Friday, January 19, 2018

Pasal Poached Eggs

Assalamualaikum..

Si Ongkaya Aliah share dalam group gambar dia makan Roti Bakar Telor Goyang dekat Kuantan, lepas tu poyo tanya ‘Maksu, ko makan rumput-rumpai ke lagi harini?’ HAHAHA. Wajaq. I kena la makan rumput-rampai sekali-sekala. Ikut pattern nkorang makan macam onggile dari pagi jejak ke malam memang samadengan Dinasour la jawapan dia.  Pantang makan up sikit mula la nak membahan orang. Memacam hal la Geng Serai ni. Ada yang makan rumput (aku), ada yang tekak ongkampung 100% (Zairi), ada yang semua bedal (Sazli/Atiq), ada yang makan milih macam anak raja (Aliah), ada yang dapur siap induction kitchen bagai, siap oven mahal tapi gunanya tak, buat milo je untuk panaskan air (CT). HAHAHAH. Memacam pattern. Ni nanti si Atiq ajak masak Nasi Arab, tapi kena ada Pressure Cooker dulu kata dia. Suruh CT beli. CT dah cakap nanti dia beli yang besar. Ada Pressure Cooker Nasi Arab ON! Aci boleh je kena beli tools perfect baru nak masak. Mampos! Anyway, today I nak share dengan nkorang cara I buat Poach Egg. Dulu beria guna vinegar jadiknya haram. I punya telur tak berkumpul setempat sebok nak lari tempat lain. The egg doesn’t want to co-operate with me. Kejadian agak buruk dah tak boleh dibanggakan (sebab tu tak masukkan dalam blog hahaha). Untuk semalam I guna cara yang I tengok dalam Youtube guna cling wrap terus jadik weh! I bangga dengan diri I. Lagipon Sazli cakap macam ni ‘Fuiyooo Mama, power tu! Macam dekat hotel’. I buat-buat busy tengok TV padahal dalam hati agak bangga sebenarnya. Kembang lah bontot sampai merekah seluar hahahah. Pempuan ni senang je nak beli jiwa. Puji kasik up sikit dia dah seronok sangat. Esok 8 bijik poach egg pon boleh buat untuk u Papa. Nanti ada masa, I nak try buat Hollandaise Sauce pulak la, so breakfast Eggs Ben tepi kolam sambil dengan music jazz ditemani bunyi unggas. Perrrrgh. Bila la rumah nak siap *sambung berangan. 


Ni Breakfast + Lunch. Ada yang tanya breakfast ke ni Kaksu? Agak-agak la semua ni makan untuk breakfast je. Banyak tuuuuuuu. Ada Salad + Poached Eggs, Apollo Melon and Smoked Turkey Sandwich.


Now Sazli ambik personal trainer (Ajim) untuk buat boxing class twice a week. Boxing ke, MuayThai I pon tak sure tapi Ajim memang pukul abes la. Lumat Sazli dikerjakan beliau. Usually after work out Sazli akan makan salad with eggs la or dia akan ambik some carbs or protein. Semalam pesan dekat I lepas ni no more white bread. Nak wheat or wholemeal bread je. Naseb la office dekat dengan KLCC senang I nak carik semua bahan masak untuk Sazli. Macam semalam I guna Butterhead Lettuce + Kewpie Caesar Dressing + Poached Eggs. Sikit je portion dia sebab kesian dekat Sazli asyik makan pokok. I buat jugak Smoked Turkey Sandwich guna wheat bread. So, baru la kenyang. Tu pon I takde kira sangat berapa banyak calories sebab Sazli memang takde masalah kalau tak ambik sugar (kecuali Teh Tarik/Milo). Yang bermasalah ialah I. Hari-hari nak dessert. Minum air kosong dah kurang, tu susah skek aaaaa. Macam Sazli dengan Shein, air kosong sebotol besar tu berbotol sehari dorang bedal. Takde masalah. Favorite drink memang air kosong pon. Jimat pon jimat. 


Seronok tengok poached eggs menjadik.


Ada readers mintak share macam mana nak buat Poached Eggs cara I. Nah tengok video ni. Senang je kan?


Roti sapu dengan butter and mayonnaise. Bubuh blackpepper sikit. Letak salad + bego slice (cheese perisa blackpepper) and smoked turkey. Siap!

Bagi I, nak turun berat badan memang senang. Seriously senang. Untuk I, Sebulan with some work out, cut sugar 90%, drinks lotsa plain water, kira calories intake semua memang boleh turun, but the problem is how to maintain. Nak maintain tu yang susah. Tak larat dah nak jadik kambeng asyik makan pokok. Elok turun 3 kg lepas tu naik balik. Susah sangat-sangat nak maintain but usually, bila I dah seronok sangat makan, sampai satu level bila timbang dia punya naik berkilo-kilo then only I slowly start balik jaga makan. Kalau korang perasan, sebulan ni bukan main lagi I makan. Besungguh. Happy memang happy tapi bila timbang jangan nak nanges. Hahahaha. I kalah actually dengan dessert je. Yang lain I ok lagi. Dengan dessert memang I kalah abes la. Kalau letak depan mata Steak dengan RV, I akan pilih RV. Entah-entah kalau stranded dekat tetengah padang pasir and if I kena pick one, mau I pick dessert jugak. Bukan boleh caya I ni. If ada yang tanya apa diet plan I, jawapan dia memang takde. Sugar. Tu je number one killer for me. Yang lain takde masalah. Ditambah dengan Shein kaki membakar time makan eskrem, memang boleh gaduh. Nak-nak bulan puasa makan eskrem depan I sambil buat slurp slurppppp. Sapa pon tak tahan???? *tetiba emos

-eNd-

2 comments:

norhanaisa said...

Gitu alkisah poached egg tu...patut purfectttttt....haha...tq k.sue...

Chooyaya! said...

norhanaisa : ha a gitulah kisahnya tp sekarang kaksu buat manjang tak jadik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...