Thursday, January 18, 2018

RV Sedap Lagi Murah di QookieMomstar

Assalamualaikum..

Haritu Kak Fiza bagi I Red Velvet one slice time birthday Abang Amree. Dah macam apa berebut makan dengan Shein. Gaya macam tak jumpa nasi 10 hari. Sesudu I, sesudu dia. Turn masuk mulut I, dia hijacknya masuk mulut dia boleh pulak kona sudu tu. Wajaq Shein. Tak boleh tahan, terus tanya dengan Kak Fiza mana dia order. I ingatkan dia beli dekat mana-mana bakery KLCC/Pavilion ke sebab dia punya RV ada class la wei rasa dia. Kek dia tak heavy and cream cheese dia tak manis sangat. Memang sedap. I punya tekak ni susah sikit nak please bab makan kek. Kek nak Huda punya je, tapi since Huda dah pindah jauh ni merana jugak nak cari RV yang kena dengan tekak I. Kepantangan I kalau RV keras and mampat sangat. Rasa macam dodol ko aperhal? Dah RV tu RV je la nak sama dengan Dodol why? I suka yang fluffy, tapi fully dia takde la macam cotton cake tapi dia pertengahan. Not too light yet not to mampat. Ngada kan? Cerita macam pandai la sangat baking padahal dulu buat Brownies pon failed sebab guna api atas bawah. Apa ingat buat baulu nak guna api atas? Kes nak suruh cepat masak last-last ayam pon tak sudi nak makan kek I. Pundek. Hahahahaha. So berbalik pada RV yang sedap tersebut, Kak Fiza cakap Baker tu sama je tempat kita duduk ni Su. CANTEK lah! Terus esoknya order Brownies. Bapak sedap wei! Tapi mintak mahap gambar tak sempat snap dah gone. First time makan Brownies beli yang langsung takde balance. Makan jenis takde belas kasihan punya. Next I order RV pulak and esok/lusa nak try Pandan Gula Melaka. Tu one of dia punya signature cake tu. Kekadang takde nak order apa, saja tanya ada kek lebih tak, TETIBA BOLEH PULAK ADA. Ok gemok la lepas ni. Adeh.


Red Velvet yang I order ni size 7 inch, request potong bite size dapat 36 pcs. Sekali ngap masuk mulut. Senang! Paling sesuai untuk party potong kecik-kecik macam ni. Jimat. Haha. Dasar taik idung masin!


Harga murah je awak. RM40.00 untuk size 7'. Ala ambik 7 inch cukup la. Boleh makan share dengan kawan-kawan jugak. Macam I sharenya sikit, bungkus bawak balik makan diam-diam lagi banyak. Sapa suruh sedap? Atas cream cheese tu dia drizzle pulak dengan butterscotch sauce tapi takde la pulak manis meleting. Just nice. Puuuuuurfecto! So kalau korang berminat, check out Instagram Qookiemomstar and terus call/whatsapp dekat 017-2049811. Email pulak pdosh01@gmail.com. Free delivery area KLCC and Ampang. Cun! Sebab tu I love Ampang! Pada sesapa tingin, boleh order direct eh? Sebarang soalan pon direct tanya. Jangan nak order or tanya melalui I. Malas I nak jadik orang tengah sebab I nanti cepat stressed. Middle age crisis kot? Hahaha. Cerita macam ongtue sangat kan? Anyway, kalau I cakap sedap tu maknanya memang sedap. Kena percaya dengan tekak I. Memang I tak tipu. Alip lam lam ha tulis dekat dada. Sapa tipu dia dosa. Okbye!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...