Tuesday, September 19, 2017

Nasi Lemak Tapau Sato

Assalamualaikum..

Sempena dengan 9 Years anniversary I dengan Intan dekat FB maka semalam kitorang buat Pot Luck la dekat office. I provide breakfast. Si Intan cakap Kaksu masak Nasik Lemak la. Kita pot luck sampai Lunch so jimat belanja. Tapi konsep Potluck disini ialah, Intan bawak Timun (tapi sudahnya dia beli sambal sotong and sambal kerang dekat café – tapau), Izzy bawak Chicken Drummet, Izzah provide air, Dyba bawak dessert (Dessert tu biskut Munchies and keropak TamTam I-don’t-get-this people why??) and Kaklong bawak diri sebab kata beliau, keadaan tidak mengizinkan. So yeah. Pot Luck T_____T Hahahaha. Tapi ok la. I pon dah lama tak masak-masak untuk bebudak ni. Lagipon nanti time makan semua dorang hidangkan. I tinggal makan je. Nasik, lauk semua dah serve dalam pinggan. Kerusi untuk I dah reserve sebab I Pwincess. Siap makan, I basuh tangan je. Pinggan semua dorang basuh and kemaskan. Bekas siap basuh and letak dekat tepi I. I goyang tetep je takyah buat apapa. So berbaloi la Ahad malam tu tido pukul 1.40am buat sambal and esoknya bangun pulul 5.00am nak rebus telur and packing. Ngantuk I seharian semalam dekat office sampai berbuih kepala rasa. Pintu toilet pon I langgar je sebab ingat dah terbukak. Biol sekejap! Hahahahaha. Dapat la bekalkan untuk Sazli jugak and dia cakap ‘Mama sedap!’ Itu yang paling best bila suami puji kita punya masakan. Hikhok. Papa nak NMD 4 please. Korang, NMD tau NMD? Tu kasut Adidas yang tengah in sekarang dalam Market. Apai, Galak, Sazli, Dyba and Ongkaya Aliah pon ada sorang satu. Nanti I share macam mana korang boleh dapat design yang lawa-lawa untuk NMD ok? Tetiba cerita bab kasut entry masak-masak ko aperhal???


Ni bekalkan Sazli. Simple je Nasik Lemak I. Sambal + Telur Rebus + Ikan Bilis Goreng + Timun Jepun. Dah! I tak suka yang sambal paru kacang semua tu. Pening la makan nasik lemak banyak sangat lauk. Headache you know, headache!



Sazli request nak makan dulu dekat rumah. Makan lain, bekal lain. Gemok baru tau. Ni dah berapa lama tak jogging ni Papa? Hahaha. Ahad ni ada run, training apa semua takde. Good luck eh?


Sabtu Ahad this week memang kitorang paling Free. So boleh la masak untuk Sazli and Shein. Untuk Shein I buat Masak Lemak Telur lepas tu Goreng Ikan Kembong and buat Sambal Belacan makan dengan Ulam-Ulaman.


Si Rish mintak resepi. Senang mak enon. Tumbuk bawang besar, bawang putih, ikan bilis. Masukkan dalam santan lepas tu tunggu la menggelegak. Masukkan Suhun and last sekali pecahkan telur. Telur tu kalau nak rebus dulu pon ok. Perasa dengan garam. Dah siap. Suhun jangan banyak sebab dia serap kuah. Nanti takde kuah pulak.


Ikan Goreng pon nak resepi ke?


Sambal belacan lawan dengan ulam. Ulam beli dekat kedai Usop. Ada selom and pegaga. Satu ikat tu kitorang makan sekali je. Mama and Abah Shein hantu ulam.

Best la sesekali dapat masak macam ni. Tapi tak boleh selalu sebab nanti Sazli gemok. Hahahaha. I pulak jenis masak simple and kering-kering je. Sazli tak suka makan berkuah. I pon dah jadik macam tu now. If makan berkuah, lauk tu kena sejenis je. I tak suka mix. Kalau kuah campur macam Nasi Kandar tu, once in a while ok la. Selalu tak boleh la sebab I tak suka. Eh, korang ada baca tak Nasi Ganja dekat Ipoh tu dia guna pelaris? Dorang letak taik wei dalam kuah. Yucks! Tapi tu betul ke tak, I tak sure but dalam Fb macam ada viral sekejap. Tapi I know memang ada orang buat pelaris letak menda-menda kotor dalam makanan. Dekat restaurant pon jangan nak eksyen sangat kang nanti waiter tu ludah ke, mana korang nak tau. I jem otak fikir pasal orang-orang jahat yang letak pelaris kotor dalam makanan ni. Sebab macam mana manusia boleh jahat macam tu, kan? Tapi orang zaman sekarang makin jahat pon. Balas dendam sampai membunuh bakar sekolah terus. Umur pon 12-18 tahun. Takot I fikir pasal kekejaman manusia zaman sekarang. Esok lusa zaman Shein dah 18 tahun entah macam mana punya kejam manusia pon I tak tau. Haih.


-eNd-

2 comments:

Petak Bunga said...

nasi lemak kena ada ikan bilis goreng banyak baru sedap.. bukan kacang banyak..huu

bab pelaris tak tahulah, tapi kalau pendinding biasa ada. mostly kawan i yg buka kedai makan cerita mcm2 dia kena bila buka kedai.. org letak mcm2 nak bg business x laku..

Dyba Dbuh said...

dyba kan kepala pusing mlm tu..xlarat nk masak..next time ok hehehe..tapi laku jgk bwk jajan pon..habes je intan n izzah mkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...