Tuesday, August 8, 2017

Swarovski Baru Tu!

Assalamualaikum..

Last month I ada cakap pada Agent/Dropship HOC sapa yang dapat target sales 30pcs nanti I nak bagi Swarovski punya barang. Usually siapa yang dapat achieve 20 pcs sales sebulan pon memang I dah bagi reward. Ikut mood I la. Kekadang cash, kekadang barang-barang apapa tapi mesti range RM200-RM350 macam tu la. So this month ada sorang Agent dapat jual 34pcs, so I pon melunaskan janji bagi Swarovski. Beli dekat KLCC so senang dapat warranty. Harga lebih sikit la dari kirim personal shopper tapi takpe, puas hati dapat beli and pilih sendiri. So Alhamdulillah, semalam setel dah bagi sendiri Swarovski ni dekat tangan Top Seller Agent HOC bulan July – Izzatul. Kata dia, dia excited sangat sebab jarang beli barang macam ni sendiri. Tapi sejak join Agent HOC dah boleh pakai Swarovski, dapat wallet COACH and dapat some cash extra selain dari yang dia sendiri earn sebab dia punya sales. Macam sales July, Izza dapat lebih kurang dalam RM1,500.00 jugak la komisyen. Total sales Izza semenjak 3 bulan lepas is RM16,000.00 macam tu. Banyak kan? I tengok Izzatul ni memang sangat consistent dia punya iklan/marketing/promo dekat Instagram and Facebook dia. Itu yang sepatutnya kita buat as a seller. Memang kena consistent. Orang beli atau tak, itu lain cerita. Tahniah Izzatul! Untuk bulan ni, I ingat nak bagi duCk Scarf pulak untuk Top Seller yang dapat achieve target. Kita tengok siapa yang kena!


Wuuu cantiknya dah pakai dekat tangan. Korang jangan tertipu Swarovski yang jual dekat internet harga RM40.00 tu eh? Tu semua bukan original. Pakailah yang original baru la rasa puas hati lain macam. Nak pulak kalau dapat sebagai hadiah atas usaha keras. Lagi rasa best. Kan Izza?



Ni semalam I beli dekat SwarovskiKLCC. Si Ain la temankan. Tachiu Ain! Kebetulan Izza ada dekat area KL, so boleh terus bagi pada dia dekat tangan. Biasanya I pos je.



Ni la Izzatul. Pon pemakai tegar HOC. Dulu dia start as pemakai, lepas tu bila nampak hasilnya pada dia sendiri (lost 6kg) then only dia jadik Agent HOC and share kebaikan HOC dengan kawan-kawan dia. Start dari tu lah dia bersama dengan HOC sampai la sekarang.

Izza cakap, dia pon tak sangka dapat extra income dengan HOC. Dia memang suri rumah tangga. So, nak dapat duit pocket dia jadik a few brand punya Agent. So dapat jugak la duit belanja sendiri. Sapa nak kasik RM1,500.00 – RM2,000.00 tapi duduk rumah jadik housewife? Dapat jaga anak sendiri at the same time bekerja dari rumah. Belanja pon jimat. Imagine now lepasan Diploma pon basic salary RM1,500.00. Situ lah makan, situlah transport semua. Hujung bulan apa je tinggal kan? Tapi macam Izza dia pilih untuk jadik surirumah but at the same time, jadik Agent HOC. Dapat tambah income… Anak membesar depan mata and dapat jaga family. Kita actually boleh nampak potensi Agent-agent ni dari first day dorang join sebenarnya. Siapa yang hangat-hangat taik ayam and sapa yang konsisten and bersungguh. Marketing ni kena berterusan. Mana boleh expect naik 1 gambar, takde testimonial takde apa lepas tu nak sales ribu-ribu. Memang kena konsisten and usaha la. Takde menda dalam dunia ni yang datang bergolek. Semua kena usaha. 


Macam Ain, dia cakap nak makan Steak sedap. So, dia usaha datang KL. Baru dapat makan Steak sedap dekat VS. Kata dia, yang dia makan dekat JB semua macam kayu. Hahahaha, pernah makan kayu ke? Tu la, JB takde VS and takde Menate. Sini ada. Nenenene. Orang JB jangan marah I ok? Korang tengok lah Sirloin Long Fed ni, makin lama makin sedap I rasa. Sebesar pelempang buaya macam ni all gone. Bagi tekak I, Steak dekat VS ni la yang paling sedap.


Punya happy dapat makan Steak, sampai macam onggiler tengok Steak dengan kasih sayang. Macam cara Doraemon pandang Nobita. Mata berkaca-kaca je. Hahahahah.


Yang tak teringin makan pon tumpang sekaki. Paling dulu cepat habes pulak tu. Punya labap.

Thank you Ain teman Kaksu setel a few thing semalam. Check design product baru, carik material, handle website semua. Banyak jugak yang dah siap, Al-hamdulillah. Kebetulan Ain ada dekat KL so kita kena la fully utilized tugas-tugas Ain di belakang tabir. Lagipon dia dekat JB, I dekat KL. Most of the time communicate memang WhatsAap je la. Ain pulak memang kerja office hour tapi sebab dia multi-task banyak la kerja-kerja design I, account, budget semua siap and jadik mudah. Tachiu Ain! Dia ni memang bijak orangnya. Tengok muka dah tau bijak sebab nerd je semacam. Orang muka macam Ain ni memang stock dean list dekat Uni. Tapi Ain ni kekadang garang jugak. Dia pendiam and berat mulut, tapi kalau orang jalan lepas tu terlanggar dia nanti dia jeling lepas tu cakap ‘Woi, buta ke?’ Atau sapa yang suka sakitkan hati dia, dia baling je dekat muka orang tu apapa menda yang dia sempat capai. Henpon ke, buku ke, kunci ke, mana yang dan. So, muka stock perpustakaan bukan beerti dia diam dan senang dibuli. Kepada bakal suami Ain, harap bertabah. Hahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...