Assalamualaikum..
Sabtu lepas, pagi I ada kerja Nuffnang dekat KLCC
dari pukul 10.00am – 12.00pm, lepas tu balik rumah salin baju pergi pulak
Office Terbuka Abang Usen di Wangsa Maju. Boleh baca dekat sini. Dari sana
terus ke MATIC untuk tengok Dinosaur Live in KL bawak Shein. Tachiu Kakyang
suggest datang sini. Shein memang suka giler la. I pon tak pepasal suka jugak.
Yang tak suka sebab kena pau toys dengan Shein. Overall best la weh dekat sini.
Dinosaur dia gerak-gerak dan memacam jenis serta pelbagai aktiviti, ada tempat
makan, ada toilet, aircond pon kuat. Berbaloi la bayar RM50 Dewasa, RM30
kanak-kanak 3 tahun keatas. 2 tahun kebawah FREE. Tu nanti I share dalam next
entry ok? Itu pon kalau rajin la okbye. Dah puas Shein berkuntau dengan
Dinosaur, lepas tu terus ke Pavilion jumpa dengan Apai, Apis, Zareef, Hj Boss, Yash,
Edi and Mira dekat Starbucks Pavilion. Gitu aturcara I pada hari Sabtu, YB
sangat. Vote Suraya untuk Dun Jengka! I membawa Parti Bebas la tapi (Harap Mak
tak baca ni). Dari Starbucks kitorang beralih ke Grandmama for dinner sebab
Starbucks tu terlalu remaja la. Kita semua dah tuwe and tak tahan panas +
bingit so kena carik tempat yang aman sentosa. Baru senang nak borak sesambil
Yash lampi setelkan untuk buat Insurance Shein yang sampai sekarang tak
setel-setel tu hahaha. Dekat sana, YB Gofur join makan and jumpa la sekejap
Zack Galak and family dia tapi dia taknak join makan. Tau la sekarang tauke kasut
Nike/Adidas mahal. Eksyen! Hahaha.
Apai
paling hensem sebab dia pakai T-Shirt V-Neck. Bukan senang eh nak jumpa lelaki
macho macam Apai ni? Baju oren, kocek biru. Perghhh Apai. Kenapa la tak join
kumpulan Forteen dulu. Kalau tak Apai dah artis dah sekarang. Dari Kiri : Eddy,
Apis (ko kenapa gemok sekarang?), Sazli and Apai (Artist)
Yash
tengah explain pada Mira pasal insurance and isi form online.
Thank you Yash sebab membuka mata Maksu pasal
insurance. Apa kebaikan insurance and kenapa kita KENA ADA INSURANCE. Nanti I
share kemudian bila Shein punya application dah setel. Korang mana yang belanja
beli baju RM200-RM300 sebulan lepas ni tolong ketepikan sikit untuk insurance
anak-anak ye? Kita taktau apa yang akan jadik masa depan. Perubatan bukan
murah. Badan tak selamanya sihat. Ketepikan sikit untuk insurance anak-anak. Kot
sakit/demam selesa la sikit duduk hospital Swasta. Ada aircond, ada bilik
selesa. Kan? Dapat pulak agent macam Yash ni sangat menghiburkan hati dan ciwi
nak mampos and anggap semua kawan tu family and semua orang dalam dunia baik
and takde yang jahat sebab tu dia biasa kena buli. Lepas tu peramah giler and
computer bergerak senang nak refer apapa and semua menda pon dia tau. Sazli and
I both dah ada insurance. Kitorang ambik jugak walaupon Company I tanggung satu
keluarga sebab risau kot RM50,000k tu tak cukup untuk kami tiga beranak guna
dalam masa setahun. Haritu ada officemate kena Slip Disc masuk Government
Hospital je sebab treatment/operation tu mahal kalau buat dekat Private Hosp.
Naseb Insurance I dengan Sazli boleh cover banyak so KALAU ada apapa jadik, at
least I ada back up. Now tengah buat untuk Shein pulak. Kepada Yash, bila nak
setel? Bergerak pantas Yash. Mengandung bukan alasan eh? Haha.
Mira
InsyaAllah akan kerja dekat Karambunai Sabah soon. Kata Mira dia dah lama nak
kerja dalam Hotel line. So bila dapat offer bagus and good for dia punya
portfolio so dia grab je. I tanya Mira, ‘Mira
rasa boleh survive ke jauh dengan Eddy?’ Terus muka nak nanges. Hahaha.
Comel Mira. You can do it Mira! Nanti Kaksu datang la Karambunai. Best tu!
Tempat kitorang honeymoon. Hotel best giler. Tapi hurm.. Kena naik kapalterbang
pulak. Menyam.
Take
one
Take
two
Take
three. Semua gagal bagi Shein pandang camera. I belanja la gambar Zareef 3
keping sebab dia Pilot handsome and very low profile. Gambar IG takde sekeping
pon menayang dia kerja apa. Susah nak jumpa orang macam ni. I kalau kerja Pilot
buat live terus dalam FB kot? Hahahahaha.
Gembira
betul kan Si Apis tunjuk gambar kasut dekat Zareef.
Bebudak lelaki ni kan? Dia punya kuasa shopping
kasut Adidas/Nike yang jenis NMD, Ultra Boost, Yeezys ni semua kalah pempuan
shopping duCk ok? Sorang beli, lepas tu bakar line and hasut dah semua pon
beli. Yash tanya, ‘Maksu macam mana nak
stop depa ni beli kasut mahai ha?’ I pon tak boleh nak jawab. Tapi I
salahkan Khatig dengan Apis, dengan Apai, dengan Sarjen dia Zack Galak la. Dorang
la yang membawak fenomena kasut ni dalam Wakdan. Hahahaha. Lepas tu dengan bini
sekali terpengaruh. Tak pepasal dengan I sekali beli NMD. Tak pepenah I ada kasut sukan RM760.00 sepasang. I cannot
brain this whyyyy kasut sukan kena mahal like this? Boleh terbang kea apa? Tu
tak Yeezy lagi tu. Eh betul ke eja ni? Kang aku kena bahan, tak pasal. Tapi no
doubt, smart la semua kasut-kasut ni. I tengok Sazli tunjuk ada satu NMD ni
corak macam askar, hensem jugak. Tapi malas nak tanya harga takot makan hati.
Zack
Galak, Niza and family. Tu naper tu Puteri taknak kasik kerjasama amek gambar?
Kata Galak pada Yash ‘Kasut nampak tak?’ Hahaha. Tu yang I pakai is Adidas NMD
kaler grey + pink. Super comfy! Memang lain la selesa dia compare dengan kasut
lain yang I pernah pakai. Cantik tak? Kalau berani, jawab la tak cantik.
Kata Sazli, cantik la perempuan pakai kasut macam
ni. Zaman sekarang mana ada dah pempuan keluar pakai kasut tinggi. Memandai je
dia kan? Tapi haritu dia tunjuk I gambar bini Johan pakai NMD dengan Baju
kurung, stylo jugak. Btw Zack Galak ni la tauke Zgsports. Korang boleh tengok
dekat IG dia sneakers, football boots dengan streetwear yang 100% original and
ada banyak yang ready stock. Dia beli banyak-banyak, lepas tu taktau bila nak
pakai sebab dah banyak sangat and jual balik. Hahaha. Macam aku taktau. Sesapa
yang ada suami/isteri yang minat kasut-kasut Adidas/Nike boleh la tanya or
mintak advice dengan tauke Zgsports ni.
Dia tau semua mana yang latest and cantik. Tapi kalau dia suggest yang RM3,000
sepasang padan muka. Hahahahaha.
-eNd-
1 comment:
Hahahahaha... entry ni nampak cemerlang la... tq su! Ur the best... tgu jap nk membuat pembakaran terbuka kt fb... ada kasut lawooo!
Post a Comment