Friday, January 19, 2018

Asam Pedas Warong Mak Ipah - Terpaling Sedap Di Kampung Baru

Assalamualaikum..

Dah almost 2 bulan since our last time datang Kampung Baru untuk try Asam Pedas yang Kaklong gembar gemburkan sebagai sedap nak mampos tu. Dari sebelum Kaklong pergi Umrah lagi. Semalam baaaaaaaaaaru la dapat pergi and dapat rasa and kitorang dah buat ‘Perjanjian Farouq Si Gagak Hitam’ yang Khamis is ‘Asam Pedas Day’. Kenapa Khamis je? Sebab Asam Pedas dekat Warung Mak Ipah Kampung Baru ni ada Khamis je ok? Hari lain takde. Tengkorak betul la. Dah la sedap. Huwaaaaaaaa. Dia punya Marketing Strategy mengalahkan McD dengan Prosperity Burger ok? Dia tak buat hari-hari accept Khamis sahaja. So kepada readers yang dari semalam tanya I kat mana Asam Pedas Ikan Merah (Ke Ikan Jenahak) tu, harap korang dapat la bersabar sampai Khamis depan. Ni pon I tengok balik gambar ada la rasa sedih sebab Kkhamis depan baru dapat merasa semula. Tu kot ye panjang umur. Kalau tak takper la. Makan Asam Pedas dekat syurga je la. Dekat sana lagi sedap. Kan? Dulu masa sekolah agama time kecik-kecik, I tingat Arwah Ustaz Jaafar pernah cakap. ‘Nanti dekat syurga, mintak apa je semua Allah bagi’. Lepas tu ada kawan I cakap ‘Anggur ada Ustaz?’ Ustaz jawab ‘Ada…. Boleh makan puas-puas’. Lepas tu ada yang tanya, ‘Boleh mintak naik kapalterbang tak Ustaz?’ Ustaz jawab ‘Boleh. Nak pergi mana pon boleh. Dekat syurga nanti semua kita nak Allah bagi. Nak masuk syurga tak?’ Lepas tu semua jawab ‘Naaaaaaaaaaaaaak!!’ Tingat baik, naïve sangat rasa. Anggur and naik kapalterbang dah paling best dah rasa time tu. Yerla kan, kite duduk kampung. Nak makan Apple, Anggur semua tu bukan senang. Sesekali dapat merasa, rasa macam happy sangat. Memang fikir balik time kecik-kecik, tak merasa la kot nak makan anggur and naik kapalterbang. Tunggu dekat syurga je la. Tapi now dia punya belagak bukan main. Anggur nak yang seedless black grapes je (Specific yang Isetan punya). Yang lain taknak. Hahahaha. Lepas tu dapat merasa jalan oversea dah jugak. Memang takde dalam kamus hidup pon nak hidup yang macam sekarang. Termasuk la kerja dekat KL company besar macam ni and hari-hari berangan melawa pakai heels, kekadang boleh makeup cecantik dekat studio and jadik Blogger picisan tapi orang kenal. Semua ni takde terfikir, tapi Allah bagi jugak maybe sebab dia sayang so kena la bersyukur kan?


Ok Sambung citer Asam Pedas. Semalam kitorang makan Kepala Ikan Jenahak (Ke Ikan Merah sebenarnya?) berempat. Izzah, Dyba, Kaklong and I. Intan takde, dia ada exam sekarang ni. Tadi tanya apa kabar, dia cakap sikit lagi dia nak mati. Korang doakan Intan boleh buat exam dia Sabtu and Khamis depan ok?



Wei, sedap wei. Sungguh sedap. If korang rasa susah nak datang Melaka untuk makan Asam Pedas, datang je la dekat Warung Mak Ipah Kampung Baru ni pon sedap jugak. Ada Asam Pedas Pari jugak. 


Dekat sini ada Ayam Penyet la wei, takkan nak tengok je. So kasik order sato! Tapi Ayam dia agak kurus. Probably ayam kampung kot? But sambal dia sedap la. Rasa smokey macam tu. Kata Kaklong, dia lenyek dengan bawang putih goreng garing. Tu rasa smokey. Sedap la. Makan dengan Ulam Raja. Perrrrghhh!!


My Plate. Jangan lupa Kicap Manis. Heeeeeeee.


Semalam kitorang minum Juice Kedondong. Fresh! Sedap dia campur dengan Asam Boi. Gambar from Google.


Gambar pecah la sebab I ambik dari Google. Tu tudung pink macam Kak Aya je. Hahahaha. Makcik tudung biru tu meniaga dengan husband dia jual kuih-kuih macam Keria, Cucur Badak. Mihun Goreng. Semua sedap! Orang Jawa. Apa lagi semalam dia goreng la cakap Perancis dengan Kaklong. I beli mihun dua bungkus untuk Mak Azizah. Dia suka mihun. Kuih dia pon semua sedap-sedap.

Tapi I nak pesan, kalau korang datang sini, kena datang awal. Sebab usually at 1.00pm dah abes dah semua makanan. Semalam kitorang datang awal 10 minutes, kalau tak memang kempunan makan kaki je la.  Memang sedap la semua makanan dekat sini. Nanti hari lain, I nak makan jugak la dekat sini lagi. Nak makan Ayam Penyet + Laicikang jugak. Semua masakan kat sini nampak sedap lah (berapa kali dah statement ni). I sukaaaaaaa. Mee Rebus pon ada. Kena makan jugak tu. I suka la Kampung Baru ni, semua pon ada. Cuma parking je la hazab sikit. One more thing, I nak buat pengakuan ikhlas. Bagi I, Asam Pedas dekat sini ialah lebih sedap dari yang I makan dekat Melaka sebab kuah dia lepih pekat, lebih kaw and rasa memang sedap. Ikan dia pon manis. Orang Melaka jangan marah eh? Sebab rasa ni subjektif. Ikut tekak I, sini memang sedap la. Ishhhhhk ko dah kenapa sedap sangat ha? Bubuh sependa ke? Hahahahahhahaha. Jumpa Khamis depan. Bye!

Warong Mak Ipah
Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru

-eNd-

4 comments:

Iryani Mohd Lajis said...

Asam pedas kota laksamana tu mana ada sedap.aku tgu je ko buat pengakuan hikmat ni

Chooyaya! said...

Iryani : I reserve my komeng. Hikhik.

^-^ Hanya Dia said...

Dulu mmg sedap tapi kali ni 3kali pergi situ rasa dah lain, ikan x fresh,layan nak tak nak je pastu boleh tunjuk ala2 penat beratus order lain dia nak ambik.. next time xnak dah makan kat situ. But asam pedas kat sebelah mahkota parade tuk asyik! So far xpernah mengecewakan

Chooyaya! said...

hanya dia : maksudnya dulu lagi sedap la eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...