Monday, July 24, 2017

Make Over Ani

Assalamualaikum..

Hari Jumaat haritu kitorang ada Majlis Hari Raya. 2 3 hari sebelum tu I dah dengar Si Dyba cakap nak ajak Ani mekap-mekap. Dari kejauhan I dah dengar. Dah ni kalau nak mekap takkan la Dyba, mesti lah I. Amboi dia tuuuu kan? Memandai je. I ni dengan nak mekapkan Si Dyba, Intan (kalau sempat) lepas tu nak tambah sorang lagi Si Ani, pukul berapa nak datang office? 4.30am ke? Hahahahah. Tiba hari yang dijanji, sebab I bukan MUA professional, so I sempat mekapkan Si Ani je. Dyba I sempat mekapkan mata ala kadar je. Kata Dyba takper, dia takyah mekap beria. Natural beauty sama macam Intan. Confident bukan main kan 2 orang tu? Hahahaha. I pesan pada Ani, kena sampai office sebelum 7.30am kalau nak cantik, sekali 7.20am Ani dah sampai. Semangat betul ni. Kitorang mekap dalam surau. Sebelum mekap, Si Intan and Dyba dah pesan. ‘Ani, kalau ko kena tunjal ke, kena tolak kepala ke, kena marah ke diam, sabar and jangan melawan. Kaksu dia garang sikit. Kitorang dah biasa. Kena tunjal takper, janji hasil dia cantik’. HAHAHAHAHA. Bila dorang cakap macam tu, I teringat Yati. Dulu Yati pernah cakap sama jugak. Makeup Artist I tak boleh jadik, Cikgu pon tak boleh. Dulu masa I ajar Yatie buat excel I cakap ‘Highlight sini laaa!! Berapa kali nak ajar tak pandai-pandai?’ – sambil tunjal-tunjal screen PC. Hahahaha. Serious I tak perasan yang I garang. Tapi kalau Yatie tu, semua kerja I tak boleh buat. Kata dia, I kalau jadik cleaner pon orang sanggup batu karang tahan kencing dari kencing dekat toilet yang I dah cuci sebab garang. Lantai yang dah lap, sapa pijak kena tembak. Ngek la Yati! 


Ani Before and After


Beza kan? Nampak lain muka Ani bila I mekapkan dia. Dia ni orangnya kurus dan langsing. Kulit dia pon takde masalah cuma ada freckles je. Ni kalau professional make-up artist make up dia ni, mesti lagi cantik. Pakai contact lense kaler hazel, pakai fake eye-lashes buat Smokey Eyes kalah Siti Nurhaliza bebetul. Ani ni muka dia kurus, hidung comel terletak, bibir nipis je. Kening dia tak pernah threading pendek kata memang natural beauty lah! Haritu I pakaikan dia Kaay Cosmetics DD Cushion dengan Kaay Miracle Loose Powder untuk tutup freckles dia – setel dapat tutup semua. Lipstick dari Fever Glam code Good Lady. Eye shadow pakai Mac dengan Sephora, eye liner dari Body Shop lepas tu concealer and Mascara both Sephora jugak. Kening Ani I guna Brow and Eye Liner Kit dari Body Shop and Blusher I guna Mac jugak. Konsep dia, apa yang ada dalam bag mekap I, kita guna semua. Takde pon guna teknik shading beria macam MUA Professional (sebab tak pandai) tapi hasil dia Ok je kan? Takde la smooth and sleek sangat mekap tapi at least muka Ani berubah la. Bagi I la, key untuk muka nampak lain is how kita main dengan foundation. Pandai blend foundation InsyaAllah muka memang cantik. I tingin nak belajar bebetul mekap mata sebab so far I mekap mata buat macam mana pon gitu jugak hasil dia. Bak kata Linda – makeup konti. Samaaaaaaaaaaaa je. Hahahahaha.


Artis dan mekap artis dia. Kemain.

Si Ani ni time I mekap dia, diam je. Takde melawan. Tapi kalau orang pakaikan eye shadow makin lama makin menunduk, last-last kena tolak kepala suruh tegak. Hahahahahaha. Kalau dah dia punya kepala kekelakang, kebelakang sangat sampai terangkat bontot I nak kasik balance dengan kepala dia. E geram! Pakkal Ani je. Ni kalau Dyba ke, Intan ke memang dah kena dah ni. Tapi sebab dia Ani maka kutahan Jebat. Hahahahaha. Siap mekan less than 40 minutes. Kelam kabut sikit. lepas tu I pakaikan dia tudung dari @be_anggunscarves and rantai dari Maglynficent. Korang nanti checkup IG rantai ni, semua murah-murah. I suka! Biasa beli 10 terus sebab murah and cantik-cantik. Ani ni Intan pesan suruh pakai Kasut Tinggi tapi Ani pakai selipar je. Tak biasa kata dia. Haritu buat cat walk pakai heels Si Intan dapat la dua langkah. Itu pon kena pegang meja T___T Ani ko memang tau? Padahal orang KL, kampung KL, sekolah semua KL tapi kasut tinggi pon tak pakai. Hahahaha.

Kaay_Cosmetics (DD Cushion and Miracle Loose Powder) – 011-28811281
Noorul_idurrah (Lipstick Fever Glam – Code Good Lady) – 012-7026020
Be_anggunscarves (Dull Satin Bawal) – 019-7521817
Maglynficent (Rantai) - 0169647951

-eNd- 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...