Friday, January 12, 2018

Makan Sedap Di Melaka - Part II (Restoran Line Clear Kg Jawa)

Assalamualaikum..



Hallluuu… Bertemu kembali dalam entry Makan Sedap Di Melaka. Part 2 ni I nak share satu kedai makan tepi sungai Melaka yang bapak la punya sedap! Eeeee dia punya sedap rasa macam nak mengamuk terbalikkan meja semua. Hahahah. Orang Melaka sure dah biasa dengan tempat ni. Macam I tadi, tengok balik gambar dalam gallery phone boleh sebak. Ko dah kenapa? Haha. Ni kalau cakap kat Geng Makan (Sazli, Atiq’s and Zairi’s Family) sure dorang ON je kalau cakap nak pergi lagi Melaka this week. Macam CT tu, pergi Melaka every week kot? Macam kitorang pon lepas ni pon senang sikit nak ke Melaka sebab Ongkaya Aliah ada rumah dah dekat sana. Condo one room siap swimming pool sebesar resort dah macam luxury resort aku tengok. Tu lagi nak buat citer sedih cakap ‘Tak kaya macam nkorang’, Pui! Bak kata Altaav, ‘Aunty, this is our second house’. Ko tengok????? Altaav pon tau first house, second house semua Ok? Kata Zairi, lepas ni datang Melaka kita check in holiday house Aliah and Atiq je la. Bentang toto tido depan TV, I rasa mau karam rumah dorang sebab kanak-kanak seperti Shein, Altaav and Adriel sebaya + ada 2 anak dara + emak-emak and bapak-bapak memacam patern memang ada tak tido ni kalau berkumpul. Tak pon boleh check in dekat Ramada Hotel je. Sini CT dapat privilege early check in, late checkout sebab regular customer. Biasa dorang check in 9.00am check out 6.00pm sesuka hati macam Hotel tu dorang ada share tapi serious wei, memang untuk CT boleh mintak macam tu.  Nanti I share dalam entry lain pasal Ramada ok? Ni entry makan so kita focus bab makan dulu. Nama kedai makan yang I nak share ni is Restoran Line Clear Kg Jawa. Ingat Penang je ada Line Clear, Melaka pon ada.






OMG SEDAPNYA…. Ni Mee Rojak Udang. Sedap wei, sedap! Please laaaaaaaaaaaaaaaaah ko dah kenapa sedap sampai siang terbayang malam merindu. Melaka kot??? Dah la jauh! Pundek. (Gitew dia punya emos terus curse. Astaghfirullah mind my language peeps)




Kasik close up skek Mee Rojak ni. Nak without Udang pon boleh tapi letak Udang la baru Rosyam Noor. (Apa kena mengena dengan Rosyam Noor?) Haha
 




Nasi Goreng Biasa. Telur Goyang sato! Nampak simple kan? S E D A P ok? Makan dengan cili padi potong tu perrrrrghhhh come to daddy!!
 



I taknak kalah, kena la order Nasi Goreng Udang lepas tu send kat Ain, saja cari pasal sebab tau dia suka Udang. Kah kah kah. 




Ni Rojak Biasa. Pon sedap. Nak letak Udang pon boleh. Tengok dah tau sedap. 




Satay korang memang kena cuba. Ni kitorang order 30 cucuk. Tu pon rasa sikit. Biasa la tamak. Yang tamak tu tak lain tak bukan sapa lagi kalau bukan I. I kalau order mau cecah 50 cucuk. Ni ada satay daging, satay ayam, satay kerang, satay hati *telan ailio 


CT idola Atiq and Zairi suami beliau. Sekarang dah pandai bahan I, pandai melawan.



Suami-suami kitorang ni semua kalau dah jumpa memang bongok ok? Semalam masa dalam group, Sazli share la ada kawan dia nak jual kucing. Comel giler yang jenis muka benyek mintak pelempang tu. Harga RM1,500.00 sekor jenis British Short Hair ke menda entah. Atiq tanya, ‘RM 15.00 tak boleh ke Saz? Seribu setengah mahal sangat la’. Sazli jawab ‘Memang harga dia Lima Belas Ringgit tapi aku up jadik Seribu Setengah sebab aku agent’. HAHAHAHAHHA Bongok! Yang tanya bongok, yang jawab pon bongok. Hahahaha. Si Zairi pulak jenis lurus sama naik dengan CT. Cakap nak bro bro je konon gangster la sebab dia bajet dia gangster Ampang tapi polis tahan sebab no plate rapat sikit lagi nak nanges. HAHAHAHAHHA. Aduhhhhh. Failed! Sazli tanya, ‘Eh, ko tak pakai waze ke wei jalan kat Melaka?’ Lepas tu Zairi jawab ‘Takyah Bro, semua dalam hati ni dah’. Sambil pegang dada. HAHAHHAHAHAHAHA.
 



Tu ko nampak punya ramai orang beratur. 




Tapi view memang cantik la. Ala-ala Venice. Sambil makan, sambil kapal lalu. Lantas Adriyel pon muka nak nanges ajak naik kapal. Makanya Malaysia is so hot, so macam mana?
 



Ni dekAt aisle tempat nak parking kereta. Jalan sempit ok? Eh Shein, besarnya engkau. Tak lama lagi tinggi dari Mama apa. 



I layankan aje Sazli berangan suruh snap gambar. Dah snap, dia tengok gambar dia lepas tu cakap ‘Power power’. Tahapehape hahahahah. Amenda yang power entah.



Ok, kesimpulan I nak buat dekat sini ialah : Makanan SEMUA PON SEDAP and memang I bet lepas makan jadik angau and selalu rindu TAPI kalau korang nak makan dekat sini memerlukan kesabaran level mahadewa sebab :-

  • Always full so waiting time nak dapat table lebih kurang 40-60 minutes. Haritu Sazli dah nak give up, buat signal ajak chow naseb baik la CT (Kakak Kawasan Melaka – Idola si Atiq) cakap stay. Hahaha. So terpaksa la beliau stay sebab Sazli bukan jenis nak tunggu lama-lama + kitorang pon still kenyang lagi sebab breakfast roti canai pokok ceri sorang 4 keping, mihun sorang sepinggan so nak tunggu sejam apa ada hal?

  • Dah dapat table, kena sabar untuk Waiter datang ambik order basically need to wait dalam 10-15 minutes.

  • Dah order nak kena tunggu pulak makanan sampai lebih kurang lagi 30 minutes macam tu. Memang lama, aku pon tak paham. Air pon dekat 20 minutes baru sampai. Shein pulak dok Maiyoooo Maiyoooo Maiyooo (Milo Milo Milo) sikit lagi I nak campak dia dalam sungai tu.

  • Panas. Memang panas sebab sini gerai yang maybe jenis UP sikit la but bukan level restaurant lagi. Panas takpe, I cannot imagine macam mana kalau hujan, sure lagi parah.

  • Parking. Memang susah nak dapat. Parking susah + jalan sempit.

 So, dengan 5 sebab ni jangan cakap I tak warn ok? Kalau korang rushing, ada masa dalam 2 jam je untuk makan I nasihatkan tak payah la datang sini buat meroyan kecewa je lepas tu terjun sungai sebab tak dapat makan rojak udang Hahahahahaha. But kalau santai-santai, tak level kebulur, boleh datang sini. But for me, I can say sini memang worth to wait sebab SEMUA MAKANAN DEKAT SINI TERSANGAT SEDAP. Waiter pon warm and kelakar cuma yang tak kelakar sebab dia buat lawak time kita dah berasap kepala tunggu meja tak dapat-dapat. Kah kah kah. Good Luck!

Restoran Line Clear Kg Jawa
23, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 
75100 Melaka
Phone012-606 6720

Operation Hours : 10.00am - 5.00pm
Close on FRIDAY

-eNd-

3 comments:

Illya LeYa said...

Menarik..
Suami LeYa, Mr. Otomen Taro orang Melaka pun tak pergi lagi ke sini..
Nampak gayanya kena ajak makan kat sini ni.. Hehehe..

Kongsi Resepi Sedap dan Mudah said...

Sedapnya... Terliur terus nii...

Chooyaya! said...

illya leya : ha a, kena datang sini try tau? selamat beratur. haha

kongsi resepi sedap dan mudah : sedaaaaaap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...