Publish : 17/1/2018
Re-Publish : 25/7/2018
Assalamualaikum..
Re-Publish : 25/7/2018
Assalamualaikum..
Semalam I buat Salted Egg Chicken Wrap extra pedas.
Kata Sazli ‘Sedap Mama’. Heeeee.
Sazli ni memang I masak apa sahaja, dia akan cakap sedap. So tak berapa valid
kalau dia cakap sedap tapi I ada tapau some for Kaklong and Dyba, dorang cakap
sedap so I dah ambik keputusan yang my Salted Egg Chicken Wrap ni memang sedap lah.
Tak kira! Hahahaha. I memang jenis masak, lepas tu puji diri sendiri cakap
masakan I sedap. Memang macam ni, so korang kena terima I seadanya. OK? Jangan
cakap I poyo ke apa ke. Ni I terikut perangai Kaklong la ni. Masak lepas tu
rasa lepas tu cakap ‘Ya
Allaaaaaaaaaaaaaaah sedapnya aku masak! Bubuh sependa ke ape ni?’ HAHAHAHA.
Eh biarlah. Kata Mat Saleh ‘Love yourself’.
Gittew. I nak cakap special thanks to Wan Luqman founder of Soho Sandwich sebab
ajar I macam mana nak buat Salted Egg Chicken Wrap ni. Boleh je Google sendiri,
bersepah resepi tapi I lagi percaya resepi Wan Luqman. Beria aku snap semua
gambar. ‘Eh you, ayam I banyak ni so
telur masin I nak bubuh berapa biji?’ ‘Eh you, Planta banyak mana?’ ‘Eh you,
apesal I punya buruk tak macam you masak?’ I agak Luqman memang ada
menyirap dengan I tapi dia cakap dalam hati ‘Ku
tahan Jebat’ Hahahaha. Haritu I tiru resepi dari Taste dalam FB tu,
sudahnya dressing Grilled Salmon I keras boleh campak dekat dinding. Bongok!
Hahaha. Baru nak bangga puji dressing sedap sekali failed. Padan muka aku. Untuk
resepi ni, korang ikut sebiji macam I kasik ni termasuk quantity semua so nanti
dia akan jadik sedap and rasa macam I punya. Jangan nak memandai alter konon
nak lagi sedap dari I punya. Sebab yang ni semua dah ngam dah. Paham? Ikut
cakap I and jangan derhaka nanti Kanda murka sumpah semua orang gemok. Taknak
kan???
Ni
semua bahan-bahan. Tak banyak. Senang je nak buat. Maybe 30 minute’s dah boleh
siap. Tapi dalam ni takde telur untuk celup ayam sebelum coated dengan tepung
kfc and gula. Yang tu je takde.
Bahan-Bahan
- Ayam (Bahagian thigh – 1 ambik 3 ketul and 1 bahagian dada) potong cube kecik. Isi je tau? Tulang takmau.
- Telur Masin – 1 biji setengah
- Susu Cair – Setengah tin
- Daun Kari – Setangkai setengah
- Bawang Putih 5 ulas – finely chopped. Dalam gambar tu I hiris nipis lepas tu kena tegur dengan Bentara Guru (Luqman)
- Lada Kecik – 8 bijik potong kecik-kecik
- Planta - Sesudu besar
- Gula – Sesudu besar
- Mission Wrap Original - 1 Packet
- Iceberg Lettuce
Cara
Membuatnya
A
- Ayam tu celup dalam telur and golekkan dekat tepung KFC. Goreng sampai golden brown. Kalau pemalas boleh guna ayam popcorn tu, tinggal goreng je. Pon boleh.
- Telur Masin – direbus lepas tu dihancurkan. Ambik je semua part. Ada yang guna kuning telur je tapi Luqman ajar I guna both. Jangan membazir. Untuk masak banyak ni, guna sebiji setengah je.
B
- Cairkan planta lepas tu masukkan bawang putih, lada kecik and daun kari sekaligus
- Lepas tu masukkan telur masin yang dihancurkan
- Masukkan susu cair dan gula
- Bila dah nak pekat kuah tu, masukan ayam yang digoreng awal tadi and tutup api
- Siap!
Planta guna sesudu je ok? Jangan nak beria letak
banyak nanti oily. Lepas tu once masukkan ayam, terus matikan api. Jangan nak
masak pulak lama-lama nanti kuah tu akan absorb masuk dalam ayam jadik too dry.
Ni I bagi resepi untuk buat wrap, let say nkorang nak makan dengan nasi,
lebihkan kuah by guna setin susu cair instead. If nak buat butter chicken,
resepi sama je, tapi takyah masuk telur masin la. Gula is compulsory baru la
sedap rasa dia.
Macam
ni rupa yang dah siap masak. Sebelum wrap, makesure sejuk eh? Kalau tak nanti
layu la salad.
I
guna tortilla bread jenis Mission yang Original.
Jangan guna yang lain nanti dia terpecah-pecah. Ada yang stressed tak pasal.
Jangan nak beria buat konon wrap korang lagi sedap dari I. Paham? Hahahaha.
Letak iceberg lettuce lepas tu susun lah ayam atas dia. Dalam gambar ni I tak
letak tomato cherry, tapi kalau letak lagi sedap la wei. Manis rangup je rasa
and Salad I suggest guna Iceberg Lettuce tau sebab lebih rangup.
Masa
gulung tu buat ketat-ketat supaya elok kejadian dia. Potong dua. Siap!!
Untuk Sazli, I bekalkan sekali dengan Salad.
Walaupon dia cakap dah taknak salad, tapi dia kena makan jugak sebab I dah
beli. Kalau tak, sapa nak abeskan? Takkan I sorang? So I paksa dia makan jugak.
Hahaha. Patutnya ni kalau makan dengan fries + cheese sauce baru layan tapi
sekarang konsep dia nak sihat kan? Ni kalau dah fries bagai dah takde berapa
nak sihat namanya. So, kepada semua, Selamat Mencuba!
Bekal Sazli
-eNd-
4 comments:
kaksu, tortilla tu kena panaskan dulu x?
saya pasti cuba! hahahhaha. tak sedap, bak dueetttt balik! hahaha
norhidayah : takyah, guna macam tu je
nur aishah : kalau sedap, bak duit!
Assalamualaikum, terima kasih sharing resipi. Saya pasti cuba.
Regards, Nurr.
Post a Comment