Monday, August 7, 2017

Majlis Kesyukuran MHM Associates

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas dapat invitation dari Abang Usen untuk majlis makan-makan sempena dengan pembukaan new branch company dia dekat Wangsa Maju. Now dah ada 3 cawangan dah office dia. Satu dekat Wangsa Maju, 2 dekat Shah Alam and InsyaAllah soon dia bukak dekat Perak pulak. Abang Usen bukak company consulting firm nama MHM Associates. Dah lama dah business Abang Usen ni. More than 15 years rasanya. Dari 4 staff now dah ada puluh-puluh dah. Pakkal I dah kerja best, kalau tak memang I paksa Abang Usen amek I jadik PA dia hahahaha. Tahniah Abang Usen, you deserve this. Sebab dia ialah seorang yang sangatlah baiknya. Sangat rare la nak jumpa orang yang baik macam Abang Usen ni. Dulu masa zaman I muda remaja Abang Usen and Abang Yut la kawan I. Bawak makan, tengok movie, hantar pergi Bus Stand nak balik Jengka dorang berdua la yang tolong. Kemana saja, memang dengan Abang Yut and Abang Usen. Family kitorang pon memang kenal baik sampailah sekarang. 5 tahun jugak kita berkawan 3 orang sebelum masing-masing memberi tumpuan kepada masa depan dan berkahwin. Kalau tak macam tu takot sampai kesudah tak kawen ler memasing sebab dah too comfortable level boleh korek hidung and kentut bersepah sesama kita hahaha. Abang Usen and Abang Yut ni dah macam Abang I sendiri dah. Sayang macam family..


Baju peach tu Kak Niza, wife Abang Usen. Anak dah 3 pon badan menten je. Pon baik jugak orangnya. Last jumpa tahun 2011 rasanya masa Open House Abang Usen dekat rumah lama dia. 



Baju hitam tu Anis. Adik Abang Usen. Kerja Nurse. Dulu kecik je dia. Now dah besar panjang and bersuami dah pon OMG I dah tuwe kbye


Sedapnya Nasi Arab ni.

Semalam ada banyak makanan tapi ni je sempat ambik gambar sebab Sultan Melaka takde mood. Tak tenteram Mama engkau nak makan Shein. Dari rumah lagi Shein tak puas hati dengan Sazli and I. Merebak sampai la keluar ni ha. Masuk kereta kena la bebel dengan I. Lepas tu dia nanges and tido. Balik dari Wangsa Maju, terus kitorang ke Dinosaur Live in KL dekat Matic. Time tu barulah dia ok mood. Yang tu nanti I share info dalam entry lain Ok? Untuk Abang Usen and MHM Associates, I doakan semoga terus berjaya pada masa akan datang, InsyaAllah.. 

-eNd-


No comments: