Thursday, November 16, 2017

Happy Birthday Kak Siti and Kak Jue

Assalamualaikum..

Seronok tau kalau dapat kakak-kakak and abang-abang office yang baik-baik. Macam Office I jugak la. Although tak close sangat tapi bila ada makan-makan, ada sports activities kita kawan and gelak sama-sama. Macam Office I Al-hamdulillah takde puak-puak, takde yang double standard and all. Kita kawan je semua. Semua pon baik. Sebab tu kita semua close to each other. I pon rasa macam ni after dekat 10 tahun kerja. Sebelum ni memang buat hal sendiri je kah kah kah. Dulu masa I dekat previous company lagi la tak bercampur. Sebab ada bilik sendiri. Hidup dalam bilik je. Masuk kerja, keluar lunch, balik. Takde nak berkawan sangat. Orang cakap sombong tau pulak marah. Tapi sebenarnya bila ambik tau sikit-sikit ni best apa? Ada yang sakit, kita datang visit. Ada kenduri and jemputan apapa kita cuba support dengan hadirkan diri InsyaAllah nanti ukhwah tu dia akan terbina sendiri. How kita appreciate people, in return InsyaAllah kita akan dapat yang sama. Dalam 2 3 minggu lepas, every week kita ada makan-makan dekat Office sebab ada birthday. Minggu ni senyap pulak. Tengok nanti kalau dah senyap lama, I nak plan la dengan The Girls, kita buat brunch. Kali ni nak makan Mee Kari dengan Soto pulak lah. Daaaaaaaaaaaaapnyaaaaa. Untuk entry kali ni, I nak share gambar-gambar masa birthday Kak Siti and Kak Jue. Happy Birthday Kak Siti and Kak Jue! Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.....


Kek Brule sedap dari Ana wife Nape. Sedapnya Ana! Boleh check Instagram Ana dekat sini.



Along request Izzy buat Spaghetti Olio so dia pon buat. Baik Izzy. Haritu I request nak Sambal Kacang dia, dia tak layan. Batu belaaaaaaaaaaaaaaah.


Kitorang panggil meja ni 'View KLCC'. Usually if sapa-sapa ada nak sedekah makanan, kita akan letak dekat sini lah. Today ada Spaghetti Izzy buat, ada Mee Goreng, ada kuih-kuih. Alhamdulillah....


Happy Birthday Kak Siti! Biasa dekat office ni Kak Siti la yang rajin bawak makanan. This time, dia pon tak sangka ada surprise untuk dia.


Ini pulak I, Dyba, Intan and Izzy belikan bunga untuk Kak Jue.


Tengok Intan, Nak jugak dia pegang pasu bunga. Taknak kalah tu dengan Kak Jue. Hahahaha.

I selalu terfikir, nanti dapat ke grow old sama-sama dengan Dyba, Intan and Izzy dekat sini. Sapa lah yang akan resign dulu, panjang ke umur kitorang. Apa akan jadik lagi 10 tahun. Sapa yang ada anak ramai and so on. As for now, kita just live our life to the fullest here. Untuk masa akan datang, taknak fikir lah nanti sedih. Kekadang ada rindu dengan Fizul, Sarah and Ira. Dulu ingat kita tua sama-sama but yet, dorang pilih untuk mengubah haluan. (Ayat nak drama je). Kata Sazli, dia suka I kerja. Get busy at work, ada routine baru best. Dia seronok I macam tu. A few time jugak I cakap I nak berenti kerja and concentrate jaga Shein sebab rasa bersalah la Shein banyak Sazli yang setelkan dari pergi sekolah sampai ke balik but dia macam tak happy. Kata dia banyak commitment. Padahal kat rumah tu yang I bayar bill Internet je RM170.00 taktau la mana yang dia cakap commitment bersama tu kah kah kah. I pon so far takde terfikir lagi nak duduk rumah jadik full-time housewife. Tak boleh imagine pon. Tak yah imagine la. Baik imagine mana nak makan sedap hari-hari. Lagi best. Okbye.

-eNd-

4 comments:

adda syuhada said...

sedapnya kek..

Chooyaya! said...

Adda Syuhada : Kena order la kt Ana. Memang sedap!

~faRahaNis~ said...

kalau keja ok, environment ok, rumah x jauh, masok 8.30am balik 5.30pm, baik kje je k.su atelast open sikit otak ni.. hahahah kalau keja ssh, balik lmbt, bos mcm ngok ngok.. patut benti je.. hahaha kate kat diri sndiri yg no 2

Chooyaya! said...

farahanis : aik, ni macam protes dengan diri sendiri punya tempat kerja je? hahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...