Tuesday, July 4, 2017

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum..

Kita throwback sikit peristiwa 2 hari menjelang hari raya, Ok? On Friday tu, Shein ikut Abah dia pergi kerja. Sebab Sazli pon kerja half day… Banyak company yang bagi half day termasuklah office I. I dekat rumah setelkan kain baju untuk bawak balik ke rumah Bapak – Kampung Jengka – Rumah Bapak balik sebelum balik rumah sendiri on Sunday the next week pulak. Khamis Raya Ke-5 tu Bapak ada kerja dekat London and Mexico so kitorang teman la Mak sebelum masuk kerja makaaaaaaaaaa banyak la nak kena packing pakaian. Kitorang guna bag sorang 1. I dengan Shein guna bag peti tu. Senang macam tu if not like last year I campur barang Shein and barang I. Masuk hari kedua takde der ambik elok-elok dah. Gaul macam rojak je. Kah kah kah.  Shein punya bag peti tu I beli on Thursday dekat Ampang Point . Sebab ada discount so terpaksa beli hahaha. Jenis apa tak ingat tapi plastic la. I tengok masa dia demo pulas-pulas pijak tak patah so ok la. Kekadang bag jenis peti ni naik kapalterbang kena campak-campak boleh pecah tapi yang I beli ni nampak macam kuat. Harga tak sampai RM300.00 pon. Khamis tu I nak ambik baju dekat Eisya Syakira area Subang sana nun. Dah sampai Bukit Jalil tetiba Waze tak boleh guna due on high traffic user. Pundek betul. Dah kalau waze tak boleh guna jawapan dia menganga je la.  Sesia la terperap dalam jem 2 jam sudahnya baju tak dapat nak ambik. Naseb Sazli offer nak tolong ambikkan on Friday tu but sudahnya baju tu sampai sekarang tak pakai-pakai pon lagi. Kah kah kah. Takper, open house dah berderet-deret ni. Untuk Open House tahun ni I cuba untuk pakai ‘Baju Raya’ betul. Saja nak kasik semangat raya sikit. Cecece


Time ni kening Shein ok lagi. Haha. Seronok la dia dapat toys Abah belikan. Shein suka character penjahat dari hero. Macam Ultraman dia suka monster. Ultraman dia kurang sikit. Yang dia pegang rupa telinga gajah tu I tanya Shein, ‘Shein, what is your monster name?’ Dia jawab ‘Mama. Ni Mamaaaaaaaaaaa’ T____T



Dipilih Shein, dipilih.

Sazli bawak Shein pergi Toys punya kedai dekat Amcorp Mall. Dekat sini ada banyak la Monster and Ultraman Series, Iron Man, Real Steel and segala mala jenis toys dari sekecik-kecik sampai sebesar size Shein. Shein pon meroyan la sampai sana. Pegang sana lepas, pegang sini lepas. Hahahaha. Sudahnya dalam banyak-banyak tu, dia ambik Toys yang dekat gambar atas tu je tadi. Suka la Sazli sebab tak sampai RM100.00. Dia memang dah niat, mana Shein nak dia akan belikan ajer sebab dia guboy masa hari Jumaat tu. Mendengar kata. Abah bawak dia pergi office and settle a few kerja pon dia behave je takde susahkan Abah. Belakang I dekat rumah tengah setelkan kain. Bukan setakat kain untuk packing tapi kain untuk basuh, lipat and sidai jugak. I kalau nak tinggalkan rumah memang kena setel semua kerja. Sebelum keluar tu, rumah kena berbau wangi. Kalau tak, I tak puas hati. Towel senget pon kalau I lupa nak betulkan, I sanggup je naik atas semula betulkan. Hahahaha.


Ok, dah siap dah semua bag untuk ‘balik kampung’ dekat Seri Tanjung. 5 minutes away from home. Hehe. Bag Merah Mama punya paling besar, yang kecik biru tu Shein punya. Abah punya yang sebelah tu. Shein pegang bag mekap Mama and dalam Vincci Paperbag tu I letak menda entah. Dah lupa.

Esoknya I sebok buat Buritos. Keluar pukul 12.00pm kot ke Giant Ampang Point untuk beli barang-barang nak buat Buritos dengan Sazli. Sementara I ke Ampang Point, Sazli balik rumah kitorang sekejap ambik dia punya Kain Samping and collect baju raya dari Kedai Pakistan. Dah siap semua masak Buritos, I keluar balik dengan Sazli nak hantar alter sikit pinggang baju I. Naseb la datang siang sebab kedai tu tutup pukul 5.00pm. Phewwwww kalau tak buruk la baju raya I. Dari Kedai Pakistan kitorang ke rumah Aliah untuk collect baju Shein yang I kirim pada Aliah beli dekat Primark London. Senang tahun ni baju raya kirim Aliah je. Bahaya kalau beli sendiri sebab takot burst budget. I tetiba rasa nak beli handbag raya so paksa Aliah jual handbag raya dia dekat I. Dapat! Woo hoooooooooooooooo! Hahahahaha.


Gambar sebelum kejadian Khatiq lenyek kaki Aliah. Hahahaha. Ni one day sebelum raya. Hikmah kaki kena lenyek, tak pepasal dapat Chanel sebijik. Untunglaaaaa ongkaya raya handbag nak Chanel jer. Apa barang Prada.


Sampai sekarang dedua bag raya masih dalam paper bag.

Dari rumah Aliah, kitorang ke rumah Tok nak collect Ketupat Pulut, Gulai Daging dengan Kuah Kacang. I suka kuah kacang Tok sebab dia lain dari lain. Kacang dia tok blend hancur sikit lepas tu letak lengkuas, air asam jawa dengan gula Melaka. Rasa manis, masam semua cukup. Ever since makan Tok punya kuah kacang, I dah rasa susah Kuah Kacang orang lain nak lawan. Dari rumah Tok, balik semula ke rumah Bapak and ready for berbuka puasa. Kita berbuka simple je harini. Teringat last year gigih I buat Soto sorang-sorang complete dengan bergedil. I ni kalau sampai roh memasak memang gigih. Macam lipas kudung buat kerja sorang-sorang tatkala Sazli, Bapak and Shein take a beautiful nap dekat hall bertemankan aircond and Tv. Menyirap jeeeeeee tapi ini cerita tahun lepas la. Tahun ni buat Buritos je.


Malam ni Sazli bagi Shein main Bunga Api. Beli yang tak bahaya je. I paling takot mercun bola. Kuat kot bunyik dia + bahaya. Banyak tangan orang hancur kena penangan mercun bola. Seram I tengok gambar. Korang jangan la eh main mercun bola tu. Bahaya.


Baba pon kena paksa ambik gambar oleh Shein. Hahahaha.


Ada orang tak tahan tengok gambar Buritos dalam group. Sanggup datang. Hahahaha. Ni Along, anak buah I yang sulong. 


Shein dah masuk tido semua, Sazli ajak I teman dia cuci kereta, top up touch and go, isi minyak and makan Maggie Goreng dekat Pelita.


Terjumpa dekat  #teamrayaKL Ms Shariffah and Mr David. Jumpa jugak dengan Liyana Blogger tapi segan nak ambik gambar. Hehe.


Hello Mr David! Dapat kitorang beraya bersama on raya eve.

Dekat Pelita ramai orang lepak minum. Masa kitorang balik around 2.30am tu pon still ramai lagi yang lepak. I wonder, dorang ni tak mengantuk ke pagi esok? Takkan tak pergi Solat Sunat Aidilfitri kot? Ishk, tak paham la dengan #teamrayaKL yang boleh lepak kedai Mamak sampai ke pagi ni. I sampai rumah, salin seluar terus boooooom berenang atas katil. Kena tido terus sebab esok dah Hari Raya! Sebenarnya dalam banyak-banyak waktu Ramadhan – Syawal I PALING suka suasana 1-2 hari sebelum raya and jugak raya eve. Rasa macam seronok lain macam susah nak describe dengan perkataan. Taktaulah tahun depan ada ke umur untuk rasa nikmat raya macam tahun ni…. Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir dan Syawal yang terakhir, we never know…. Di kesempatan ini, I nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya selama I menulis, ada menyinggung perasaan sesiapa secara sengaja atau tak…. Ok? Love you all (tetiba).

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...