Friday, July 7, 2017

Makan Apa?

Assalamualaikum..

Hari raya ni kemain heaven eh makanan memasing? Time puasa lose 3kg, lepas tu Syawal end naik 5kg. Hahahahaha. Haritu masa Raya Kedua Kaklong buat Ayam Masak Kicap bapak la sedap. Kaklong tu masak apa jer yang tak sedap. Last time masa I mintak resepi nak buat rendang ikan tenggiri dekat Mak Azizah, dia cakap ‘Dik, ko belajar la masak. Nanti kalau aku takde, raya nanti ko la kena masak’. Dah jangan nak buat cerita sedih dekat sini. Nanti aku nanges sapa nak pujuk? Actually kalau Hari Raya, Ayam Masak Kicap memang a must. Sebab tu favorite I. Usually makan Hari Raya Pertama tapi naseb this year Kaklong buat masa Raya Kedua sebab masa Raya Pertama dah terlalu banyak makanan. Kat rumah ni kalau masak macam buat kenduri. Mana yang makan, mana yang frozen. Yang frozen tu biasa I bagi pada Mak Azizah. Dia sukaaaaaaaaaa makan yang Kaklong masak. Sehari ambik sesudu je dia panaskan. Punya sayang takot cepat abes. I taktau la nak cakap macam mana sedap Kaklong masak, Cuma family kitorang je yang tau. Haaa Rish pernah rasa rendang Kaklong 2 tahun lepas. Tahun ni kata nak datang. Orang dah siap kaki kambing semua last tetiba Raisa kena chicken pox tak boleh la datang. Takde rejki. Harini I share gambar makanan yang I makan sepanjang minggu lepas. Ada banyak lagi, tapi pilih-pilih la. Aku tengok pon seram. Hahahahaha.


Sedapnya Ayam Masak Kicap. Jangan lupa letak suhun dengan lada sulah. Baru rasa kick. Kicap pulak guna Kicap Cap Udang Merah. Nothing fancy pon. Tapi maybe air tangan Kaklong buat Ayam Masak Kicap ni extra sedap.



I buat Sambal Belacan Limau Kasturi lawan makan dengan Ayam Masak Kicap. Ulam timun kecik tu. Perrrrrgh!! Sazli makan bertambah-tambah! Sambal belacan ni I letak lada besar, lada kecik, bawang putih, gula, garam, belacan and limau kasturi. Sedap!


Ni Ice-Cream cake Bapak belikan untuk Mak sempena 63th Birthday dia dekat Spectrum Ampang. Pon sedap!


Yang ni I tak sure nama apa. Mak Saudara I dekat Singapore bawak dari sana ke Kampung Kuala Paya, Segamat masa I ziarah Mak Teh I meninggal last week. Dia macam karipap tapi bentuknya bulat. 


Dalam dia penuh dengan kentang and makannya dengan sambal ni. Sedap! Sapa tau apa nama kuih ni?


Masa dekat Kuala Paya, lunch dekat rumah Paksu Endut. Dorang masak Ikan Lampam Masak Tempoyak. Terliur lettewwwww.


Ni pulak Dominos Pizza. Usually I order menda yang sama je. This time around, order yang lain pulak. Yang ni Prawn Sensation extra cheese. Sedap!


Yang ni pulak Mushroom Pepperoni. Also extra cheese. Korang try ok? Crust dia jangan ambik yang tebal. Nanti kenyang sangat. I makan 4. Hahahaha banyaknya!


GF bekalkan I dengan Pisang Embun dari Jengka. Masak ranum! Wangi and sedap rasa dia. I buat cekodok pisang. Pisang + tepung sikit + gula sesudu + secubit garam. Takyah letak bicarbonate soda pon. Punya sedap!


Ni pulak Cucur Kentang. I bedal letak kentang, carrot, bawang besar and ikan bilis tumbuk. Bancuh dengan air sejuk peti ais + sebiji telur. Pon sedap. Harap Ain tak bebulu la I tak habes-habes puji masakan sendiri ni. Hahahahaha.

Now weekend memang penuh dengan undangan Open House. Seronok jugak penuhi undangan Open House. Ada jugak kawan-kawan I tanya, tak buat Open House ke? Nanti la eh, InsyaAllah ada rezeki bila ada rumah yang selesa sikit boleh la buat. Sekarang ni I takde mood la berkemas beria. 2 bilik je dah jadik wardrobe dah. Baju melambak-lambak. Nanti kena la sort out pilih mana yang boleh pakai, mana yang tak boleh. I agak, satu almari yang dalam bilik tu SEMUAAAAAAAAAAAAA kena letgo. Taknak dah sayang-sayang sebab bukan pakai pon. Keep mana yang nak pakai sahaja. Serious dah terlalu banyak baju. Sama naik Abah Shein, Shein dengan Mama Shein. Tu yang I mintak pada Sazli, I nak walk in wardrobe. Senang nak letak baju. Untuk semua yang banyak activity makan-makan, jangan lupa minum banyak air kosong. Nanti perut upset pulak masuk yang bukan-bukan. Macam anak buah I Along masa Raya Pertama perut terkejut makan rempah semua sampai diarrhea. Sian dia tak enjoy makan masa BBQ. Oklah bye.

-eNd-

4 comments:

Idayu Zainudin said...

Kuih tu nama roti bawean atau roti boyan. Letak gugel kak su resepi semua adoooo je. Sedappp!!!

yna said...

tu kuih panggil kuih boyan kak su, my mil singaporean mmg manjang ade je kuih ni

Nana said...

Tu namanya roti boyan sis. I pun dok panggil karipap bulat sejak menjak duduk sg baru la tau nama sebenarnya. Mmg famous kt sini. Tapj karipap pulak diorang panggil epok2.

CikFa said...

Roti boyan nama dia...