Wednesday, January 24, 2018

Masak-Masak Dekat Rumah CT

Assalamualaikum

Jumaat lepas-lepas Zairi and CT ajak masak-masak dekat rumah dorang. Lepas tu bincang nak makan menu apa dah drag 3-4 hari OMG. Sapa punya idea entah nak makan Daging Salai Masak Lemak CIli Api. Menggagau si Zairi cari Belimbing Buloh sampai kesudah tak jumpa. Tu pon siap remind, belimbing buloh dengan belimbing besi macam mana kejadian dia. Tau la lelaki ni mintak beli apa kekadang susah yang betul. Macam Sazli, suruh beli daun ketumbar, pergi beli daun sup. Yakin pulak tu betul. Eksyen taknak tanya tukang kedai. Daging Salai tu si CT beli dekat online 3 pack. Pastu santan beli sekilo je. Menyirap la Ketua Tukang Masak (Siti Nohaliza) sebab santan tak cukup. Lepas tu mintak Zairi beli santan instant tapi dia dengan Sazli beli kelapa parut. Naseb la ada Cici (Helper CT) ada sekali tolong kalau tak memang makan pukul 10.00pm. Si CT dengan Aliah tu bising-bising dekat dapur bukan tolong pon. Tolong menyemak ada. Si Aliah tanya ‘Maksu, ada apapa aku nak tolong ke?’ I cakap ‘Tolong diam and tolong blah pergi depan. Jangan buat bising dekat sini. Korang ada sini, aku stressssssssssssssssssssssssssssss’. HAHAHAHAHA. Si Aliah impressed la tengok kitchen CT. Segala Oven mahal dengan Induction punya dapur ada tapi bila tanya CT pernah masak apa, dia cakap Microwave guna untuk panaskan air buat Milo and Induction punya dapur tu, ni la first time kitorang yang guna T______T WHY CT, WHY?? Ko tau tak ni dream kitchen kitorang. I kalau dapat dapur macam CT ni memang hari-hari masak. Serious. Lepas tu siap berangan buat cooking show. ‘Hi semua, harini I nak buat Pavlova. Harini kita ada tetamu jemputan tau? Kita bawak khas dari Pakistan. Khatig Ibrahim nama dia’. Atig je la boleh masuk TV sebab korang lain tak pandai masak, duduk sana diam-diam. Ko tengok dia punya berangan macam mana? Siap ada Cooking Show sendiri terus. Buat Brownies tak jadik, ayam pon tak sudi makan. Ada hati? Hahahaha.



Lauk punya meriah macam nak makan 10 orang. I jenis memang tak pandai nak budget lauk. Usually masak portion memang banyak je. Harini ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api + Kangkung, Kangkung Garlic Oyster Sauce, Sup Ayam, Sambal Ketuk, Ulam + Kicap Bawang and ada Telur Dadar. Kata Orang Jawa ‘Nah, di pangan!’ Sapa paham?



Sup Ayam for kids. OMG sedap giler I buat Sup Ayam. Letak akar ketumbar dalam dia + dan ketumbar on top. Sup Ayam kalau nak kurang hanyir, korang lepas tumis bawang-bawang semua tu, masuk ayam. Biar sampai air dia kering then only masuk air. Ada orang letak air dulu baru letak ayam kan? Yang tu nanti ada bau hanyir ayam.


Daging Salai Masak Lemak Cili Api + Kangkung resepi boleh check out dekat sini.


Sambal Ketuk ni la punca CT suggest Zairi suruh buat rumah sebelah rumah I. Kata dia ‘Apesal Ko tak kasik aku makan sambal ni dari dulu?’ Hahahaha. Baru kau tau penangan sambal ketuk eh?


Kangkung Garlic Oyster Sauce. 


Ada kisah disebalik Telur Dadar ni. Nampak sedap kan? Ni Atig yang buat. Time Atig goreng Telur Dadar ni Aliah ada dekat dapur lepas tu dia cakap ‘Atig punya telur memang sedap’. Lepas tu I cakap ‘Hurm, aku dah fikir lain ni Lia. Too much info’. Lepas tu semua dok bantai gelak. Hahahaha. Bangang. Lain kali ayat tu kasik terang eh Lia. Kita semua adult. Hahahahahahha.


Ulam Pegaga dengan Petai Kampung. Petai Kampung sedap lah compared dengan petai hutan yang mata dia besar-besar tu.


Kicap + Cili + Bawang + Limau Kasturi


Punya meriah pinggan I. Hurm sedapnya semua lauk ni. Pandainya I masak OMG (Mesti Lia baca rolling eyes ni. Aku boleh imagine)


Tachiu Atig tolong Maksu dekat dapur. You je harapan I. Hahahaha. Zairi buat air sedap la. Air Teh O Ice, Air Sirap dedua pon sedap. Manis dia ngam-ngam je.


Mana Shein?

Memacam hal kelakar jadik malam ni tau? Time tengah masak tu, Si Atig suruh berenti solat maghrib dulu. I cakap biar Aliah solat dulu sebab kang kalau sama-sama solat memang lambat siap sebab I pesen tak boleh ada orang dekat sebelah nanti nak ketawa. Astaghfirullah. Dah 15 minutes, I tengok Aliah tak solat-solat lagi. Dok bergelak ketawa dengan CT. Lia cakap ‘Maksu, ko tengok CT suruh aku solat kat mana. Macam mana aku nak concentrate macam ni. Ni naseb la kiblat belah sana. Kalau kiblat mengadap almari ni aku mana boleh solat’. HAHAHAHA. CT ni dia letak handbag collection dia dalam almari display dengan segala Chanel, Dior, LV dalam tu. Si Aliah memang buat Personal Shopper Handbag memang susah la dia nak kusyu’ dah kalau segala dream handbags dia ada dalam tu. Bangang. Hahaha. Sebelum balik kitorang baring mengadap almari tu lepas tu tangan dekat atas kepala, kaki silang. Boleh imagine tak macam mana keadaan kitorang? Lepas tu dorang cakap nanti kalau sleepover dekat rumah CT, kita tido ramai-ramai dekat depan almari ni je la. Pukul 5.00am belum tentu tido. Hahahahaha. Aduh. Kaya giler CT dengan Zairi ni. Handbag dia saja boleh boleh Condo dekat KLCC ok????? OMGGGGGG.

Si Khatig pulak bangang. Masa Aliah tanya ‘Wei, nak balik pukul berapa ni? Esok nak pergi Amverton dah’. Lepas tu Atig cakap ‘Kejap yang. Lepak lama sikit. I jarang ada kawan kaya macam ni. Nak duduk lama sikit’. HAHAHAHAH. Si Cici pulak (Zairi panggil DIVA) pergi buat lawak. Dia jalan straight je nak pergi hall, blakang langgar cermin sliding antara dapur dengan hall. Hahahahahhahahahahhaha. Buat lawak la Cici. Bergegar tau cermin tu? Naseb tak pecah. Lepas tu Zairi cerita ‘Wei, naseb la korang ada. Kalau tak CT takde WhatsApp Group. Ni pon aku masukkan dia dalam group mancing sebab kesian dia takde kawan’. HAHAHAHAHA. Dah la muka Zairi serious je time cakap tu. Lepas tu Zairi cakap kekadang CT kuat merajuk, dah la nak kena pujuk je. I tanya kalau pujuk buat macam mana? Dia cakap dia ikut je mana CT pergi. Depan, belakang, atas, hall, kitchen dia ngekor je. Lepas tu kata CT ‘Ooo dulu masa you nak kawen dengan I, you cakap you terima I seadanya. Ni you komplen I kuat merajuk?’ Lepas tu Zairi cakap ‘Memang la, tapi dulu you tak cakap you merajuk sehari 7 kali’. HAHAHAHHAHA telentang Sazli ketawa sampai kelantai. Adohai dua orang ni memang match la. Sama naik dia punya selenga. Hahahaha. Aduh sakit ketawa perut.

Dengan dorang ni memang boleh mati ketawa. Sampai naik senak-senak perut. Kitorang cakap memang jenis kasar. Membahan semua but no heart feelings. Nak pulak lepas kenal CT ni semua jadik macam dia. Bukan bercakap dah tapi menjerit memasing. Semua cakap sampai takde yang nak dengar. Masa dekat Melaka kat rumah Aliah CT cakap bye-bye punya kuat lepas tu Sazli cakap ‘Ko CT, suara dengar sampai Selangor’. HAHHAHAHAHAH bangang. Aduh… Memasing kan perangai? I love them so much! Anyway, CT, bila nak beli pressure cooker? Nanti dah ada bagitau. Kitorang datang masak Nasi Arab pulak. OK?

-eNd-

3 comments:

Maie said...

Adoi lah kaksu dgn kite yg baca pn skali mengekeh gelak 😂

dyba said...

HAHAHAHAH...gila baca blog kaksu ni..gelak sorg2..walaupun xpernah jumpa CT tp boleh imagine mcm mane selenga dia tu hahahah

Chooyaya! said...

maie maizah : hehehehehe.

dyba dbuh : hahahahah. one day dyba kena jumpa dia. dia ongkaya. handbag dia banyak.