Tuesday, August 22, 2017

Bawak Ani Makan Japanese Foods

Assalamualaikum..

Last week on Friday Si Ani tetiba kasik I RM100.00. Dia cakap terima kasih sebab mekap dia cantik masa Jamuan Raya office haritu (boleh baca dekat sini) and sebab masa Khamis tu I bawak dia dari office ke tempat bowling and hantar dia dekat LRT. Haritu masa lepas mekap, dia ada nak bagi jugak duit suruh I belanja bebudak ni makan tapi I cakap taknak. This time dia insist so kata Dyba kita bawak la Ani makan sushi guna duit tu. Kalau tak cukup, kita topap la sorang sikit. Haritu Ani ada menyebut tingin nak makan Japanese Food. Ani ni memang kan? Orang cakap orang ikhlas mengembirakan dia tapi sebok nak kasik saguhati pulak. Kata Ani, dia happy dapat mekap cantik. Before ni tak pernah pon dia mekap macam ni and dia happy keluar bowling dengan bebudak office haritu and dapat jadik reporter masa game bowling tu. Semua team yang main ngelat, gossip-gossip dalaman semua dia tau hahahaha bongok la Ani. Ani ni I sangat impressed dengan dia sebenarnya. Born and raised in KL but very simple person. Mana ada dia sebok nak pakai cecantik pergi office. Kekadang baju corak, tudung pon corak aci boleh je. Geram tengok. WhatsApp group kawan-kawan sekolah, FB pon takde and life dia memang 100% family. Mana husband dia bawak keluar dengan anak-anak itu ajer lah. Keluar me time, coffee dengan kawan-kawan, tengok movie ke apa semua takde. Dia memang takde sosial life kecuali dengan officemate, tu pon setakat dekat office je. Sukan Company mana yang overnight mana pernah dia join. Itu I kagum tengok Ani ni. Very rare to find people like this nowadays. I love you Papa *tetiba. Hahahaha. Dah jom tengok apa yang kitorang bagi ani makan haritu. Kitorang bagi dia semua yang fully cook. Sushi kasik sejenis je tu pon muka dia dah biru masa makan. Takpe Ani, cuba lagi lain masa.


I order ni, Teriyaki Steak – Medium Rare. RM18.80 je harga beliau. Ni first time makan dengan Ongkaya Aliah. Sedap pulak. So this time order lagi and lepas pergi Sushi Zanmai pon order lagi. Sedap hoi!



Portion dia banyak ni. Ok la buat makan macam tu ajer or makan dengan Ramen.


Si Dyba ajar Ani macam mana nak pegang chopstick lepas tu cakap kalau nak makan kena buat tangan macam ni, lepas tu cakap Itadakimasu! Si Ani pon mengikut je la. Suruh cakap Hait dia pon hait lepas tu masa makanan sampai Ani dengan confident cakap ‘TAKASHIMA!’ dah la kuat. Terburai kitorang gelak. Naseb la tak start makan lagi, kalau tak mau bersembur semua. Hahahaha. Ko Ani, memang confident kan? Sesuka hati Takashima. Tapi ok apa? Janji ada bunyik Jepun. Hahahaha. Ni nak bawak makan dekat Sushi Zanmai ni sebab nak kasik Ani rasa, tapi ko tau sapa yang belebih-lebih gembira and makan banyak? INTAN lah! Kitorang apapa semua bahagi empat. Macam eskrem waffle tu Ani tak boleh nak makan banyak sebab dia cakap sejuk. Gigi dia ngilu, Intan apa lagi zzzaaaaaaaap ambik. I jeling dia sampai nak terkeluar bijik mata. Intan makan banyak jugak la. Last-last tu boleh lagi berebut sushi dengan Dyba sampai terketar-ketar la suara dia jerit berebut. Dah la masa nak pergi dah berebut nak duduk depan. Ani ketawa je tengok peel bebudak ni. Harap Ani tabah. Ini baru sikit Ani. Pakkal la takde Kaklong (dia pergi sokan), kalau dia ada lagi huru-hara.


Eskrem ni la yang bahagi empat tapi Intan sebok nak makan portion Ani. Yang Kiri tu Vanilla Monaka and sebelah dia Choco Monaka. Harga RM10.80 each. Memang sedap! Yang Vanilla tu ok la bahagi 4 dapat sorang 1 slice, yang choco tu ada 5 so balance 1 slice ada 4 bahagian kan? Bahagi 4 jugak. Hahahaha.


Dyba and I makan Shoyu Ramen ni. RM10.80 small size


Intan mesti nak up sikit, dia ambik Spicy Ramen RM11.80. Kata Dyba sapa makan banyak + makanan dia lebih mahal dia bayar lebih. Hahahahah.


Yasai Tempura RM7.80


Yasai Itame RM7.80


Saba Shioyaki RM15.80


Spicy Salmon Maki RM7.80. Berebut si Dyba and Intan makan. Yang last piece tu la yang gaduh. Kata Intan, dia la makan sebab dia kakak lagi pon tadi dalam kereta dia duduk belakang. Dyba cakap dia la kena makan sebab dia adik – so kakak kena la mengalah. Dyba menang. Hahahaha. Aku tak paham la bebudak ni perut jenis apa. Bapak banyak makan!


Ni I kasik Ani try seketul. Kemain dia cicah rendam dalam soyu sampai tenggelam. Seketul je dia makan and dia cakap tak boleh. Hahaha. Salmon Maki ni also RM7.80


Chicken Teppan RM12.80 setel semua dengan sayur-sayur dia Intan bedal. Nak makan tu makan je la. Sebok tanya kenapa sayur dia lebih sedap berbanding yang Yasai Itame tadi tu la. Peramah bukan main.


Ni for Ani. Orang tak sempat amek gambar dia dah kucar. Garlic Rice RM8.80 harga dia. Ni pon sebok Intan tanya Ani, ‘Ani ko abes tak?’ Eeeee dia tu kan?


Ani and Intan. Boleh nampak sapa lagi excited makan dalam gambar ni. Si Ani pandai pakai chopstick tapi makanan yang jatuh lagi banyak dari yang masuk mulut. Haha.


Queue boleh tahan lama. Kalau Jumaat tak boleh buat reservation. Menyam.


ni la Bowling Office yang I bawak Ani. Nampak Ani menyelit dekat belakang tu. Suruh duduk depan dia taknak.

Total bill kena RM147.20 so guna duit Ani bagi RM100.00 and balance tu bahagi 3 la. Patut Intan bayar lebih sebab dia makan banyak tapi takper, kita kasik dia chance kali ni. I kalau Intan cakap ‘Intan dah kenyang’, memang I takkan percaya dah. Hahahaha. For Ani, hope nko suka la kitorang bawak makan Sushi. Lain kali kitorang bawak ko makan yang sedap-sedap lagi ok? Ko bagitau je nak makan apa zzzzaaaapppp kitorang bawak. Sebelum balik, kitorang pergi Nichii lepas tu I belikan Ani sehelai baju and sepasang kasut sebab dia selalu cover kerja I bila I cuti, so kira upah la. Lepas beli, terus Ani pakai kasut tu. Dia kata ‘KLCC kena la pakai kasut’. Dah tu tadi masa dia datang pakai slipper takpe pulak. Comel je Ani ni perangai. I rasa nanti Ani masuk syurga Class One sebab dia baik orangnya. Boss I pon sayang Ani ni. Masa nak pilih kasut, Intan sebok cakap ‘Kaksu, Intan suka kasut ni. Yang ni pon Intan suka’. I cakap ‘SO?’ Lepas tu Intan menjawab cakap dia cakap je. Hahaha. Tu la kerjanya Intan, kerjanya nak pau I. Haritu masa balik bowling orang dah belanja makan Cheese Nan dengan Satay lepas tu bila tanya naper tak order air, dia cakap dia nak ‘Starbucks’ memang kena marah la dengan I. Mue sangat perangai. E! Padahal tengah hari dah belanja Dolly Dimsum.

-eNd-

1 comment:

aziekz said...

Intan..intan...😂