Assalamualaikum..
MIL
dah lama dah cakap tingin nak makan Shell Out. So dalam minggu lepas yang
minggu birthday I tu (Nak jugak bagitau hahahaha) kitorang dapat jugak bawak dia
makan dekat Shell Out G-Village. Punya happy dia dapat makan dekat sini. Bapak
tak join sebab dia Outstation so kami 4 beranak je la. Happy sangat dia dapat
jugak rasa makan longgok-longgok atas meja macam ni cuma I je la saspen takot
dia tak tahan pedas. But Alhamdulillah dia boleh makan. Kitorang ambik yang
perisa kari but mintak yang paaaaaaaaaaaaaaaling mild. Makan 4 orang just nice
je portion dia. Takde rebut-rebut. Makan dekat Shell Out tak boleh ajak Intan
nanti confirm gaduh sebab dia jenis dekat tangan kita pon nak rebut and tak
sabar-sabar. Tapi kan kalau tanya I, if nak makan sebab tingin tu takper la,
datang la sekali to feel the ambience. Tapi if spend makan 4 orang total bill
sampai RM299.00 baik beli and buat sendiri je dekat rumah. Dapat makan lagi
puas, lagi banyak makanan laut dalam tu and probably lagi sedap. To be frank,
sama je rasa macam yang I masak sendiri. Resepi boleh tengok dekat sini tapi
kalau nak copy paste dalam FB ke, dalam Blog ke kasik la kredit dekat I.
Terutamanya page-page FB yang suka kidnap gambar-gambar makanan I dalam blog
ni. Pundek la. Bengang pulak teringat kes Page FB Viral tu. Dah la amek resepi
orang, lepas tu curi gambar lepas tu bila kita mintak kredit dia cakap kita
eksyen and cakap tak boleh bawak masuk kubur. Penjahat ok, penjahat. Pui! Yang
entry I meroyan tu korang boleh baca dekat sini. Hahahah. Marah sangat rasa
bila ingat. Kita sesusah masak, dia sesenang plagiat resepi kita claim dia
punya.
Shein punya first
experience here. Tengok dia enjoy makan. Macam Ongtue.
Takde sapa pon cakap
makan kat sini sempena birthday I tapi I anggap macam tu je la. Hahahaha.
Apa Shein cakap kat
Abah tu? Shein ni kepochi ok? Haritu masa I pergi Lavinas terlanggar divider
lepas tu bumper depan macam rebeh sikit. Masuk je rumah terus cakap dekat
Sazli. ‘Abah Abah, Mama’s Car pupah!’ Pupah
= rosak. E! Jangan Kaknam sangat ye Shein. Haha.
Tengok balik macam
terliur pulak. I want this NOW! Sesapa mohon bawak please. (Padahal baru tadi
cakap mahal la apa la hahahaha)
Shishamo Fish ni
memang sedap wei! Dalam perut dia ada telur. Sedaaaaap sangat-sangat. RM13.90 dapat
5 ekor
Combo A kitorang
ambik ni for 3-4 person. I tengok ada ketam, clam and udang. Sayur pulak ada
broccoli, potato and corn. Harga RM189.90
Chicken Wing pon
sedap. RM15.90 untuk 4pcs
This time datang
dapat try this Fresh Coconut Pudding. Memang S E D A P. RM13.90 sebijik.
Sebijik ni good for 2 person. Tapi I makan sorang je. Kah kah kah.
Shein pandai dia.
Dia letak nasi sendiri, letak sweet potato and makan.
Shein enjoy la makan
jenis sepah-sepah macam ni. Mesti dia pelik kenapa this time makan sepah atas
meja tapi Mama tak marah. Hahahah.
Ok, jom balik.
Memang Shell Out punya style boleh conteng-conteng. Shein nak jugak.
Shein 12.12.12
Kitorang
ambik nasi lagi 2 (RM3.00 satu). Dalam combo tu dah dapat 2 nasi lepas tu sky
juice RM3.00 ye segelas? And total bill kitorang makan semua ni include tax is
RM299.80 kurang doposen RM300.00. Puas hati memang puas hati tapi macam mahal.
Nak puas hati masak je sendiri nanti lagi banyak jenis seafood boleh letak.
Lagi best! Cuma rajin dengan malas je la. Tau la nak buat Shell Out ni agak
renyah TAPI kalau nak makan ramai-ramai I suggest korang buat sendiri je, tapi
kalau malas nak renyah-renyah makan je la dekat Shell Out. OK? Ni I tengok
balik gambar ni rasa macam alahai, tinginnyaaaaaaaaaaaaaaa. Dah tu acane ni?
Shell Out
Lot G-12 G-Village
No. 35, Jalan Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
016-5234616
-eNd-
1 comment:
kena buat watermark setiap gambar la jawabnya x nak bagi kena curi. hehe
Post a Comment