Showing posts with label Phuket. Show all posts
Showing posts with label Phuket. Show all posts

Thursday, August 3, 2017

Road to Phuket : Street Foods

Assalamualaikum..

Tadi tak tahan rindu Pulut Mangga so I ajak Intan teman pergi Chakri Palace, KLCC makan dekat sana. Ambik Meang Kam, Nasi Goreng Nenas dengan Pulut Mangga kena RM80.00++ macam tu. Mahal pui! Hahahahah. Tak boleh nak compare la dengan Phuket kan? Lagipon dekat sana kita makan gerai-gerai je. Mall satu pon tak pergi and takde pulak I nampak ada Mall (Naseb baik). Kata Intan dekat Phuket ada macam Factory Outlet. Tak sure dekat mana tapi if nak pergi Patong Beach dari hotel kitorang dekat Marriott Mai Khao tu lebih kurang dalam 40-50 minutes jugak. Memang jauh tapi kalau nak ke Airport dekat pulak. Breakfast usually kitorang makan tapau je. Atiq and Saz la beli. Kena carik gerai Muslim. Takde la susah sangat nak cari. Harga pon murah. Bawak balik seplastik kiri kanan baru dalam RM25.00-RM30.00 duit Malaysia. Memang murah la and sedap jugak. I suka! Masa first day tu Sazli ada beli macam BBQ tapi makannya dengan kobis and cili padi mentah. Serious layan Bro. Lupa pulak nak ambik gambar. Nasi untuk breakfast tu ada macam nasi + ayam + kuah pedas masam and cili padi. Taktau nama apa, tapi poonnnnn layan jugak. Ada jugak pulut + ayam goreng tabur bawang goreng. Yang ni I pon suka, tapi masuk hari ketiga dah tak boleh blah dengan pulut. Last day ada Atiq beli mihun and kway teow goreng tapi manis giler. Makannya dengan limau nipis + cili flakes + gula. Aperhal gula???? HAHAHAHAH. Go kai (Go cry).


Ni nasik amenda entah nama. Buat sarapan. Nasi + Ayam + Kuah pedas makan dengan Cili Padi perrrrghhhh! Sapa tau nama dia apa?

Road to Phuket - Phang Nga Island

Assalamualaikum..


Apa kabar orang Malaysia?? Alhamdulillah semalam flight smooth je. Masa nak depart tu kemain mata I ngantuk sampai Shein tanya apapa I tak boleh nak layan dah. Elok je take off ewah mata aku bukan main segar. Pakkal la sejam lebih sikit je fly, kalau tak memang koyak la mata. Kata Atiq, kalau naik business class ok, takde rasa takot. Ok hek ko? Asal nama dia naik kapalterbang memang aku takot. Hahahaha. Acane nak pergi Europe macam ni I pon taktau la. Macam semalam I tengok Kajol punya video clip dekat Malaysia and terfikir, ‘Kajol pon datang Malaysia naik kapalterbang. Che Ta tu pergi London setahun berapa kali OK JE DORANG, dah yang I takot sangat kenapa?’ Compare dengan naik Malindo and Air Asia masa 2 kali ke Langkawi haritu lagi la. Dengan turbulence sekejap, lagi la teruk. This time smooth je pergi and balik. Takde masalah. Kalau macam tu, boleh la pergi Bali pulak hujung tahun ni kan? Hehe. Oklah, today I nak share sikit gambar dari GoPro yang kitorang ambik time Island Hopping dekat Phang Nga Island Selasa haritu. Kecewa tak dapat ke Phi Phi Island sebab cuaca buruk. Semalam dah bagitau dah, harini bagitau lagi. I kan peramah? Hahahaha. Best jugak la buat Island Hopping ni sebenarnya. Keluar dari hotel dalam 7.45am and sampai balik hotel dalam 4.00pm macam tu. Lebih kurang macam Island Hopping dekat Langkawi Cuma yang ni takde Mangrove and yang Langkawi takde naik kayak. Yang lain, sama je. I suka jugak tengok open sea macam ni. Damai je rasa. I tak sangka I suka laut. Dulu I ingat I suka makan and tido dan jugak duit. Hahahahha.



Tengok si Debab ni. Kemain dia tu. Baju, seluar dedua pakai yang untuk budak 8 tahun. Tu pon padat je bontot dia. Hahahah.

Wednesday, August 2, 2017

Last Day at Phuket

Assalamualaikum..
Yay, harini dah balik KL!

Kang flight dalam pukul 2.00pm macam tu and sebab different time, kitorang InsyaAllah akan arrive dekat KL around 4.00pm lepas tu esok kerjaaaaaaaaa Woo hoo!! Tapi kurang la penat sebab baju semua dah basuh. Tinggal yg pakai je sebab dekat Marriott ni ada washing machine and dryer. So everyday sebelum tido, siap basuh baju. Cuma nanti nak unpack je la. Takpe la unpack je tak berapa penat. Nak basuh and nak sidai kain semua tu yang penat sikit. Sedih pulak vacation dah nak abes, esok back to reality. Malam tadi kitorang pergi jugak Patong untuk beli some souvenir for friends and family. Takde apa pon, cuma fridge magnet je. Dekat sini harga fridge magnet dalam 100 bath for 3 pcs. Duit Malaysia lebih kurang dalam RM13.00 macam tu. Puas hati malam tadi dapat jugak makan Pulut Mangga for the last time dekat Phuket. Lepas ni makan dekat Malaysia taktau lah rasa dia akan sama atau tak. Bila makan sedap-sedap ni teringat lah dekat Kaklong. Dia sure suka tapi now dia pon tak 100% sihat lagi, makan pon kena check balik. Kena eat more veggies and eat clean. Takpe la, good for her pon. Last week before pergi Phuket puas la I dengan Mak sebab dia ada dekat KL almost 2 weeks. Everyday I cuba carik time untuk visit Kaklong and jumpa Mak dekat hospital.

Kemain Siti Nohaliza korang ni bercanda ditepian pantai dengan Shein. Ni semalam masa buat Island Hopping. 

Tuesday, August 1, 2017

Hello from Phi Phi Island

Assalamualaikum...

I otw nak ke island hopping ni. Kitorang nak ke Phi Phi Island for snorkeling. Malam tadi memang semua tido awal sebab pagi ni call time untuk bergerak ke jetty dalam pukul 7.30am macam tu. So for Shein, semalam kitorang tak bagi dia nap petang and malam dia cepat la belayar ke Hong Kong. Altaav takde masalah sebab dia memang jenis tak nap pon takpe. Pagi ni semua takde masalah nak bangun sebab semua pon dah cukup tido. Cepat je bersiap semua sebab takyah mandi kah kah kah. Kitorang ambik private tour so van pick up from hotel and provide semua lunch and towel. Ada dua jenis package actually, 1 one yang ke James Bond island tu. Yang tu ada berkayak, masuk cave,  mangrove semua and snorkeling sekejap sangat so kitorang tak ambik tu sebab snorkeling sekejap sangat. Ni swimming mask, top to toe swimming suit dah baru and Sazli pon dah 3 kali berulang ke Decathlon so kena ke Phi Phi island lah sebab snorkeling lama sampai Abang Jamil mampos kasik berbaloi sikit usaha Sazli hahahaha. Ni dah apply sunblock banana boat ni, kalau rentung jugak aku taktau la. Macam Atiq dia takyah pakai sebab dia memang ada tinted siap-siap kulit dia. Lagi power. Hahahahahhaha. Kang InsyaAllah sampai balik ke Marriott dalam 4 petang. Makanan ada 1 bag penuh, harap kami tak kebuluran lah. 

Citer pung pang pasal Snorkeling tapi gambar ketam. Apehal? Ketam ni semalam Sazli and Atiq beli for breakfast, kemain pagi sarap ketam. Aliah memang tak makan dah la sebab dia pwincess mana boleh makan berbau macam ni pagi-pagi. So yang makan I dengan Atiq je la. Nampak macam sedap kan? Tapi rasa tak sedap pon. Terlalu kuat bau ketam and after taste dia rasa meloya sangat.

Monday, July 31, 2017

Hello From Phuket

Assalamualaikum...
Sawadi ka.... Kalau dalam bahasa Thailand rasanya Hello. Ke bukan? Hahahah.

Apa kabar orang Malaysia? I dekat Phuket ni InsyaAllah gemok. Mana tak gemok, sini hari-hari pon makan Pulut Mangga and Pulut Ayam. Bapak sedap wei! Semalam kitorang dah check in dekat Marriott Beach Club. Bapak best ok Marriott ni. Tak sabar I nak share dalam blog nanti. Kitorang dekat sini sampai Rabu lah. Masa first day sampai, kitorang check in dekat Private Villa area Ban Thao. Dedua tempat stay ada private pool so berangan la kejap macam ongkaya hahahaha. Jarak kedua-dua tempat ni dalam 40 minutes la lebih kurang. Besar jugak Phuket ni. I ingat kecik je macam Langkawi tu. First night kitorang keluar cari makanan jumpa kedai muslim jual Pulut Mangga OMG sumpah sedap giler Pulut Mangga Thailand ni and berbeza sangat sangat sangat dengan Malaysia. Yang semalam punya Pulut Mangga dekat area Mai Khao ni tak berapa sedap berbanding yang dekat Ban Thao. Lain sikit rasa dia. I tak sure apa yang membuatkan dia punya pulut sedap sebab pulut kot? Apa bezanya... Tapi serious lain rasa dia. Pagi petang malam bedal pulut mangga manjang. Dengan mangga dia manis, I tak boleh bak brain why so sedap. Letak spenda ke apa? Hahah. Ongkaya Aliah yang memandang pulut mangga dengan sebelah mata pon tetiba suka makan. Dia tu sejenis Altaav la, makan bukan sembarangan. Tak macam anak beranak Sazli, semua bedal kecuali batu dengan kayu.  Tapi pulut mangga ni dia suka. Hahaha. One more Thai Tea and Thai Green Tea pon sedapnyaaaaaaaaaa and dekat sini foods sangat lah murah. Duit Malaysia kan mahal berbanding Thailand? Dulu masa currency lagi bagus, lagilah murah. Macam pulut mangga dengan Thai Tea tu dalam RM2.00 - RM2.50 je. If bawak duit RM25.00 dah kenyang dah kitorang anak beranak dekat sini. 

Ni la Pulut Mangga terpaling sedap dalam dunia yang I pernah makan dekat Ban Thao. 

Friday, July 28, 2017

Road To Phuket

Assalamualaikum..

Hari kelmarin Sazli pergi Decathlon beli dia punya kasut pantai sama macam kitorang (haritu eksyen taknak beli), semalam pergi lagi beli baju mandi Shein yang lengan panjang sebab takot Shein rentung sekali dengan seluar mandi and spek mata hitam - amboi dia tu. Spek mata siap. RM25.00 je pun hahahhahahha. I kirim sekali baju I lengan panjang jugak size M. Sekali bila try semalam semua kecik. Shein dah pakai size 8 tahun dah tapi sejenis debab. Semua sendat geram je. I punya pon nampak la segala babat. So harini again Sazli pergi lagi Decathlon untuk tukar pulak. Kata Sazli harap besok betul-betul la pergi Phuket, kalau tak kena berulang lagi la ke Decathlon ni hari-hari selagi tak pergi. Abang Cashier tu pon sampai dah kenal dia dah. Patut pasang je khemah depan Decathlon tu senang. Salah size ke apa zzaaaaappp tukar terus. HAHAHAHAHA. Tak sabar pulak nak pergi Phuket, accept for part nak kena naik kapalterbang lah. Yang tu ai tak suka giler. Doakan flight smooth and jangan mengada nak air pocket or turbulence ke apa. Kalau tak nanti I phobia terus tak boleh jalan pergi Europe sampai bila-bila sebab serik. Sian I. InsyaAllah esok flight tengahari KL-Phuket by MAS and balik Rabu ni taktau pukul berapa. Semua Atiq yang buat. Dia kan merangkap Travel Agencies kitorang? Hahahaha. Thank you Atiq and Aliah sebab kasik kitorang menyebok on korang punya trip ni. InsyaAllah ada rejki lain masa kita jalan sama-sama lagi OK? 


Semua ni tak sampai RM100.00 pon. Murah kan? Shein dah kemaruk dengan spek dia ni. Tido pon nak pakai, bangun tido pon mintak. Ko dah kenapa Shein?

Tuesday, July 25, 2017

Road to Phuket

Assalamualaikum..

4 more days to our Phuket trip. Maksudnya apa? Lagi 4 hari nak kena naik kapalterbang. Itu yang aku fikir kah kah kah. Semalam Atiq cakap ‘Kalau Maksu takot, kita naik taxi je la. Sampai jugak’. Perli la tu, menyam. Hahahahaha. Hadoi, Phuket tu padahal 1 jam 10 minutes je pon. Bukan lama sangat. Kata Intan ‘Nanti Kaksu bizi-bizi dengan Shein, Kaksu lupa la. Tau-tau sampai je’. Intan ni jenis tido jugak dalam kapalterbang. Masuk je terus tido, sedar je dah landing. Flight dekat ke, jauh ke manjang dia membuta. Tak paham aku. Mengikut pengalaman I, memang I takkan berjaya walau sekejap pon mengalihkan fikiran I dari mengenangkan yang I berada diatas udara and di bawah tu takde apapa. Tengok Che Ta tu setahun 20 kali pergi London, macam mana eh dia? Stressed I fikir tak pepasal. Hahahaha. OMG makin teruk anxiety naik kapalterbang I ni. Ongkampung sangat. Haritu tanya Cik Epal, flight ok tak pergi Jepun? Kata dia, kena tambah almost dua jam sebab tak boleh nak landing. Cuaca buruk. Muka gittew je macam takde perasaan masa cakap yang bahagian ‘cuaca buruk, kena tambah almost dua jam tu’. Kalau I memang nanges dah. Hahahahaha. Haritu Bapak pergi Mexico 24 jam dari KL-London-Mexico pon I tanya flight macam mana, Bapak cakap ‘Takdak apa pon, Cuma cemuih je la’.  Teringin nak rasa cemuih instead of takot T___T Ni tadi padahal nak cerita pasal Journey to Phuket tapi intro takot naik kapalterbang dah berapa baris. Hehe. Ok lah, I nak share one stop center untuk sports and recreation punya activities yang best. Semuaaaaa menda yang melibatkan dua menda ni korang boleh pergi ke Decathlon Damansara. Dia ala-ala Ikea. Situ semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada and semua pon murah. Kitorang haritu beli barang-barang untuk beach activity. Si Aliah nak beli menatang snorkeling tu, tak boleh jadik. I pon kena beli jugak. Nak sorang satu tu dengan Shein yang tak menahan. Hahahaha.


Ni la menatang yang Si Aliah ajak beli. Snorkel Mask. Cool kan? Dia ada size S – XL kalau tak silap. I dengan Shein sama size M. So share je la. Ngada nak beli sampai dua kenapa Aliah tanya. I jawab ‘Kan Phuket?’ Hahahahaha.

Thursday, July 6, 2017

Shein, Altaav, Phuket

Assalamualaikum..

Hi kawan-kawan semua. hujung bulan ni InsyaAllah Shein and Altaav akan pergi holiday ke Phuket bersama family masing-masing for 5D4N (Baik pergi Jepun kalau lama macam ni). So sesiapa yang pernah pergi Phuket and ada tempat nak suggest makan dekat mana (makan paling penting ok), nak buat activity apa, nak sewa kereta and Harley Davidson (hahaha) dekat mana boleh suggest pada Shein and Altaav ok? Flight ticket dah book and hotel pon dah ada. So hotel takyah suggest la. Takot ada yang lagi best nanti jiwa kacau pulak. Hahaha. Tapi menurut Travel Agent kitorang yang garang tu, hotel yang nak stay nanti yang paling best. Dia kata laaaaaaaaaa. Harap dia tak tipu kite la. Kata Intan, jangan lupa tengok Show Maknyah. Ni bukan sembarangan show sebab stage dia ala-ala dekat Istana Budaya. Kira professional show la.  Mama Shein nampaknya looking forward yang tu. Sebenarnya takde idea lagi nak buat apa. Travel Agent punya wife tugas dia sediakan itinerary, tengok experience dia pergi Europe 2 tahun sekali, InsyaAllah boleh percaya tu. Hehe. Naseb baik flight 1 jam 10 minutes je. Kalau lagi lama, MATI LAAAAAAAA. Hahaha. Pakkal la 1,000KM KL-Phuket. Kalau tak, memang aku ajak naik kereta jer. Takot la nak naik Kapalterbang. 


Both Minion Fans. TQ Uncle Khatiq belikan Shein binocular menan ni.