Showing posts with label Amverton Cove. Show all posts
Showing posts with label Amverton Cove. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Amverton Cove 2018 - Animal Island

Assalamualaikum..

This time kitorang pergi 2D1N je dekat Amverton. Macam last time pergi 3D2N. Dapat try all except for Aliah je tak dapat buat Paddle Boat. Padan muka! Wahahahaha. Tapi this time kitorang dapat main Paintball. Dapat one round. Padahal boleh je nak sambung, tapi semua dah semput and jenis dorang ni main macam nak membunuh betul so I sekejap dah keluar. Dari lebam-lebam badan, baik la surrender je. Menang bukan dapat 23 million pon. Untuk entry ni, I nak share yang kitorang boat ride pergi ke Animal Island. Entry lepas korang boleh baca dekat sini. Just untuk korang punya information, the Snake Show no longer available. Bagus la takde. Sebab I pon takot. Tingat last time lepas tengok Snake Show ni badan I macam menggigil lepas tu sampai ngingau-ngingaukan Ular. Takot! Actually takde apa pon, it just memang natural thing, kita manusia akan takut ular. Itu normal la. Tapi I tengok Shein ni, semua menda dia Ok je. Takde pulak takot. Sangat adventurous dia. Masa sebelum naik boat, I promise Altaav nanti kita tengok Pony tapi takde pulak, mana entah pergi. This time ada binatang lain. I pon taktau apa nama dia. Yg sekor tu macam Koala Bear tapi kecik. Shein sian letak dekat bahu paksa menda tu peluk dia sama macam dia selalu buat dekat Mama. ‘Nokom Sleep’ = Dukung Sleep. Hahahaha. Si Shein kalau dalam kereta suka la nokom sleep. Dah la berat 26kg, naik pecah dada I ni rasanya nak tampung berat badan dia. Lepas tu cakap ‘You so heavy’. Eh, kita pulak heavy. Ko la heavy T_____T


Geng Kunyit ni. Hahahaha. Hi Atig, I letak gambar you first. You suka kan?

Thursday, January 25, 2018

Geng Serai at Amverton : Amverton Villa Review

Assalamualaikum..

Last week, I pergi lagi Amverton Cove untuk kali kedua. This time bawak Aliah and CT with their family pulak. Meriah giler! Kalini kitorang duduk dekat Amverton Villa terus. Senang berkumpul berkubang satu tempat. Yang Villa ni ada private pool, lagi best! If korang yang jenis ada big family atau anak ramai or nak datang 2-3 small family, I suggest korang ambik Amverton Villa ni je. Lagi best! Villa ni 2-storey duplex. Tingkat bawah ada King Size Bed lepas tu ada sofa bed as well. Tingkat atas pon ada King Size bed siap ada kelambu lagi, romantic habes sesuai untuk mengawan hahahah. If rasa tak cukup katil, boleh ask for extra bed. Macam kitorang haritu ambik 4 extra bed. Ada Jacuzzi and ada outdoor pool dalam villa punya compound. Keluar je pintu terus terjun kolam gedebush! Suka la kanak-kanan duduk dekat sini. Best giler! Luas pon luas. Tingkat atas siap ada wardrobe and Jacuzzi. Villa ni boleh muat up to 8 adults. Base on my own experience, I memang suka la villa ni. Bercuti ni kalau duduk berkumpul satu tempat, itu yang terasa meriahnya. Macam Aliah and CT ni first time dorang datang Amverton terus bagi 5 star. Yer la kita ni emak-emak nak cari tempat bercuti mesti la nak yang paling selesa untuk anak-anak and bila bebudak happy, automatic kasik rate baik untuk hotel. Kan? Macam dekat Amverton ni kids friendly. Banyak activities yang kids’ boleh involve. Untuk entry kalini, I share dulu gambar-gambar Amverton Villa ok?


Ni je gambar family paling terbaik yang I ada. Mintak staff Amverton ambikkan. Cici ambikkan jugak gambar. Kata dia ‘Udah ada 5 6 gambar’. Bila tengok dalam gallery satu pon takde. Tak boleh harap betul la Diva Cici ni. Hahahaha.

Friday, August 4, 2017

Marriott’s Mai Khao Beach - The Golf Garden

Assalamualaikum..

Selagi tak bosan, kita share je semua info and gambar-gambar masa dekat Phuket ok? Sementara dia tengah semangat ni ha. Minggu depan belum tentu semangat ni kekal. Hahahaha. Today I nak share gambar one of the facilities yang ada dekat Marriott’s Mai Khao Beach ni iaitu The Golf Garden. Patut share gambar bilik dulu tapi konsep update and share info ni ialah ikut suka hati I and takde turutan sebab blog ni I la Boss dia. So suka hati I la nak update mana dulu. Kata Boss? HAHAHAH. Kitorang stay sini 4 hari 3 malam. A night before kitorang duduk Private Villa. Tu nanti later I share. I sukaaaaaaaaaaaaaa giler la Marriott’s ni sebab bilik best, facilities best, warm service, ambience best and semua la best best best belaka. Memang I kasik 5 star. Tengkiu Ongkaya Khatig and Aliah sebab bawak kitorang stay dekat sini dengan harga yang bapak la murah. Memang harga ni, tak dapat la dalam Booking.com, Agoda.com or mana-mana dot com yang ada dalam donia ni unless, kita ada beli ‘unit’ dekat mana-mana Marriott punya cawangan diseluruh dunia baru la boleh dapat. Maksudnya apa? Haaaaaa #angkatkening. Pada yang nak tau berapa harga per night/stay dekat sini boleh search dalam internet and pilih 2 bedroom apartment and korang boleh tau berapa harga beliau. Nak tulis, rasa macam tak sampai hati pulak. I pon masa Khatig tunjuk dekat dalam website mampu telan ailio je. Dah la duduk sampai 4D3N. Ni kalau ikut yang I dengan Sazli spend ni semalaman pon tak dapat ni. Tak pon dapat la, tapi kena tido dekat tepi kolam ikan. Sedih giler hidup kau. Haha.



Ye Ajla Nona… Kenapa tu tengok Auntie macam tu? Ajla ni good girl sangat. Inilah baby girl paling baik I pernah jumpa dalam dunia. Sangat sangat senang nak handle. Takde cranky takde apa. Subhanallah baiknya dia. Kalau anak macam Ajla ni, kembar 5 pon ok. Serious.

Tuesday, May 16, 2017

Amverton Cove : Rooms and Splash Pool

 Assalamualaikum

Haritu ada yang mintak I share gambar bilik dengan pool dekat Amverton Cove. So harini I share la eh? Bak duit sebab korang memacam request. Korang ni kekadang manjaaaaaaaaaa. Semua info nak share depan mata. Padahal boleh Google jer. Grrrrrr. Manja kan? Naseb baik la I jenis kalau masuk hotel beria ambik gambar bilik siap jamban semua. Hahaha. Pempuan memang gelabah macam ni. Ke I sorang je sebenarnya? Ah lantak la. Tak yah jawab. Hahaha.  Masa yang I pergi tu kitorang ambik bilik jenis Deluxe Family Room. Dalam dia ada 1 Queen size bed + 2 single bed. Memang besar la. Queen size bed tu serious 4 orang boleh tido. Single size tu pon boleh 4 orang so kalau satu family Mak Bapak lepas tu anak jenis lahir setiap tahun ada 6 orang, boleh je ambik bilik ni. Muat. Serious memang luaaaaaaaaaaaaaaaaaas. Tapi kalau Deluxe Family Fun Package 2 Days 1 Night yang harga RM488.00 nett (surcharge RM100nett per room per night for weekends stay on Friday, Saturday and Eves of Public Holidays) tu dia punya package 2 Adults + 2 children je la. So yang lain kena la bayar asing untuk join activity dekat sana. Facilities macam splash pool, gymnasium, table tennis, kids’ games room, kids’ fun zone tu semua free. Boleh guna sampai lebam. Bilik I ni best wooooo sebab bukak je sliding door, terus boleh terjun masuk kolam. 5 6 langkah je dah sampai. Pool dia besar, ada slides for kids and for adult boleh swimming.


Ni bilik I. Dari dalam boleh nampak kolam. Nak pergi  breakfast pon dekat dekat Rabbit Room. Tu yang nampak macam khemah putih tu.

Thursday, May 4, 2017

Amverton Cove : Kids ATV

Assalamualaikum..

Semenjak balik dari Amverton Cove last time yang Si Shein enjoy ride Kid’s ATV tu, kata Sazli nak belikan Shein satu. Mr Lee pon cakap dia nak belikan Bryton. Nanti boleh la main dalam farm dia. Sure Shein suka. Harga sebijik tak sure berapa. Maybe murah sikit dari Harley Electric Scooter tu kot? Kalau Shein dapat, I pon nak jugak. Aperhal semua orang ada electric ride tapi I takde? Mana aaaaadil. Sesapa yang dah ada ATV for Kids ni, kasik tau la mana boleh beli eh? Or tag I dalam IG ke. Boleh la kitorang test drive bebila free nanti. Anyway, one of the best thing yang ada dekat Amverton ni selain dari tempat nak rehat-rehat is activity outdoor macam ni la. Macam yang I share dalam previous entry, dekat Amverton ni ada Archery, Adult ATV, Paintball,  Paddle Boat, Kayak, Boat ride , Rock Climbing and many more. Pada yang suka buat outdoor activities I suggest korang datang sini. Tak jauh pon dari KL. Harga pon affordable. Untuk bebudak pon best sebab ada Large Swimming Pool with slide, Animal Island, Kidz Gym and Kids ATV ni. Umur 4 tahun dah boleh try ATV ni. Memula I tak confident, boleh ke Shein control ATV ni, tapi tengok dia dapat handle siap boleh buat peace lagi time ambik gambar. Well done son! Harga untuk Kids ATV ni is RM20.00 per pax for 15 minutes ride. Kalau takde orang queue, dorang bagi je bawak lama-lama. Bab safety jangan risau sebab ATV ni boleh control level kelajuan dia. Langsung tak laju. I jalan lagi laju haha. Track pon selamat. Kena pakai helmet all the time masa dalam track so InsyaAllah semua ok. Bebudak confirm suka!


Hello Shein! Kemain eksyen eh? Orang panggil pon taknak pandang. Balik KL jalan kaki laaaaa. Jangan balik dengan Mama. Haha.

Thursday, April 27, 2017

Amverton Cove : Boat Ride, Animal Island and Snake Show

Assalamualaikum..

Today I nak share pulak experience I and the 'Cik Kiah Entourage' di Amverton Island with the snake. Kitorang ke Animal Island naik boat lepas tu dapat tengok Snake Show! Best la experience this time. Sambil enjoy the show, boleh tambah pengetahuan pasal Ular. I takot ok Ular? Tapi lawan jugak demi Shein. Show Ular tu memang kurang 2 depa dari kitorang. Bebetul depan mata. Naseb baik la Abang Ular tu cekap. I cannot imagine macam mana kalau tiba-tiba ular tu terlepas perrrrrrghhhh but don't worry of coz la pelatih ular tu professional. Shein memang sukaaaaaaaa la dapat tengok animal macam ni, dapat pulak naik boat memang la dia happy. I bet bebudak memang happy la dapat buat this kind of activity. Thank you Amverton for this great experience. Macam I, lepas tengok show badan rasa restless nak demam semua ada sebab kata Mr David Adrenalin Rush. I takot ular tapi gigih duduk paling depan just to makesure Shein dapat the best view. Lepas tu sendiri lemah semangat sampai rasa nak demam kah kah kah. Time makan I diam je. Lauk semua sedap-sedap kot dekat Club House. Nak pulak Kari Ikan dia tapi I pulak macam tak larat sekejap je. Lepas balik bilik mandi and buat massage (will share later) baru la I ok. Masa Snake Show tu I dah nekad, kata kalau ular tu buat hal, memang I melompat bawak boat sendiri keluar dari Animal Island. Yang lain-lain tu pepandai la bawak diri. Berenang ke apa ke I tak kisah. Hahahaha. 


Safety first ok? Untuk naik boat ride semua kena pakai life jacket.

Wednesday, April 19, 2017

Amverton Cove : Archery

Assalamualaikum..

Seronok la dapat pergi Amverton Cove haritu sebab dekat sini ada banyak activities boleh buat. Serious banyak and memang sesuai untuk budak kecik sampai la yang dah dewasa especially yang suka outdoor activities macam I. For Kids ada pedal Go Cart, Scooter, Yoyo Car and Kids ATV and for adult pulak ada Archery, ATV, Paintball (6-12 pax), Paddle Boat, Swan Paddle Boat, Kayak, Bicycle, Fishing Rod Rental and kalau datang dalam group (minimum 10 pax) boleh buat Flying Fox, Rock Climbing, Abseiling/Rappelling. Best kan? Dah buat semua activities ni layan pulak makan dekat Golfers’ Terrace yang makanan dia sedap-sedap tu. I ada share dekat sini. Peeerrrrggghhhh! Korang nanti plan la apapa dengan family or friends yang suka outdoor activities macam ni. If ramai-ramai nanti harga akan jadik lebih murah. All activities yang I sebutkan dekat atas ni semua murah-murah tau? Nanti at the end of this entry I akan share dia punya rate. Seriously affordable. Yang I nak share harini, kitorang buat Archery. Archery ada untuk Adults and Kids as well tapi nampaknya haritu telah dimonopoli oleh kanak-kanak. Nak pulak orang lain takde and memang group kitorang je yang buat Archery time tu so boleh la belama-lama. Sorang dapat buat more than 1 round. Shein tu lagilah, duduk sampai malam pon takpe. Kemain suka dia. Padahal bukan dia pon yang shot haha. Tapi Sazli buat-buat macam Shein yang shot arrow dekat target sports archery tu. Pom-pom girl ada dekat sebelah beria kasik support dari mula sampai akhir. Beria la aku ‘Shein, good try Shein. Good job. Give me five!’ Meloncat-loncat la mak dia sebelah sudahnya give me five dengan angin. Yang Shein sebokkan is ‘Tidavi’ (Mr David). ‘Tidavi, Tidavi look look’. Sambil tunjuk arrow dekat target sports archery tu T___T


Shein and Abah in action. Cecece dia ingat dia la tu yang shot arrow. Tapi bagus Shein ni. Dia suka try semua menda. Memang nampak he’s more to sports activities. Macam tu la Shein. Lelaki kena la suka bersukan. Macam Abah pandai main bola sepak. Kasik la game apa pon dia boleh main. I love you Papa (tetiba hahaha)

Monday, April 17, 2017

Amverton Cove : Makan Sedap Di Golfers' Terrace

Assalamualaikum..

Haritu makan dekat Amverton Cove sedap-sedap semua! Especially yang dekat Golfers’ Terrace (Amverton Golf Club House). Seriously tak sangka Resort macam ni boleh ada masakan sedap ala-ala Chinese Muslim restaurant yang I biasa makan dekat KL. Kudos to the chef. Club House pulak tu. Dah la murah.. Memang sangatlah value for money. Pakkal la Pulau Carey ni jauh dari Ampang kalau tak memang sini la tempatnya yang kitorang tuju kalau nak makan sedap and buat activity. Sesapa orang Klang or kawasan berdekatan boleh la datang try makan dekat sini. I sangat sangat sangat rekemen. Let say taknak stay duduk dekat resort ni boleh datang for recreation je. Dah buat activity rekreasi later boleh makan dekat  Golfers’ Terrace ni. Dekat sini ada paintball, flying fox, archery, boat paddle, kayak, ATV for adults/kids and many more. Nanti detail I akan update dalam entry yang lain. Seriously I sangat suka tempat ni. Bagi I dekat sini makan sedap, bilik dia nice and affordable lepas tu activities ada macam-macam. 3D2N macam-macam boleh buat and tak sempat nak boring InsyaAllah. For Kids sini memang la syurga kot sebab ada swimming pool yang besar and kids zone yang ada gym for kids yang best. Karaoke room pon sound system gempak boleh turn suara jadik Siti Nurhaliza (kah kah kah), ada gym, ada snooker eh macam-macam lah. Aku sukaaaaaaaaaaaa!! Nanti ingat nak datang lagi la. Semalam masuk hutan sekejap buat archery rasa damai je macam back to nature (dah kata asal dari hutan haha). Sedih sebab tak sempat buat ATV tu. Takpe, next time datang I nak buat ATV 20 round terus balas dendam. Dah jom tengok makanan. Makanan jugak yang I update dulu pasal Amverton ni. Nampak sangat pelahap kau Suraya okbye semua.



For curry lover yang suka makan kari tapi tak suka Mamak Style, well this is it bebeh. Memang S E D A P ok? Perfect! Ni dapat lempeng ni memang menanges la. Sedap giler! Namanya ialah 'DE ISLAND Curry Fish'