Tuesday, August 8, 2017

Cepat - Mudah - Fresh - Cantik

Assalamualaikum…

Harini I nak share tips macam mana nak bersiap mekap dalam masa less than 5 minutes tapi still look good and fresh with minimal make-up item. Memang nampak cantik ala-ala ‘make-up no make-up style’ macam Korean tu la. Cecece. Tapi yang tu pon kalau ikutkan foundation dia agak tebal and memacam nak tepek tapi if korang ikut yang macam I ni 100% lebih cepat. Lebih nampak glowing and extra flawless especially untuk yang takde masalah jerawat dekat muka. Untuk kulit kusam also boleh guna tips I ni. Untuk yang ada jerawat or parut jerawat maybe kena tambah extra 2-3 minutes sebab nak kena pakai foundation tebal sikit. Macam I, senang. Guna je product sendiri. ANNESURAYA SKINCARE Day Cream tak pernah tinggal and memang I jadikkan routine. Korang pakai je. Nanti lepas 2 3 bulan kang tetiba cantik je kulit. Yang penting kena konsisten dan sabar lah. Macam Day Cream ANNESURAYA ni pon baruuuu RM20.00 so I tetap rasa berbaloi untuk pakai walaupon kesan nak lebih cantik tu makan masa 2 3 bulan. Tak kisahlah kan? Dah kata keluar RM20.00 kena la ambik masa nak kulit cantik. Takkan cream harga RM20.00 hasil nak sama macam buat treatment dekat Aesthetic Clinic. Ye dak? Yang tips yang I share ni, memula dulu I rasa macam tak berapa confident nak keluar especially time ada event dengan muka siap 5 minutes ni, tapi I kasik chance pada diri I. Bila I dah cuba, I rasa happy. Bersiap 5 minutes ni I rasa lebih natural. Untuk yang mata sepet sedunia macam I, jangan risau. Still boleh nampak ok tanpa eye liner. Jom check out apa yang I guna. Murah-murah sahaja and bukan hi-end product pon. InsyaAllah mampu milik.




Dari Kiri : Sephora Colorful Cheek Ink gel, Code 03 orchid, The Body Shop Brow & Liner Kit, Kaay Super Moisture Cushion, ANNESURAYA Skincare Day cream, Sephora Mascara, Dark Brown and Lipice Sheer Color.


Memula I pakai toner ANNESURAYA lepas tu pakai pelembap jenis REN + Vit C Serum. Pakai satu muka. Jangan lupa pakai Sunblock ok? Yang ni semua I pernah share dulu. Lepas tu pakai ANNESURAYA Skincare Day Cream. Dalam dia pon dah ada sunblock jugak. So bagus. Sunblock ni memelihara kulit dari kena sinaran cahaya UV yang berbahaya pada kulit dan boleh elak jeragat. Untuk umur 30-an SILALAH SPEND DUIT FOR SUNBLOCK. Penat dah pesan pasal sunblock ni ha. Hadoinyeeeee! So siap dah untuk penjagaan muka next kita terus je ke cara-cara makeup 5 minutes.

1st Step
Pakai Super Moist Kaay Cushion. Kaay Cushion ni memang bukan sembang kosong punya DD Cushion. Cakap pung-pang pon tak guna kalau hasil hampeh. Yang ni memang I dah pakai and suka giler. Ni dah masuk unit yang ketiga dah pon I pakai and tengok dalam IG Kaay Cosmetic ada refill punya, cantek! Kejap lagi nak order terus. I suka Kaay Cushion ni sebab light, fresh coverage, moisture, flawless skin effect and wudhu friendly. Lightweight texture ni penting sebab I rasa kulit I bernafas and nak cuci pon senang. Korang kalau nak order, boleh WhatsApp 011-28811281. Serious I suka. Senang nak pakai pergi memana. Lepas dah pakai satu muka, I letak bedak baby Johnson dekat muka. Taktau kenapa, saje sesuka kah kah kah.

2nd Step
Dah pakai bedak semua tadi, I guna brush untuk bentukkan kening I guna The Body Shop Brow & Liner Kit. Kenapa bukan eyebrow pencil? Sebab kalau guna brow and liner kit ni, I boleh nampak muka I tak garang and warna dia dark brown so takde la kening macam Sinchan. Kekadang kena hati-hati guna eye brow pencil sebab lebih usaha sikit nanti muka nampak pelik. So Brow & Liner Kit ni memang menyelamatkan I. Kekadang I also suka guna Long lasting Brow Pencil jenis Sephora color grey pulak. But depends on my mood. If nak nampak natural, I guna yang ni. Lebih nampak fresh. Tak pandai guna brush? Takper. Try hari-hari. Practice make perfect.

3rd Step
I guna pelentik bulu mata and lepas tu pakai Mascara. My favorite is Sephora punya and I guna kaler Dark Brown. Dark Brown nampak lebih lembut pada wajah. Lepas ni sesapa yang biasa pakai kaler hitam, cuba ambik brown. Seriously akan nampak lebih natural. Cara pakai mascara is zig zag. Memula pakai kanan, siap kanan pakai kiri. Lepas tu pakai dulu blusher and lip gloss and bila dah siap pakai lip gloss pakai balik mascara belah kanan and kiri. Double apply. Nanti akan nampak bulu mata lebih panjang and mata lebih bundar. Takyah eye liner pon dah takper. Kata natural beauty, kan?

4th Step
Dah setel mata, I picit sikit my Sephora Colorful Cheek Ink Gel, Code 03 pada pipi kanan langgar ke batang hidung and seluruh hidung and pipi kiri. Lepas tu ratakan. Ambik kaler pink + merah untuk kasik effect pipi kemerah-merahan supaya nampak comel kawai ala-ala awek Korea. Takper. Jangan takot untuk mencuba walaupon kulit sawo matang and hidung kembang keturunan Jawa macam I sekalipon still look good. Untuk kulit kaler gold macam Intan, maybe boleh cuba ambik yang kaler agak purple sikit. Pon cantik. Macam level-level kulit I, ambik pink. Kalau nak lebih bold and effect selsema comel, ambik merah terus. Nanti I nak ambik kaler merah pulak dah. Suka la pulak pakai blusher jenis gel macam ni. Nampak cute (walaupon umur 36 so what?????)

Final Step
Pakailah lip gloss. I suka Lip Ice ni. Dia boleh rawat kulit kering jugak. If korang jenis kulit bibir kering and sebok nak pakai Matte Color Lipstick, I sarankan korang pakai la lip gloss sebelum apply lipstick. Matte Lipstick ni mengeringkan bibir. So kena hati-hati. If takde lip gloss, belasah pakai petroleum gel pon ok jugak. Macam I, if nak fresh look macam ni cukup la dengan pakai Lip Ice sahaja. Nanti nanmpak bibir pink-pink manja. Murah pon murah Lip Ice ni. Kalau malam, korang nak tido tu sapu la bibir dengan madu to keep your lips moist. Seminggu sekali, scrub bibir. Now kan banyak jual scrub bibir. My favorite is Pure by Safiyyah Osman. Lip Scrub dia handcrafted.




Ni la hasilnya 5 minutes make—up I yang berkongsep misteri. Dia ambik gambar tunduk macam nampak tak nampak kan? Hahahaha. Tapi still look fresh. Takde la keluar dengan muka tak siap. Kita emak-emak keluar pon mesti mau nampak presentable. Imej sebagai Ibu yang berketrampilan tu kena jaga. Ye dak?





Ni ha ANNESURAYA SKINCARE now punya harga. If tadek bajet boleh cuba 1 facial Cleanser (Bar/Liquid) + 1 Day Cream + 1 Night Cream. Baru RM55.00 – Jimat RM20.00. If beli loose item 3 and more dapat less 30%. Rugilah ye kalau tak cuba our Day Cream. Serious best. Bukan la nak masuk bakul angkat sendiri tapi dah memang best, nak buat macam mana? Hahahaha.

Untuk order, korang boleh WhatsApp I terus dekat 012-9184042. If ambik 1 set AS + Transbella is RM140 sahaja FREE POSTAGE tapi now Bella out of Stock. InsyaAllah by end of this week stock sampai lah. Bella ni ramai repeat customer tu yang stock cepat abes. I pon kekadang takot nak promote sebab nanti kalau kena serbu, stock pulak tinggal sikit I boleh kena heart attack. Seram! So harap entry I kali ni dapat memberi manfaat pada nkorang semua. untuk kaki-kaki mekap sedunia, lepas ni cuba la my 5 minutes tips ni eh? Tengok korang macam mana confident ke tak nak keluar. Macam I, now I lebih suka style mekap macam ni je. Cepat - Mudah – Fresh dan Cantik. Sekian terima kasih.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...