Friday, August 4, 2017

Marriott’s Mai Khao Beach - The Golf Garden

Assalamualaikum..

Selagi tak bosan, kita share je semua info and gambar-gambar masa dekat Phuket ok? Sementara dia tengah semangat ni ha. Minggu depan belum tentu semangat ni kekal. Hahahaha. Today I nak share gambar one of the facilities yang ada dekat Marriott’s Mai Khao Beach ni iaitu The Golf Garden. Patut share gambar bilik dulu tapi konsep update and share info ni ialah ikut suka hati I and takde turutan sebab blog ni I la Boss dia. So suka hati I la nak update mana dulu. Kata Boss? HAHAHAH. Kitorang stay sini 4 hari 3 malam. A night before kitorang duduk Private Villa. Tu nanti later I share. I sukaaaaaaaaaaaaaa giler la Marriott’s ni sebab bilik best, facilities best, warm service, ambience best and semua la best best best belaka. Memang I kasik 5 star. Tengkiu Ongkaya Khatig and Aliah sebab bawak kitorang stay dekat sini dengan harga yang bapak la murah. Memang harga ni, tak dapat la dalam Booking.com, Agoda.com or mana-mana dot com yang ada dalam donia ni unless, kita ada beli ‘unit’ dekat mana-mana Marriott punya cawangan diseluruh dunia baru la boleh dapat. Maksudnya apa? Haaaaaa #angkatkening. Pada yang nak tau berapa harga per night/stay dekat sini boleh search dalam internet and pilih 2 bedroom apartment and korang boleh tau berapa harga beliau. Nak tulis, rasa macam tak sampai hati pulak. I pon masa Khatig tunjuk dekat dalam website mampu telan ailio je. Dah la duduk sampai 4D3N. Ni kalau ikut yang I dengan Sazli spend ni semalaman pon tak dapat ni. Tak pon dapat la, tapi kena tido dekat tepi kolam ikan. Sedih giler hidup kau. Haha.



Ye Ajla Nona… Kenapa tu tengok Auntie macam tu? Ajla ni good girl sangat. Inilah baby girl paling baik I pernah jumpa dalam dunia. Sangat sangat senang nak handle. Takde cranky takde apa. Subhanallah baiknya dia. Kalau anak macam Ajla ni, kembar 5 pon ok. Serious.


I tak banyak ambik gambar I sebab takde sapa nak ambik. Haha kesian. Tapi takper, semenjak dah tetua ni rasa macam tak penting sangat nak ambik gambar sendiri. Tapi dalam iCloude ada 22k gambar tu yang tak tahan. Tu yang dia kata dah tuwe tak penting nak amek gambar tu. Kah kah kah. Ok, back to The Golf Garden punya cerita. Bukak je sliding door belakang terus nampak tempat ni. Kitorang punya bilik memang strategic. Dah la ground floor, tak jauh dari receptionist and tak jauh dari parking. Easy je la nak ke kolam, tempat basikal semua termasuklah The Golf Garden ni. Suka la Si Shein dengan Altaav walaupon tak pandai main. Orang suruh pukul bola, dia pukul sesame sendiri. Ha bagus.. Hahaha. Tapi takper, dekat sini Kids punya facilities memang banyak. Ada swimming pool, bicycle, Kids Club and many more. Table Tennis pon ada Cuma kitorang je tak cukup masa nak explore keseluruhan Marriott ni. Dalam Club tu ada rock climbing and macam-macam fun games yang disediakan. Pendek kata sehari suntuk duduk dalam tu pon bebudak takkan bosan punyalah.


No heels, no eat and drinks, no stroller, no smoking. Kat sini konsep dia semua pepandai main sendiri and takde orang nak jaga. Swimming pool pon sama. Takde life guard.



Green je nampak kan? Ni artificial grass, bukan rumput betul pon. Tapi dari jauh nampak real je. Tipah Tertipu. Maybe kalau guna rumput betul, susah nak menten kot? Tetiba ada Altaav photobomb dekat belakang.


 Cantik kan? Siap ada pasir, ada different tone of grass macam padang golf sebenar. Dekat belah sana tu ada Swimming Pool and belakang sikit ada tasik buatan siap ada buai. Best!


Pandai ke tu main? Shein ni ada la Baba dia ajar pukul bola golf. Tapi dia ni jenis kedengki. Elok bola nak masuk lubang, dia pergi kutip.


Gaya dah ada Shein. Kena belajar main golf dari kecik nanti kaya macam Tiger Woods boleh beli cruise dengan padang golf sekali atas dia. Cewah!


Altaav pon ada gaya. Nanti dah besar boleh cakap macam ni, ‘Hi, Saya Dato’ Altaav. Anak orang kaya’. Gitu perkenalkan diri. Macam drama 80an cerita apa entah. ‘Hi, saya Roy. Anak orang kaya’. Hahahahha bongok.


Ni kena ceramah dengan Mommy dia sebab buat kayu golf macam pedang. Shein tu sebok Altaav panggil Mak dia Mommy, dia pon nak Mommy jugak. Tapi bunyi ‘mami’. Kalau Khatig dia bunyi ‘didi’. Belasah Shein, janji ada bunyik.


Abah ajar Shein pukul bola macam mana.

Nampak macam senang je nak main golf ni, tapi susah sebenarnya. I pukul banyak-banyak kali semua kelaut. Kalau Sazli tu missed masuk lubang ada la sejengkal. I pulak sekangkang terus. Kekadang masuk kawasan pasir, kekadang keluar dari landasan terus. Kah kah kah. Sama la macam Tennis, nampak macam senang tapi sebenarnya susah nak main. I memang takde bakat nak main golf. Nasib tak minat. I minat makan dengan tido serta duit. Tu kira ke tak? Hahahaha. Masa dekat sini, dapat la main a few time. Pack ok? Memang tak sempat. Ingatkan 5D4N cukup, rupanya tak cukup. Naseb la Khatig suggest tambah lagi 1 malam. Kalau tak kitorang nak pergi 4 hari je. Tu pon tak sempat nak body massage dekat Patong Beach. Dah la body massage dekat sini murah walaupon level hotel 5 star. Ruginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nampaknya kena pergi balik la Phuket, tapi I nak duduk Marriott je, tempat lain taknak. Eksyen!

Marriott’s Mai Khao Beach - Phuket
Address234 Mai Khao. Talang, Thepsasatri road,
Phuket Island, 83110, Thailand
http://www.marriott.com/hotels/travel/hktpa-marriotts-mai-khao-beach-phuket/

-eNd-

No comments: