Thursday, September 21, 2017

Kasut Stylo!

Assalamualaikum..

Siapa kata lelaki takde giler shopping macam perempuan? I doubt that. Kekadang dorang punya hobby lagi mahal kot? Dah la mahal lepas tu I susah nak brain. Amendaaaaaa la beli Lego Set sampai beribu? OMG. Dah la pesen berjangkit-jangkit. Sorang beli, yang lain terbakar. Dari beli LEGO beribu baik la buat beli Handbag. Ada faedah. Boleh letak pampers anak dalam tu. Hahaha. Kalau LEGO? Boleh menung je la lepas siap pasang. Dah la tak kasik sentuh, geram je. Kata Sazli LEGO ni actually macam investment la. Collector LEGO banyak kaya raya lepas jual collection dorang yang rare and dah takde dekat kedai. Iyeeeeeee ke ni? Hahaha.  Lepas tu sekarang bebudak lelaki tu memasing tengah giler kasut. Ketua dia dalam diam I agak Apai. Tapi dia deny. Dia dok bising Yash jangan terpengaruh geng dUCK WAGS tapi dediam kasut dia lagi mahal kot? Geng kasut Apai ni I tak boleh expose la sapa dia sebab nak menjaga privasi ahli dalam tu kerana I kuatir bini-bini mereka juga ada membaca blog ni. Hahahaha. Paling menyampah kalau menda tu boleh bejangkit dekat persatuan bini-bini serta kawan-kawan bini jugak. Contoh terdekat I la. Kentut betul. Padahal Sazli eh yang suka Adidas NMD tu, tapi yang beli dulu sapa? Bini diaaaaa jugak. Lepas tu tak tahan, beli pulak Adidas EQT. Now I tengah menahan diri dari Adidas Xr1. Harap I tabah dan tak terpengaruh dengan Sazli. Dia asyik bagitau ‘Mama, Size you ada. Mama ni rare tau? Retails sold out’. Tak boleh jadik, I hasut Dyba pulak beli NMD. Selamat dapat dah. Naseb ada size. Kaki Dyba kecik je size 3.5UK hahaha. Comel giler. TQ @zgsports kerana membantu Dyba merialisasikan impian beliau untuk memiliki NMD kaler pink.


Hi Apai. Suka la tu masuk dalam Blog Chooyaya. Haha. VIP customer zgsports ni. Apai punya ni Adidas NMD R2 Primeknit. Harga RM760.00 sepasang.


Hj Boss - Air Jordan 3 Retro "Infrared 23" RM1,150.00

Sebelum korang pelik kenapa kasut-kasut macam ni pon nak kena beli dekat Collector? Kenapa tak beli je dekat Butik? Kan ada melambak Adidas/Nike dekat Malaysia ni. Jawapan : Semua yang I bakal kongsikan dalam ni sekejap lagi is RARE COLLECTION. It’s either tak masuk Malaysia ataupon limited edition yang cepat sold out dekat retail. Jenis masuk sikit je, lepas sehari launch, SOLD OUT. Orang beratur depan kedai dari malam lagi untuk dapatkan collection ni. Jenis harga retail cuma RM900.00 tapi sebab limited edition nanti collector boleh double triple up the price but still ada orang nak beli. Contoh : Adidas Yeezy Special Edition Kanya West. Yang ni harga sepasang selamba RM2,000 – RM3,000. Dekat retail memang dah takde. So orang sanggup je beli dengan harga macam tu. Untuk Shoes Collector, Adidas Yeezy Kanya West ni memang WAJIB beli. Baru jalan berkepak. Astaghfirullah. Hahaha.


Yang ni pulak NMD XR1 Henry Poole (Limited Edition) RM1,800.00 sepasang. Cantiknya yang ni Papa. (lalu air mataku berjujuran) 


Adidas R1 Tri Color RM1,250.00


Ni sapa punya ni? Yash mohon check dalam almari umah. Lepas dia, dia punya kasut.


Adidas NMD XR1. Henry Poole – Close UP


Adidas R1 PK “Japan Pack” Triple Black – RM1,100.00


Adidas UltraBoost 3.0 Mystery Ink – RM1,200.00


Nike Vapormax CDG – RM3,900.00


Nike Air Jordan 1 Flyknit Bred – RM1,200.00


Adidas NMD City Sock 2 Women – RM700.00


Yang ni Dyba punya. Comel kan? Adidas NMD RM800.00 – Ni retail Malaysia dah takde eh? Tak payah cari. Nanti nanges padan muka.


Terjebak ke Bro? Adidas XR1 Camo nama dia. Eh? Hahaha. Ke bukan? RM800.00


Ongkaya Aliah and her NMD


Ehem-ehem

Cantik-cantik kan? Ni baru sikit ni. Ada banyak lagi. I tak sampai hati nak letak yang I suka tu dalam ni nanti kalau korang beli, I punya size sold out pulak. Hahaha. Adidas NMD and Adidas EQT (Google sendiri) tu sangaaaaaaaaaaaatlah selesa. Ringat je rasa pakai sampai rasa nak terbang (exaggerate giler). Sesapa yang baru nak berjinak-jinak dengan kasut ni (Rish sila ambil perhatian) start la dengan Adidas NMD. Now memang trend kasut ni. Korang kalau nak, just Google je nak warna and design apa lepas tu contact @zgsports 011-10174709 untuk check harga and size. Tak kisah la rare collection macam mana pon, zgsports akan tolong carik sampai kelubang cacing and sampai la dapat. Zgsports ni bukan re-seller and bukan PS ye? Beliau ialah sejenis SNEAKERS COLLECTOR. Memang expert bab-bab kasut ni. Pemain Bola Sepak Malaysia pon memang carik dia la kalau nak kasut-kasut rare ni. Service memang tiptop and superb. Nora kasik 5 bintang!


-eNd-

No comments: