Tuesday, September 26, 2017

Raisa Birthday Party!

Assalamualaikum..

Happy 3rd Birthday Raisa! Besar dah dia. Rasa macam baru je kelmarin Rish mengandungkan Raisa tapi now dah 3 tahun dah dia siap dah ada adik sorang. Betul kuat M ni. Haha. Birthday untuk Raisa ni dibuat sebab kata Rish kesian ke dia. Asyik la tengok orang lain celebrate birthday tapi untuk dia takde. Asal nampak kek je dia blow sampai hari-hari pon birthday dia so this time around kasik real and special for Raisa. Kata Rish, Raisa punya character ganas sikit. Dia tak suka der baju kembang payung semua ni. Tu pon masa Birthday dia, kena slow talk suruh pakai gown pwincess kalau tak nanti dia buat hal. Masa Rish kasi tengok gambar kek suruh dia pilih yang mana, dia cakap ‘Taknak Mama, Aisha tak suka’. HAHAHAHA. Toys yang perempuan-perempuan pon dia tak suka. Yang dia suka Ben 10, Super Wings, Robocar Poli. Kata Rish, Raisa kena la suka Princess and Barbie tapi Raisa memang tak suka langsung. Hahaha. Yang dia suka pakai baju and seluar si Altaav. Eh? Ni pon I ada terbaca sikit-sikit dalam WAGS punya WhatsApp Group. BTW, birthday Raisa ni dibuat di Teh Tarik Place, Evolve Concept Mall Ara Damansara on 9 Sept 2017 tapi birthday dia sebenarnya on 3 Sept. I kena tulis ni sebab Rish suruh kang nanti bising malas nak layan. Dah dapat gambar birthday ni bertalu-talu dia kasik gambar dalam group. I tak berapa layan sangat tetiba  dia PM I cakap ‘You jangan nak lari Su. Masukkan birthday Raisa dalam blog. Banyak habes dah duit I ni’. Hahaha. Baru nak buat bodoh. Skali dah kena tuntut. Tapi ok jugak, sebab boleh la I share info and service waktu birthday Raisa haritu. Kena bayar royalty ni Rish. Dulu masa Mak dia buat sambal ok jugak dapat FREE now dah takde, belanja la I cake. Jangan nak buat-buat bodoh. Haha.


Gambar ni kena letak atas baru nampak meriah. Mintak focus pada Farah, Hani, Shanom and I dah la. Yang lain tu pelakon tambahan je kasik nampak meriah. Gambar ni sebenarnya Shanom suruh candid. Sekali I pose cantik lepas tu kata Shanom ‘Maksu, faktor usia ke yang dah tak pandai nak pose candid ni?’ Wajaq Shanom.



Birthday Girl. Raisa! Happy Birthday Raisa. Semoga membesar dengan sihat, bijak dan cantik. Jadik anak yang baik, sayang pada semua yang sayang pada awak. Nanti dah besar, kena tolong Mama buat kerja rumah. Kena rajin-rajin lepas tu cantik. Nak kawen nanti carik je la jejaka-jejaka Wakdan. Semua tu Mak Bapak Dato/Tan Sri tu nanti (berangan).


Raisa Turn 3! Nanti bila awak dah besar, tengok balik gambar ni kena ucap terima kasih pada Mama and Ayah awak ok. Especially Mama awak. Mama awak sanggup tau sacrifice allocation dia untuk shopping tudung duCk sebab ambik package clown paling mahal. Hahahaha. 


Cantik kan kek? Kek ni from @cuppystuffie. Own by Ms Inez. Hi Inez! Lama tak jumpa Inez. Kek Pwincess 3 tingkat ni harga dia RM500.00. No wonder la kek sedap nak mampos! Inez yang buat memang la sedap.


Table arrangement. Simple but nice. Location : Teh Tarik Place, Evolve Concept Mall Ara Damansara.


Goodies Bag from @nfj_one. Satu RM10.00


Cake cutting. Ni semua anak-anak WakDan and family member Rish je. Yang baju kotak-kotak kat depan kanan tu hensem la. Hi you. Sapa nama?


Adik si Raisa, Rizqi. Sedap la nama Rizqi. Panggil Rizq. Tengok nama dah tau dah hensem.


Birthday Girl dengan Mama and Ayah dia. Raisa ni close jugak dengan Fruz (Hj Boss). Kekadang kata Sazli, Fruz pergi bola bawak Raisa sorang. Kekadang naik motor. Memang rock and roll. Baju by @purdybaby_my. Family package 2 Tshirt Dewasa, 1 Baby RM130.00 and make up Rish by @shae.taib


Eh, Siti Nohaliza pon ada? 


Rish, Rizqi, Fruz, Apis and Farah with Birthday Girl. Farah ni kelakar tau? Ni la Farah yang I cerita dalam entry Izzah bersalin tu. Masa Farah nak bersalin, nurse tanya dia mana nak pegang lepas tu nurse tu kena marah balik. Dulu kata Farah, kalau anak dia hitam macam Apis, dia tak sayang. Jahat tau?? Hahah. Naseb baik anak dia semua putih-putih.


Kiss to Birthday Girl dari Uncle Sazli. 


Ada face painting and Clown masa birthday Raisa. Ni Shein tengah lukis spider dekat tangan dia. Lepas dia beratur, dia lagi. Mana taknya. Orang suka gomol salam Shein, nanti Spider dia dah smudge memang dia suruh lukis lain. Nasib baik unlimited painting.


Kata Rish, dia ambik package paling mahal. Hahahaha. RM850.00 harga untuk semua ni. Boleh check out dekat @unclebelontheclown


Kena letak la gambar emak-emak ni. Sebab tadi Si Aliah takde. Dia sampai lambat. Farah dah balik, Aliah baru sampai. Dari kanan : Hani Engineer Petronas Cantik, Nayang Wana Prudential Pioneer, Shanom Yang Cantik, Marsha Tinggi (Stewardess boleh la), Shima yang cantik, Siti Nohaliza, Rish Peguam Ngek and Ongkaya Aliah handbag RM23,000. Hahaha. Mampos kena dengan Aliah kalau dia baca ni.

Kata Rish, untuk package venue and deco boleh deal terus dengan Manager Teh Tarik Evolve Concept Mall ni. Makanan seriously semua sedap. Takde pulak gambar makanan dia kasik. I datang memang tengah kebuluran. Makan pon sampai ketar-ketar la tangan nak menyuap so takde kisah nak ambik gambar makanan. Sazli suka the Chicken boxing tu, dia mintak I buat nanti. Oklah Papa nanti Mama buatkan ok? Hadiah birthday I agak-agak boleh ke dapat iPhone x? Hahahaha. On behalf of Rish, Fruz and family I nak ucapkan terima kasih pada semua yang datang and memeriahkan majlis ni. Mintak maaf tak dapat nak jemput semua. InsyaAllah kalau ada rezeki, nanti kita buat kenduri terus. Time tu boleh ajak sekampung. Gambar bapak-bapak takde pulak. So takde la eh gambar Zareef, Galak semua. Sorrryyyyyyyyyy. Biasalah yang meroyan tangkap gambar ni biasa pempuan je. Lelaki kesah pulak? Hahahahaha. Ok Rish, harap you ok dengan entry ni. Upah mana upah? I nak PAVLOVAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

Venue:-
The Teh Tarik Place
EV-G-06 Ground Floor
Evolve Concept Mall
Jalan PJU 1A/4 Damansara, PJ
Contact : 017-7963400 (Mr Ilham - Acting Manager)
Photographer : Mr Ilham

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...