Wednesday, September 27, 2017

Visit Baby Izzah

Assalamualaikum..

Semalam kitorang (I, Dyba, Intan, Robyn, Atiqah, Syira and Dee) pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk visit Izzah and her newborn Babyboy debab yang takde nama lagi tu. Kitorang naik sebijik kereta je and pergi time lunch hour. Naik Robynn punya kereta. Ke Van eh? Hahaha. Tak ingat kereta dia jenis apa. Avanza ke Alza entah. Bawak macam jantan. Parking pon hebat je. I kalau bawak van, kalau nak potong ke parking ke aci lepas kepala je. Yang bahagian bontot lantakkan. Nasib la sapa duduk belakang. Hahahaha. Intan jadik co-pilot tukang bacakan Waze and sesekali berangan macam dia Pilot siap intro dekat kiri kanan ada apa, sekarang kelajuan berapa. Geram nak tunjal. Dyba duduk paling belakang so dia pening and diam je. Si Intan sekejap kang ‘Robynn you ok ke drive? You tak ok I drive’. I kalau Intan drive, dia turun je nak tukar driver, I turun sekali lepas tu naik Uber je. Taknak aku. I tak percaya la pempuan boleh bawak Van ni. Ni Sazli cakap nanti anak dah 2 kena beli van macam Abang Khatig. Tak ingat Velfire ke apa menda entah nama. Tapi Van eeeuww takkan I nak pergi kerja naik Van? Bila cakap macam tu Aliah and Atig marah dia cakap ‘Hoi Maksu, Velfire bukan Van la. Kerusi dia pon best macam kerusi urut tu’. Aaahhhh bagi I asal dia besar panjang nama dia tetap Van. Kalau 4wd nama dia lori. Tak kisah la berapa harga dia tetap I sebut lori. Hahahaha. Tachiu Robynn kasik kitorang tumpang and jadik Pengawal Lalu Lintas. This girl ha, crazy you know. Dekat Hosp Sungai Buloh punya kan susah nak dapat parking so kita parking tepi jalan je. Masa nak lintas dia boleh tahan kereta tengah laju tu lepas tu tunjuk jari telunjuk suruh berhenti and lepas tu suruh kitorang lalu. Dia ingat dia kebal? Hahaha. I masa lintas keras je kepala tak berani nak pandang dekat kereta tu dah takot kena maki. Bongok la Robynn ni.



Wuuuu Intan nampak kurus la. Ada yang tanya, belakang 2 orang tu sapa? Ahli baru ke? Itu I punya officemate. Belakang belah kiri is Dee and sebelah dia Atiqah. Tukang ambik gambar Syira sebab dia punya baju kaler hijau, dia la kena ambik gambar. Robynn tengah ambik kereta time ni.



Alolo manja sangat Intan ni. Dia lupa umur dia dah nak masuk 33 tahun. Intan bila nak kawen? (Saja bagi dia stressed). Pagi tu I teman dia jumpa Doktor sebab dia kata dia sakit dada. Dia takot dia ada sakit jantung. Masa doktor tu check, dia cakap ‘Akak, kalau akak sakit jantung takde dah akak boleh besiap mekap pergi kerja macam ni’. Intan terus teleng kepala pandang I sambil bulat mata sebab Doktor tu panggil dia akak. Beria sebelum masuk practice cakap ‘Hellooooooo’ sekali dia panggil akak daaaaa.


Yayyyyy dapat tengok Baby Izzah. Membuta je! Pemalas ni. Biasa dia… Hahahahaha. Tak sangka la Hosp Sungai Buloh this big and this cantik. Serious selesa sangat ward bersalin dia. Macam hosp swasta dah I tengok except dia takde aircond je. Jauh beza kalau nak banding dengan HKL punya Hosp Bersalin. Kata Izzah ada yang bilik sebiji tu kena bayar RM1,000.00 kot? Tak sure. Sapa yang bersalin dekat Hosp Sg Buloh patut bangga la. Ni government kan? Macam tak caya je sebab selesa sangat.


Tengok tu? Tidooooo je.


Hi awak, Assalamualaikum. Ni la dia budak yang sekejap nak keluar sekejap taknak ni. Dah lahir pon dia. Welcome to the world little caliph! Jadik anak yang baik ye?


Intan nak jugak pegang baby but dia kekok. 


Tengok la dia pegang macam mana. Tak sampai 5 minit dah cakap lengoh. Hahahaha. Macam mana ni nak ada anak nanti Intan?


Robynn tolong ambikkan gambar. Thank you la dey! Dalam Van kita belajar la a few words of Indian Language. Best jugak lepas tu Robyn cakap India ada Kasta. Tak ok tau kalau kita nak sebut Indian tu as ‘Keling’ coz that one dalam Kasta paling bawah and tak sopan. Today lesson. No more use perkataan ‘Keling’ ok?


Izzah cakap masa baby keluar je Nizam cakap ‘Sayang, tengok la muka dia, mata dia macam muka Abang’. Izzah terus marah. Dia cakap ‘Aku pepenat mengandung, bersalin. Sesenang je cakap muka baby macam muka dia’. HAHAHAHAHHA bongok la Izzah!

Lepas tengok Izzah kita pergi carik tempat makan. Tak sure mana café tapi sini meriah la sebab ada jual-jual macam baju, makanan, kerongsang. Macam ada Bazaar. Maybe ada hari Puspanita ke. Eh. Hospital pon ada ke Puspanita? Memandai je I. Hahahahahaha. Sempat Si Syira shopping toys untuk anak dia. Macam ni la perangai pempuan. Pantang nampak ‘pekan’ mesti nak beli jugak walaupon tak perlu. Sini visiting hour dia tak lama. Sama macam HKL. Ada tengahari and ada petang. Selain dari visiting hour dah tak boleh masuk dah. Takpe, bagus macam tu kalau tak nanti patient tak boleh nak rest pulak kan?


I ate this. Crisp nama dia. Sedap! BBQ Chicken Crisp. Kenyang makan. RM6.50 kot harga dia.


Tengok Si Intan. Pantang offer. ‘Ambik la kalau Intan nak apapa. Nanti kita makan sama-sama’. Kalau tak pesan one only macam Shein, dia akan end up ambik banyak-banyak. Perangai.


Kitorang sampai office dalam 2.30pm macam tu kot? Jarak dari Office kitorang ke Hosp Sungai Buloh dalam 40 minutes macam tu. Jauh tu takde jauh sangat tapi banyak buang masa nak berjalan and carik parking. Parking serious memang tak muat. Kereta pon memang double park dari hujung sana sampai hujung sinun! Banyak giler kereta tapi I sangat sangat impressed dengan facilities and environment dekat Hosp Sungai Buloh ni. Sangat selesa. Klinik pakar pon semua ada. I tak pernah lagi tengok Hosp Kerajaan yang macam ni. Untung rakyat Malaysia kan? Banyak dapat facilities yang hebat-hebat macam ni. So sekarang ni nak kira macam mana. Nak geng balik dengan best friend Mak I ke acane ni? Hahahahaha.

-eNd-

2 comments:

aziekz said...

Coklat celup2 Nini pun beli..ha3

Wawa Yusoff said...

Kak suuu..

wa bersalin 2 kali kat hosp.sg.buloh. sekali normal, sekali c-zer.
best, nurse baik, doctor baik. wad selesa.

Hantar GL, bersalin free.

eh, cuti bersalin ada baki berapa eh? nak proceed lah next. keh3 :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...