Tuesday, September 26, 2017

Tahniah Izzah Dapat Baby Boy

Assalamualaikum..

Tahniah Izzah sebab selamat melahirkan baby boy seberat 3.12kg malam tadi dekat Hosp Sungai Buloh. Akhirnyaaaaaaaaaa Izzah bersalin jugak. I tengok dia punya hidung dah jambu dah. Nak bawak perut pon dah tak larat. Dari last week lagi asal nampak muka Izzah dekat office, I tanya dia ‘Izzah takyah la dah kerjaaaaaaa’. Mengengkang je jalan. Hahaha. Tapi dia kuat makan la wei. Last week masa I bawakkan Nasi Lemak untuk bebudak ni, Izzah makan banyak kot? Dulu masa I pregnant, masuk 7 bulan nak makan banyak sikit pon dah tak larat. Masuk sama banyak dengan keluar sebab sendat dekat dada. Tapi Izzah makan selera je. Last kita makan sama Izzah dengan Intan and Dyba dekat KLCC. Memula makan spaghetti, lepas tu waffle ice cream sama naik dengan Intan dia makan. Si Intan dari taknak makan apapa, tetiba makan pretzel, makan pulak burger, waffle lagi, air Boost lagi. Yang mengandung tu sekianlah kuat makan, yang tak mengandung tu? Intan jawab sambil makanan penuh dalam mulut ‘Kan Intan stressed study, biarlah Intan makan’. Hahahaha. Yerlaaaaaa. Makan la Intan…. Untuk Izzah, Welcome to the Motherhood Land. Lepas ni dah takde dah tau nak tido lena? Sekejap kang baby nanges nak susu, sekejap kang kembong. So mental kena kuat. Jangan stressed sangat. Nanti lepas dua bulan, Izzah akan biasa lah jadi Mama. Lepas tu nanti happy and nanti rasa pelik, kenapalah kita boleh sayang anak sebanyak ni. Tak pernah pulak sayang manusia sebanyak ni. Time tu baru lah rasa enjoy. Ok? Apapa boleh refer dengan Kaksu and Dyba. Kita pioneer jaga anak. Cecece.


Hi awak, tunggu nanti Auntie Su datang visit awak ok?


Kata Izzah, pukul 7.30pm dia pecah ketuban. Baru bukak 5cm. Jalan tak bukak.  Lepas tu dia induce. Bila induce pukul 1.30am baru la dia bersalin. Imagine masa pukul 12.30am baru 6cm bukak. Berapa lama dia tahan sakit. Izzah cakap dia tak reti nak push. Tapi nasib baik la Nizam ada bagi dia semangat dekat tepi. ‘Sikit lagi Yang, cepat cepat!’ Kata Izzah, rasa nak tampor pon ada dekat Nizam. Hahahaha. Sempat lagi kan? Ni sama la macam kes Farah Love. Dia cakap masa dia nak bersalin Nurse tanya dia, nak pegang tepi katil or nak pegang yang macam tali tu? Farah jawab ‘Aku dah sakit-sakit ni ko tanya pulak nak pegang mana’. Hahahahaha. Drama memasing bersalin normal. I tak boleh imagine macam mana sakit bersalin normal tu. Tapi mana-mana Ibu yang bersalin normal, korang memang hebat!! Yang bersalin c-sect pon hebat jugak. Dah namanya Ibu, manalah yang tak hebat kan? Sebab tu lah Syurga di bawah telapak kaki Ibu. Izzah kata dia keta gunting, huwaaaaaaaaaaaaa terkepit-kepit I baca tahan ngilu. Jahit pulak 3 lapisan. Dah macam kuih lapis dah. Kata Izzah sakitnya tu tak payah la cakap macam mana. Aduhhhh. Kebas-kebas kaki I ni nak taip. Takper lah Izzah, now si debab dah ada depan mata, Kaksu hope semua kesakitan Izzah tu dah terbayar. Kena banyak rehat, jangan banyak gerak, jangan renyah and kena BF baby sebanyak yang mungkin untuk elak dari kena Jaundice. Ok? Tahniah Izzah!


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...