Wednesday, July 5, 2017

Selamat Hari Raya 2017 - BBQ

Assalamualaikum..

Biasa hari raya, kitorang memang buat BBQ la either malam raya pertama, atau kedua. Tahun ni bajet ngam-ngam. Last year paling hancur. Tetamu masih datang mencurah-curah tapi kepak ayam gone, kambeng gone. Dapat la makan sorang sikit and apa yang tinggal je. A year before pulak berlebih-lebih melambak. BBQ ni among family je and ada la jemput kawan-kawan rapat datang. Every year mesti ada kambeng dengan ayam bakar lepas tu buat salad sikit, sosej, nasi goreng cili padi and char kway teow lepas tu Kaklong buat Air Katira. Tahun ni size peha kambeng makin besar sebab Sazli kata dia nak makan puas-puas. Biasa mesti tak cukup. Tapi tahun ni, masa dia bakar tu, dia offer orang lain nak tak rasa, maksudnya cukup la tu. Hahahahaha. BBQ kepala diketuai oleh Abang Long. Dia la ketua. Penolong Kaklong and yang lain tolong-tolong jer la. I tukang buat salad, beli ais (ni pon kira job jugak), serve makanan and goreng nasik. I bahagian PR la. Jemput-jemput orang makan lepas tu kehulu kehilir entahkan bizi apa. Hahahaha. Kanak-kanak buat hal masing-masing. Time ni sapa taknak makan suuuuuuuuuuuudah. Sapa lapar, pepandai la ko mintak makan. Gittew. Usually setiap tahun kira total ada la 50-60 orang datang come and go. Naseb umah mak luas, muat la semua orang. Preparation buat seawal pagi. Macam tahun ni lagi la kena siap awal sebab peha kambeng nak kena bakar dulu dalam oven khas, lepas tu baru masak balik lepas slice nipis-nipis campur dengan capsicum, Bawang Holland and carrot. Bapak la sedap weh! I punya coleslaw pon sedap jugak (mana nak kalah).


Tahun ni kaki kambeng sebelah. Hamek kau! Memang puas la makan. Ni Abang Long yang marinate. I taktau dia letak apa.


Obviously Mak punya oven tak boleh nak muat so Abang Long buat oven sendiri guna dapur gas mak + zink + tempat hold kaki kambeng tu guna kayu and hanger besi Mak. Hahahaha. Masak lebih kurang dalam 2 jam jugak la. Takde la 100% masak tapi nak kasik daging dia lembut and later lepas slice and bakar balik atas kuali, dia akan rasa lembut and sedap. Pagi ni kita perap kepak ayam jugak. This time kita takde blend bebawang and guna air. Dry pulak. Guna serbuk cili and amenda entah. Kaklong yang buar tapi I found out kalau dry marinate rasa lebih sedap la weh sebab takde juices perapan tu keluar. Memang sedap. Half bakar terus, half kita bakar dulu half-cook dalam oven. Dedua pon sedap. 


Sebok la jugak 3 orang ni nak ‘menolong’


Yang Shein pegang tu buloh support ampai Mak. Dia cabut. Bertuah punya budak. Shein suka la duduk luar berpanas macam ni. Ketiak becak, masam tak usah cakap. Mandi sekejap je wangi, lepas tu try selet ketiak, bau kambeng! Hahahaha.


Ni ‘oven’ Abang Long buat. Bawah tu ada dapur gas lepas tu tutup dengan zink, and kepung dengan zink jugak and tutup dengan daun pisang tak bagi wap panas keluar. Hebat weh!


Comelnya Cucu Nona ni.


Kepak Ayam


Our 'Oven'


Meanwhile Along sediakan tempat BBQ


Ok, kambeng dah siap bakar selepas 2 setengah jam. In between kena sapu kambeng tu dengan minyak and marinate sos yang I taktau apa dia. 


Nyum-nyum! Sama besar dengan Auliyya dah.


Dua orang ni ambik bahagian bakar la. Habes semua perkakas Mak digunakan. Tu kereta sorong pon involve. Ni betul konsep From the Garden to the Kitchen ni.


Nak jugak masuk gambar. Hehe.



Slice slice. Nanti yang slice tu kita masak dengan carrot, capsicum and bawang Holland, makan either dengan black pepper sauce or sour sauce.


Kita buat style macam kebab. Masa nak slice, bakar jugak lagi guna open fire macam ni tapi api tak boleh terlalu kuat nanti hanget la dekat bawah tu


Tu sebelah Sazli is tempat nak buat Char Kway Teow (Abang Long dah sediakan sos dia awal-awal and cook) and jugak tempat masak daging kambing.


Tengok pon dah tau sedap! Licin habes semua kambeng ni. Tahun depan kena buat 2 kaki kambeng la nampaknya.


Nasi Goreng by me (actually assist Abang Long je kah kah kah) Tapi resepi I la (nak jugak tu)


Coleslaw by I jugak. Guna kobes, bawang besar and carrot. Sos dia guna mayonnaise, lemon, lada putih and susu segar. Mix well. Senang and sedap!

 

Char Kway Teow ni bapak la sedap! Sazli and Abang Long tukar goreng. Masak tak sampai 3 minutes. Sekejap je sebab sos dia dah masak.

Saspen jugak sebab masa dalam pukul 6.30pm tu hujan turun mencurah-curah sampai dapur naik air. Rasa macam tinggal harapan je nak bakar-bakar malam ni. Kaklong pon cakap tak payah goreng nasik lagi takot tetamu tak datang but lepas 7.30pm hujan berenti. Tetamu pon sikit-sikit sampai sampai kena buat Nasi Goreng and tambah beli ais. Sudahnya Air Katira Kaklong tak cukup. Sedap Kaklong buat air katira. Dia guna Double Lion – Tebu tu campur susu pekat manis, susu cair, cincau, selasih and Kembang Semangkok. De beli Kembang Semangkok kat Tongkiat, kata De masa mintak dekat Cina tu, Cina tu tanya mangkok kecik ke mangkok besar, De pon dah pelik. Aik, ada ke kembang semangkok size besar kecik? De mintak la mangkok kecik je sekali cina tu hulur mangkok. HAHAHAHHAHA. Orang nak kembang semangkok la, bukan mangkok! Next time kena buat banyak la Kaklong. Manjang tak dapat merasa. Bagi I, BBQ ni la climax for Hari Raya kitorang. Oooooo Nanti I share jugak gambar Roti Jala eh? Kalau rajin la. Kbye.

-eNd-

No comments: