Wednesday, January 24, 2018

Rahsia Di sebalik Sambal Petai Cili Api Yang Sedap

Assalamualaikum..

Tachiu Kaklong sebab ajar I buat Sambal Petai Cili Api yang sedap ni. I pernah makan dekat Melaka yang Restoran Selera Kampung tu and was wondering apa yang dia letak dalam dia sebab each time I masak, tak dapat rasa yang sama macam makan dekat sana. Rasa macam failed until one day Kaklong cakap suruh bubuh santan and daaaaaaaaang!! Akhirnyaaaaa jadi weh! Sebijik rasa memang sama. I love it, like it very much! Basically sama je cara masak dia but last, sebelum tutup api letak santan sikit. Dia takde der rasa macam masak lemak ke apa tapi dia punya consistency lebih thick and obviously rasa lebih sedap. Sazli pon suka! Lagi sedap kalau guna Petai Kampung. Petai Kampung ni rasa dia lebih mild and size dia lebih kecik. Kalau petai hutan tu mata dia besar-besar. I pon lebih suka petai kampung. Korang nanti kalau masak sambal, try letak santan dalam sesudu dua, trust me rasa dia memang akan lebih sedap.


Nak resepi ke? Ala senang je. Bawang merah, bawang putih, cili api. Tumbuk. Tumis macam biasa lepas tu letak air asam jawa sikit. Perasa dengan gula/garam. Lepas tu letak la bawang besar dengan petai. Dah mesra, letakkan dalam 2-3 sudu santan pekat and last sekali tabur ikan bilis goreng. Done!


-eNd-

2 comments:

Suhaiza Naela Laili Suhairi said...

sebenarnya masakan letak santan memang akan jadi sedap.
macam mama saya bila masak ayam masak merah akan letak santan..rasa sedap bertambah tambah..

Chooyaya! said...

suhaiza naela laili suhairi : betul tu. sebab tu ada orang masak sambal petai letak santan. but tak sure tahan lama ke tak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...