Monday, August 21, 2017

Shein's and Mama Outing - Part I

Assalamualaikum..

Si Shein dah pandai dah suruh Mama janji. Suruh mandi, dia cakap ‘Ok…. But…’ after shower nak Ultraman, Ice-Cream, Amsyar, Ibu, Monster semua and the list goes on. Hahaha. Manja bukan main. Tinggi suara sikit merajuk. Bila kita buat lawak and gurau-gurau dia cakap ‘Not Funny’ amboi dia tu... Bila tanya banyak-banyak kali, dia cakap ‘Enough’, bila kita ajak dia joget-joget and nyanyi tapi kadang-kadang Mama dia terover dia cakap ‘Stop it Mama’ T___T Walaupon ada unsur melawan tapi I am more than happy. Shein kan lambat cakap sikit? So bila dia respon pada I tak kisah la macam mana dia punya respon I sangat happy. Hari Sabtu haritu, Sazli ada run. Pukul 5.30am dah keluar rumah sebab flag off pon pukul 7.30am kot, entah. So, I berdua je la dengan Shein dekat rumah. Siap susu, sarap, layan semi-final Netball dekat TV2 terus I ajak dia mandi and promise nak bawak dia jalan-jalan. By the time nak siap, Sazli pon sampai rumah.. I date berdua je la dengan Shein sebab Sazli boleh rehat. Dia pon masuk RUN 5KM badan tak berapa fit. Demam dah 3 hari so biar dia mandi, rehat. Kalau I ada dekat rumah dengan Shein kang mesti bising gaduh la apa la manakan dapat berehat yang solid. So baik kitorang keluar and Sazli dapat la rest aman sikit dekat rumah. Sazli cakap ‘TQ Mama bawak Shein jalan. Nanti by the time Papa bangun, Mama dah ada kat rumah ye? Jangan lama-lama nanti Papa sunyi’. Sudahnya keluar pukul 1.30pm, sampai rumah 7.00pm Hahahaha punya lama. Shein and Mama sama naik, kaki meladi – Ni ayat Sazli lah. Shein tu, dia tau je jalan nak balik rumah. Nampak jalan macam nak balik sebok ajak pergi sana pergi sini pulak. Tu I kena cakap ‘After shower, we can go play outside’. Outside tu bagi Shein is keluar dari rumah. Tak kisah la memana janji outside. 


Memang I takde arah tujuan. Taktau nak pergi mana. Ikut hati macam nak pergi Jungle Gym dekat Bangsar tapi I punya dahi dah cop Ampang sahaja so I ikut naluri
tetiba sampai dekat KLCC. Oklah, makan dulu dekat Chili’s.

Tunggu tak lama dah dapat table. Surprisingly KLCC takde la pulak sesak macam hari minggu yang biasa. Parking senang, queue masa nak makan pon sekejap. Maybe sebab tengah bulan kot? I bawak Shein punya iPad so bila dia nampak bosan, baru I bawak keluar. Dalam iPad I install game coloring, puzzle, sing along, play instrument. Shein suka. Lagi-lagi kalau puji dia ‘clever boy’. Haha. Korang kalau ada apps menarik for toddler bebaya Shein suggest la eh? Dalam bag dia ada baju 1 set, ada towel, ada wet tissue, botol susu and susu incase kalau dia nak. Letak dalam Minion Bag so Shein happy la nak bawak . I makan kat Chili’s sebab nak makan Molten Chocolate Cake and nak makan yang simple-simple je. Chili’s ni I suka sebab dia view park KLCC and kat sini kalau bising-bising pon takpe sebab crowd dia memang hingaq so kata la I tertarzan dekat Shein kejap lagi takde masalah. Tingat dulu zaman dating dengan Abah Shein, kitorang boleh lepak sini sampai 3-4 jam. Borak non stop. Hehe. 


Yayyyy sampai dah. Molten Chocolate Cake – RM22.95
Kek dia sedap sebab serve hot. Tengah-tengah ada coklat cair and top dengan ice-cream vanilla covered with chocolate.


I order Quesadillas Combo. RM35.95. Sedap! Rasa macam pizza pon ada. Tak abes pon makan sebab banyak. Tapau balance bawak balik.


Shein makan eskrem dia je. Kek dia tak makan pon. Pandai pulak cakap ‘Not nice’. Oooo eskrem takper pulak eh? Ice-cream is not good tau? Kalau boleh kena elak bagi sebab contain high sugar but Bapak kata ‘Biarlah dia ada memory makan ice-cream masa dia waktu kecik’.


Sesambil buat coloring. Eskrem tumpah sikit, lap guna tissue. Ada dah perangai Mama jatuh kat Shein sikit-sikit.

Siap makan, memula I nak bawak Shein tengok movie sebab Chili’s ni sebelah je dengan TGV tapi macam takde cerita yang best untuk Shein tengok. Kata Ain bawak masuk yang Beanie punya la, sedap Shein nak tido. Dah kalau dia tido satu hal nak mengangkat. Kot 10kg takpe. Ni 24 kg ok? Sejenis Shein kalau dia dah penat/bosan/sleepy memang mintak dukong. Takde der dia nak bejalan dah. Haritu Minion tak bawak pon Shein tengok, rugi pulak rasa. I tengok ada cerita Shah Rukh Khan terbaru, nak kena tengok ni nanti dengan Sazli. Since movie takde menarik so terus kitorang ke Toy’s R Us. Masa OTW nak ke Toy’s R Us mana Shein nak singgah I ok je. Takde rushing apa. Now I know, nak keluar dengan Shein tak boleh rushing and tak boleh ada plan lain. Nanti I jadik stressed nak kejar masa and apapa Shein nak buat macam dia ajak masuk certain kedai and I tak boleh layan nanti dedua pon stressed.


Bawak Shein masuk Toys R Us and I pesan pada dia ‘One only Shein’. Dia try nego mintak ‘Two Mama’ sambil tunjuk 2 guna jari debab dia tu. I gigit je and I said cannot. Take one only. Dalam banyak-banyak Toys, dia boleh nak Tobot ni. Bagus Shein. RM79.90 sahaja. Boleh kalau nak ambik 14 hhahahah.


I offer suruh dia ambik balls and ada toys katak tu. Dia pulak gerak-gerak jari telunjuk ‘One Only Mama’. Good Boy Shein!


Lepas beli toy Shein, singgah KENS. I nak beli moisturizer.


Normal Price untuk REN Moisturizer ni dalam RM150++ tak silap I tapi haritu ada promotion X’Mas Box RM199.00 and lepas tu dapat lagi pulak discount another 20% so total jadik RM159.20 sahaja. Dapat Moisturizer, Cleanser and Night Cream. Muka I memang sesuai pakai pelembap jenis ni. Lepas pakai, memang rasa moist sangat tapi tak berminyak. I like.


Sempat lagi sebelum balik. Dia ingat dia kecik? Lutut pon dah tak berapa nak lepas.

Kitorang keluar dari KLCC dengan mendapat kerjasama yang sangat baik dari Shein. Dia siap bye-bye lagi. ‘Bye-bye Toys R us, bye-bye tunnel’. Shein sangat la happy. Bila tanya ‘Shein, are you happy?’ Dia jawab ‘Yesssss’. What do you say to Mama? ‘Tachiuuu Mama. I Love You’ J I am blessed. Biar penat banyak mana, duit abes sikit pon takpe janji Shein happy. Lagi pulak dia good boy and behave lagi la Mama extra happy. Memandangkan awal lagi nak balik sebab belum pukul 4.00pm so kita pergi tempat lain lah. Pergi mana? Tunggu next entry Ok? Hahahaha. Poyo je keluar 7 jam tapi sampai dua entry. Eh biarlaaaaaaaaaaaaaaaa. I pon suka dapat spend time berdua dengan Shein. I hope kita dua dapat kawan sama-sama macam ni sampai la I akhir hayat. Mama saaaaaaaaaaaaayang Shein! Nanti 2nd entry I share tips macam mana nak handle toddler macam Shein masa keluar ok? Okbye.

-eNd-

No comments: