pm If nak datang Waze je B-Station terus dia direct sampai la
kat sini. Sebaris dengan Phill Mart ok? Okbye!
B-Station
C14-1, Jalan Ampang Utama 1/1
Taman Ampang Utama
680000 Selangor
Hours : 12.00pm – 10.00pm
Tel : 03-42510455
-eNd-
No comments:
Post a Comment