Tuesday, January 9, 2018

Birthday Dinner at TAFT for Ms Shariffah, Salma and Shein

Assalamualaikum..

16 Dec 2017 lepas, kitorang ada dinner dekat TAFT M City for Ms Shariffah, Shein and Salma birthday (December Babies). Takde apa sangat pon. Dinner sama-sama lepas tu ambik gambar. Bincang nak pakai tema apa pon pening. Biasalah perempuan. Kalau Birthday I, I nak hijau dengan putih la. Baru semangat PAS nak dekat-dekat Election ni hehe. Ni kalau GF baca ni mau I kena petir. Hahahaha. End up Shariffah cakap White, Black or Blue sebab senang semua orang confirm ada. I time bersiap memang takde dah nak tengok henpon sebab kalau tak nanti bila dah siap tak Siti Nohaliza pulak. Sekali dah dalam kereta Shariffah cakap suruh pakai putih. Dah terlambat! Naseb masa sampai tengok Reham pakai biru. So ok la I hitam, Shariffah putih and Reham biru mewakili ketiga-tiga warna tema. I tengok baju Mr Mohamad macam hijau (turquoise) je tapi kata Mr David consider blue. Cis! Sambil makan, sambil borak sampai lah kedai nak tutup hahaha. The kid’s bergumpal dekat sofa and kitorang makan and borak-borak je. I memang taktau pon ada cake, dok la request cake at least for them rupa-rupanya ada. Kata Rayyan ‘It supposed to be surprise Ms Sue!’. Mana la I taaaaaaaaaaaaaaau. Brownies dengan Congo Bar dekat sini sedap! My favorite is Masak Lemak Kayu Tempoyak. Ada 2 3 kali jugak dah kitorang makan dekat sini. Harga makanan dekat sini tak mahal. Satu dish dalam RM20-RM30.00 macam tu je.


Comel je Birthday Cake. 6pcs Brownies. 4 pcs Congo Bar. Seketul RM5.00. Nak sedap makan la dengan eskrem vanilla. Gemok padan muka.



Mr David order Vegetarian Fried Rice. Customize for him. I rasa dalam sesudu tapi sedih mengenangkan takde ikan bilis dalam dia. Sayur semata-mata. I memang salute pada vegetarian. Bagi I Vegetarian ni ada strong will power. I memang tak berapa kuat iman. Shein nganjing dengan ice-cream time puasa pon I nanges. Serious. 


Ayam Goreng Kunyit. RM12.00 Sedap! Rasa manis-manis pedas


Yang ni for Shein. Kid’s portion. Fettuccine in Smoking Creamy Sauce with Turkey Bacon. RM24.00


Shariffah punya ni. Squid Ink Spaghetti. 


Ni I punya favorite. Masak Lemak Kayu Tempoyak. Ada Daging goreng kunyit + rice + buttered veggies + Salted Fish. Sedaaaaaaaap! RM20.00 je.


All of us. TAFT tu maksud dia is The Artisan Food Trail.


Dia punya filter sampai memasing muka jadik Anime dah. Tengok rambut I nampak panjang kan? Padahal bersambung dengan rambut Shariffah.



With Birthday Girl


Susah betul nak mintak suami-suami ambikkan gambar. Dengan tak kira, senget, tak ikhlas semua ada. Hahaha. Sudahnya selfie je.


Yang diraikan. Salma, Shein and Ms Shariffah. Shein masa ni malu-malu pulak taknak ambik gambar sama. Geraaaaaam je.


Tengok Rayyan kena lenyek dengan Shein. Kincit la. Dia dah la debab.


Bebudak ni kalau pergi mana-mana pon sure buat macam rumah sendiri. Hahaha.

Plan asal sebenarnya lain. Memula plan nak staycation tak jadik. Lepas tu plan nak makan-makan dekat pool pulak also tak jadik (Sebab malas nak prepare foods and kemas. Dasar. Haha) and finally nak pergi dinner dekat restaurant lain but tetiba hujan so jadik susah la sebab tempat kitorang nak pergi tu open parking and end up decide datang TAFT je. Senang kerja. Hahaha. Tak kisah la apapa pon janji ada memory kan? Umur kita ni entahkan panjang mana. Lately ni banyak sangat I terbaca pasal kisah orang mati mengejut. Beratur carik kerja, meninggal. Beratur nak ambik buku text anak, meninggal. Tengah baca Quran meninggal and harini Kaklong I cakap ada office mate dia punya adik demam je. Bangun pagi kejut dah takde. Haih. Senangnya ajal kan? Padahal dalam hati ni banyak tak puas hati, dendam sana sini, suka sangat tengok orang lain susah, semua masalah berkaitan hati padahal esok lusa entahkan turn kita, we never know. I tau susah sangat nak please semua orang, susah sangat nak buang rasa sakit hati and all but one thing, kita kena ingat… Nak ke kita mati dalam keadaan berdendam, tak puas hati dengan orang semua? Taknak kan? Mesti nak bawak yang baik-baik je bekalan dalam kubur nanti. Sebab tu lah jangan berdendam and always maafkan sesiapa pon yang sakitkan hati kita no matter what. I tau susah. Tapi kita cuba. Ni pon I ingatkan diri I jugak. Kita jadik a better person for 2018 ni. Memula bersihkan hati dulu. Jangan lupa kena selalu cakap Maaf dan Terima Kasih. I pon EGO, selalu rasa I je betul sorang tapi I cuba. Kita sama-sama cuba. Ok? Selagi ada nyawa InsyaAllah tak terlambat lagi J

 -eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...