Wednesday, September 20, 2017

Ain Share Movie Best #2

Hi Assalamualaikum..

Memandangkan harini Siti Nohaliza busy, so harini Ain share lagi few movie best (for me). So mana tau ada yang suka jugak later ke. Bab movie ni sebenarnya subjektif, ada cerita yang kita suka orang tak suka, macam tu jugak sebaliknya. Tengok pulak jenis orang macam mana, ada orang kaki hindustan (macam tuan tanah blog ni), ada orang suka drama melayu sambung-sambung, ada suka horror, ada suka comedy, ada suka cerita lite-lite je sebab dia kata konsep tengok movie/drama ni kena la santai and rileks tak payah berpikir sangat. So depends. Macam Ain boleh masuk semua, tapi selektif jugak lah. If dekat rumah Ain memang jarang tengok program lain dekat TV selain movie. Most of the time akan tengok movie from pendrive or pasang dvd je. Lagipon bukan banyak masa nak mengadap TV, malam before tidur and weekend je. Tiap-tiap malam before tidur pon memang pasang timer sebab bab TV yang tengok kita tidur tu memang dah routine. Niat nak tengok tapi entah-entah movie baru start 5 minit dah gone sampai Hongkong. Kah kah kah. 

The Boy In The Striped Pajamas (US) - Tahun 2008

 Mengisahkan tentang satu family yang ayahnya seorang tentera Nazi berpangkat besar berpindah ke satu kawasan terpencil dekat dengan tempat tahanan pada masa tu. Salah sorang anak tentera ni (Bruno - 9 tahun) boring sebab dah takde kawan bila pindah kat rumah baru. So dia selalu merayau and sampailah jumpa salah sorang tahanan (Shmuel) yang sebaya dengan dia. So dorang selalu playdate melalu pagar. Ada masa Bruno bawak mainan, makanan etc. Dekat pusat tahanan ni akan ada hari dorang jalankan holocaust iaitu satu bentuk penyeksaan dengan cara kumpulkan tahanan dalam satu kawasan (hall), diberi gas beracun and seterusnya slowly dibakar. 

Lama kelamaan bila Bruno and Shmuel dah semakin rapat, Bruno nak masuk kawasan tahanan tu untuk tengok apa ada dalam tu. So dengan bantuan Shmuel dia pon dapat masuk and pakai pajamas supaya takde siapa syak. So dipendekkan cerita the day Bruno masuk tu adalah hari akan diadakan holocaust. Bruno terkorban dengan beratus/ribu lagi tahanan lain. Masa ayah dia sedar and nak stop kan proses tu tak boleh dah. In the other side nak show yang kekejaman masa tu akhirnya kena tempias pada anak tentera Nazi tu sendiri. Lupa pulak nama ayah dia ni, nak google malas. Haha. Pergi carik cerita ni ok? Best. Banyak benda boleh belajar. 


Room (Canada) - Tahun 2015
Cerita ni pulak mengisahkan tentang perempuan yang diculik (Joy) dan dirogol selama 7 tahun sampai dapat seorang anak lelaki (Jack). Kemudian dia diletakkan dalam satu bilik yang dibuat belakang rumah lelaki yang culik ni. Rumah petak kecik je. Yang culik ni (Old Nick), eh jap google. Ok betul Old Nick nama dia. Dia kurung Joy and Jack ni selama 7 tahun dan memang tak diberi keluar. Sampailah satu masa Joy plan nak keluar dari room tu and ajar anak dia buat-buat mati semua. Dipendekkan cerita anak dia berjaya keluar dan dapat jumpa polis untuk cerita sampailah Joy pon bebas dan Old Nick kena tangkap. 

Yang best pasal cerita ni, bila dia kata based on novel, Ain google and carik sebab nak compare. But surprising bila carik jumpa lah cerita ni katanya relate dengan satu true story yang jauh lebih dasyat sebenarnya. Kisah benar tu adalah ayah (Josef Fritzl) yang rogol, dera, pukul dan kurung anak sendiri more than 24 tahun dan dia letakkan anak dia ni (Elisabeth Fritzl) bawah basement rumah dia sendiri. Then ayah ni tadi dengan mak and adik beradik lain hidup harmoni dekat tingkat atas. Ni kalau dalam islam kira sumbang mahram la ni. Tapi yang ni kejam sangat. Bayangkan anak dia ni dirogol sampai dapat 8 orang anak. Mengandung bersalin sakit ke apa selama 24 tahun memang dekat basement rumah tu sahaja. Tak keluar at all start dari first ayah dia buat dia masa 17/18 tahun macamtu. 4 daripada anak dia jaga and hidup la bawah tanah tu. Lagi 3 ayah jaga kat atas. Sorang mati and ayah dia bakar. Ni pon taktau nak dikira ayah ke atok. Dia suruh anak yang kena rogol buat surat hantar dekat rumah bagitau dia pergi jauh and kahwin semua. Konon lari dari rumah. Padahal terperuk bawah rumah tu. Pastu 3 anak yang dia jaga pulak dia buat2 letak depan rumah with notes. Konon dihantar kerumah tu mintak dijaga. Perangai keji gila. Tak boleh brain tapi this is true story. Ayah dia pulak jenis well known so orang tak expect. Even kalau tak silap lepas kena tangkap also banyak pihak bantu dia. Padahal perangai boleh tahan Syaiton. Baca kat sini and lepastu google more untuk carik the whole story ok? jangan malas. Ni Ain google balik sebab nak tengok ejaan nama dia pon menyirap je baca.   

Oklah, this time dua cerita jelah eh. Lain kali panjang umur share lagi. Bila ingat balik true story atas ni, terus terpikir yang dunia memang makin kejam. Atok rogol cucu. Bapak rogol anak. Anak bunuh Mak/Bapak, etc. Macam kes yang bapak rogol anak umur 12 tahun sehari sampai 3 kali baru-baru ni, now dah kena penjara seumur hidup. Harap-harap sempatlah dia taubat and mintak maaf pada anak dia. Tak masuk lagi bab budak 11-18 tahun dah terror sampai tahap bakar Tahfiz and direct or indirectly dah bunuh 23 nyawa. Pagi tadi pulak dengar berita budak form 3 bersalin kat surau sekolah. Then warga emas rogol budak. Macam-macam hal. Teringat pulak kes Adik Nurin yang kena rogol kejam dulu tu. Kevin Morais kena simen dalam tong. Haih.. Harap Allah always pelihara kita dari benda-benda bahaya and jahat semua ni. Biar kita hidup aman harmoni je. Masalah sikit-sikit tu takpelah, contohnya macam minyak asyik naik, harga barang mahal, tu pon dah cukup menyirap. Bila next election eh? Sakit pulak hati. Kbye. 
   

6 comments:

Chooyaya! said...

hi ain. nak tanya kenapa perenggan pertama mcm nak perli i je bila u ckp ada org kata tgk movie kena yg simple2 tak payah fikir? sesambil je ko kan?

Aien said...

hi chooyaya. kalau terasa mintak maaf eh. Tq visit blog Siti Nohaliza. Jangan lupa follow IG dia sekali. Lepastu follow IG business dia sekali. Dia jual sependa.

Bye.

Chooyaya! said...

aien : u suruh i follow, yg u gemok2 ni bila nak pakai corset tu?

Aien said...

chooyaya : ok nanti ada promo i beli lapan.

norasiahnasir said...

hahahah boleh plk korag chat kat sini..igt chat room ke..hahaha

~faRahaNis~ said...

ain ngan k.sue sama2 pala weng.. penat gelak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...