Wednesday, July 25, 2018

Open House Port Klang Office

Assalamualaikum..

Last Open House Raya tahun ni kitorang pergi Port Klang punya office. I, Dyba, Intan and Izzah naik satu kereta. Sorang kena bayar RM3.50 dekat I sebab upah drive. Tu pon menyentan-nyentan Intan nak bagi I RM3.50, dia kata I kaya pon kedekut. Eeeeeh mestilah. Ni bizniz OK? Hahahahhaha. Sebenarnya I memang jenis berkira kalau I yang drive. Sebab rasa macam Driver. Tu pasal kalau naik kereta I ada undang-udang. If nak turun, kena I dulu turun baru semua orang boleh turun lepas tu kalau naik, I dulu naik baru orang lain boleh naik. If not I marah la. Dorang ni bila dah seronok sangat berborak nanti selamba turun, sapa yang perasan dah langgar undang-undang memang menjerit la. Sapa turun jugak, memang I takkan turun selagi dorang tak masuk balik kereta hahahahha. Si Dyba plak kongang. Haritu ex-boss I ada naik kereta I sebab kitorang pergi makan dekat Dolly Dimsum farewell lunch Dee, lepas tu masa nak  parking I suruh dorang turun dulu sebab sempit nanti nak bukak pintu lepas tu Dyba tanya 'Boleh ke ni nak turun dulu?' Hahahaha. One more, kalau I drive semua orang tak boleh tido, tak boleh busy dengan handphone. Kena talk to each other and alert I drive. Berbulu je kan? Banyak giler undang-undang. Tapi bebudak ni semua dah redha dah. Paham dah perangai I macam mana. Masa pergi Port Klang ni I rasa macam bangga sangat sebab drive dari KL sampai Port Klang. Semua orang bukak waze tu yang tak tahan. Tukang baca waze jangan bagi Dyba sebab dia selalu confuse kiri dengan kanan. Nama jalan pon main sebut je. Masa kitorang pergi tu ikut Kesas rasanya. Lepas tu lalu ikut jalan Kewajipan. Semuaaaa excited sebab Jalan Kewajipan kan selalu masuk dalam radio? Hahaha. I dok terfikir, masa dulu takde Waze dengan Google Map macam mana la eh orang nak pergi ke satu tempat. I cannot brain. I ni keluar je Ampang zaaaaaap Waze. Kalau tak, memang tak sampai. I tau area Ampang je. Ampang - Pavilion - KLCC HAHAHAHAHA.


Parking jauh sikit sebab kat tepi sana tu ada anjing. Izzah je yang garang dengan anjing. Sini la wei office Port Klang. I imagine, macam mana la kalau I kerja Port Klang. Nanti lunch nak makan dekat mana? Sini macam takde mall je.



Kitorang dulu sampai. Ada banyak makanan. Satay tu kata Kak Lin cakap ambik sorang 3 je. HAHAHAHAHA.


Banyak sungguh Izzah and Intan makan.


Sandwich tu sedap! I makan sandwich banyak. Dah tak boleh dah tekak nak masuk makanan raya. 


Dyba, Izzah, Siti Nohaliza and Intan.


Kemain lentik Izzah.


Dari kiri : Kak Lin, Izzah, Intan, Siti Nohaliza, Dyba and Kak Maya. TQ Kak Lin and Kak Maya bagi kitorang makan sedap-sedap.


Wow Izzah, merahnya liptik.


Tengok Si Robyn selera dia makan. I kalau dengan Robyn guraunya kasar. Haritu suruh dia ambikkan sandwich lepas tu I tanya 'Halal ke ni?' HAHAHAHAHA.

Dalam pukul 2.30pm macam tu kitorang gerak balik KL. Izzah drive, Dyba co-pilot. I memang tak larat nak drive sebab I dah mengantuk. I kalau mengantuk jawab dia tido. Dari kita semua ke alam barzakh, baikla bagi orang lain yang drive. I cakap dekat Izzah and Dyba. 'Korang, pepandai la eh nak bagi sampai office semula macam mana, Kaksu nak tido'. Zaaaaaap berdengkur dengan Intan dekat belakang. Si Intan pon sama naik membuta. Sayup-sayup dengar Izzah and Dyba bincang. 'Kiri la Izzah, eh tak la Dyba... Kanan la'. Lantak korang kat situ. Hahahaha. Tapi sampai jugak dekat office, alhamdulillah... Good Job Izzah and Dyba. Nanti kalau ada Treasure Hunt Kaksu akan consider korang masuk group Kaksu. Ok?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...