Wednesday, January 10, 2018

#chooyayamasak

Assalamualaikum..

Minggu lepas direct I bekalkan Sazli salad for lunch. Tapi dressing and daun semua tu tukar-tukar la. Sudahnya hari Jumaat dia cakap dia dah taknak makan pokok. Dia nak makan naaaaaaaaaaaaasik. Hahahaha. Kesian. Tiap-tiap hari balik kerja buat muka seposen cakap ‘Mama, I nak nasik’. I cakap eh mana boleh! Sesia je la makan salad tadi tetiba malam nak nasik. Sedih je la dia masuk tido. Ada sekali, dia dah tak tahan balik kerja layan makan capati dekat Ampang Jaya. Hahahahaha. Kata Sazli, I punya azam tak pepasal dia terlibat. Eh yerlaaaaa, kena la macam tu. Takkan I sorang je makan pokok? Dia pon kena makan pokok sama. Kata Sazli, I time makan sedap-sedap takde pulak fikir nak makan sama dengan dia. Time makan pokok boleh pulak sama-sama. Dah nak buat macam mana? Opis kita jauh maaaaa, kalau tak senang jadik lunch partner. Eh tapi taknak la. I tak boleh la fikir suami/isteri yang kerja satu tempat, kekadang satu office lepas tu breakfast and lunch pon sama. Kang balik umah jumpa laaaaagi. I cannot brain. Tak kisah la becinta macam mana pon. I rasa kita sepatutnya ada kehidupan lain selain dari kehidupan dengan suami/isteri kita sahaja. Ye dak? Ke I je sorang fikir macam ni? Haha. Tapi ada je kawan-kawan I yang suami dia jenis takde kawan nak lepak selain dari kawan office. Maknanya jenis yang takde hobi. Tak main bola sepak, tak pergi gym. Kawan-kawan pon takde yang nak ajak lepak sama. Dah tu takde pulak any specific hobby maknanya masa memang kt rumah je la, takde keluar tempat lain. If nak keluar pun, dia keluar dengan isteri dan anak-anak dia je. Holiday pon dengan anak beranak je. Lepak ngeteh apa semuaaaaaaaaa tu takde. Life dia ialah among family dia je. Ada kan yang macam tu? Yang jenis macam ni ada 2 sebab. 1) Isteri tak kasik/Queen Control/Takot Bini hahahaha 2) Memang jenis family type. Kan? 


Semalam I buat Ayam Goreng Kunyit tapi jenis up sebab sayur guna Brussels Sprout, Zucchini dengan mushroom. Sebab Sazli dah taknak makan pokok, so kita bagi makan nasik + lauk.



I love cherry tomatoes and chili padi buat ulam. Nyummmmssss


One of the days. Lettuce + Rocket Salad + Avocado + Cherry Tomatoes + Cheese. Cheese tu sedap! Sebelum ni I ada guna blue cheese tapi taste sangat strong. Yang ni rasa dia sedap! Dia memang bentuk cube. Nanti I kena tengok balik jenis apa. 


Add la some udang harimau kasik sedap skek. Baru ada semangat makan daun. Hahaha. Udang tu I sauté je dengan olive oil, onions, chili flakes. Kata Sazli, dia makan udang je. Yang daun tu semua banyak Abang Hassan yang makan. Hahahaha.


Isnin tu ada balance lagi pokok-pokok so kena jugak bekalkan Sazli. Tapi I up la dengan Prawn Aglio Olio. Ok apa?


Semalam buatkan Mihun Goreng Bodoh untuk Mak and Bapak. Buat yg simple je guna ikan bilis as perencah. I suka mihun macam ni. Walaupon guna ikan bilis je, kalau masak dengan kasih sayang InsyaAllah sedap. Hehe.

A post shared by suraya sulatin (@surayasulatin) on


For salads tu dressing favorite I simple je. Balsamic vinegar + olive oil + salt. Terpaling suka. Macam Sazli I belikan dia different dressing. Ada Roasted Sesame, Italian Dressing, Caesar Dressing semua Kewpie punya. Korang tengok la dekat Cold Storage memang ada memacam jenis dressing. Honey Mustard pon I suka or if takde dressing, korang campur je sos cili + mayonnaise + lemon. Pon sedap jugak. Nak extreme poyo guna lemon + olive oil. Memang laaaaaaaaaagi healthy tapi I tak boleh la terima tekak. Sedih rasa. Dah la makan daun, dressing pulak gitu punya rasa, baik makan rumput je macam kambeng. Hahahaha. Makan Salad ni memang healthy tapi kena be creative. For protein tu boleh guna ayam, udang or tuna. Pon sedap. I memang bermusim. Musim salad hari-hari pon salad, musim sandwich hari-hari pon sandwich. Kekadang kalah sandwich Obrien dia punya sedap. Cecece. Manjang puji apa yang sendiri prepare lagi sedap. Harap Ain jangan berbulu baca ni tapi hakikat, kita kena terima. Ingat, nasik goreng kalau nak sedap kena guna nasi sejuk *tetiba masuk cerita nasi goreng. Hahahaha. Oklah, boring pulak topic pokok ni. Kbye!

-eNd-

2 comments:

Maie said...

Gila ke nk kata kak su msk xsdp.. ???!! Hehe resepi kaksu lah buat kite slalu nk msk n try semua wlpn sbnrnye tekak kampung.. kak su msk sdp lahhhh resepi megi pn sdp sbb dh try heheh 😘

Chooyaya! said...

maie maizah : ye ker? walaupon megi? waaaaaaaaaaaaaaaaaaa hahahahhaha