Monday, February 12, 2018

Assemoga Atok!

Assalamualaikum..

Happy Birthday GF! Dah 71 dah dia tahun ni. Tapi bila tanya umur berapa, dia cakap yang ke 17 tahun lepas tu I cakap 'Laaaa, lebih kurang sebaya la kiter eh Mak?' Hahaha. Al-hamdulillah sihat and cantik lagi dia. Tu risau tu, takot tetiba dia mintak nak kawen kea je kacau. Dulu kata Mak, kalau dia nak kawen pun, either dengan Nik Aziz je or Paklah. Lepas Paklah kawen dengan Jane, Mak dah melepas. Tak lama lepas tu Nik Aziz pulak meninggal sebab tu sampai sekarang dia masih menyendiri. Gittew. I cakap pada Mak, takyah la nak kawen. Dari elok boleh menyapu rumah dari pagi membawak ke malam nanti ada suami dah nak kena masak, entertain semua. Kata Mak, ‘Ko ingat Mak nak sangat ke kawen? Kuasa aku’. Aik, haritu dia jugak cakap nak kawen dengan Pak Lah la apa la. Hahahahaha. Mak ni memang tau, pergi mana-mana ada jer yang suka nak borak or berkenalan dengan dia. Haritu dia pergi klinik, Doktor veteran yang check dia beria interview tanya kerja apa, umur berapa, duduk mana, anak kerja mana, berapa anak semua macam berminat je haha. Siap bagitau lagi Mak dia duduk dekat mana. Masa Mak citer dengan I, I cakap ‘Hurm, kawen Doktor la Mak lepas ni’. Hahahah. Ngek. I tau Mak gurau-gurau je cakap dia nak kawen tu sebab I tau masalah dia dengan penyapu. Mana boleh tinggal. Kawan baik. Kot kang dah bersuami, susah pulak nak kawan baik dengan penyapu. Ni lah, masalah penyakit keturunan. Macam I sekarang kurang dah sikit nak mengemas. Dah takde mood. Ambik mana yang nampak je. Habuk dekat rumah tu kalau dikumpul, mau satu plastic kot? 


Weekend haritu I balik kampung, bawak kek untuk Mak. Saja ambik gambar buat kenangan. Si Shein je la bermasalah sikit. Kek orang kek dia, kek dia pon kek dia. Puas nak selamat kan kek tu dari kena selet dengan dia.



Happy Birthday Mak! Not doakan Mak dipanjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dipelihara Allah dunia dan akhirat. Amin….


Ok Shein, kiss Atok. ‘Do you love Atok’. ‘Yes, Atok, iPad, Abah’ T_____T Abes Mama?



Thank you @Qookiemomstar for the cake. Sedap sangat sangat sangat sangat Red Velvet ni. I sukaaaa! Birthday Girl pon suka. Dia cakap Kek Asam Masin. Memandai je convert kek international jadik melayu. Haha. 


Petang tu, kitorang lepak bawah pokok pelam lepas Mak siap sapu sampah. Sempat je lagi dia menyapu kan? Mana la tak berkilat keliling rumah. Si Shein tu baru bangun tido tu. Bangun-bangun elok je terus makan satay.


Mak tempah dekat Kak Halus. Besar satay ayam dia. Macam ni baru lima posen.


Si Shein, laju je menuju peti ais. Ingat nak cari apa, bila I tanya what do you want? Dia jawab ‘Hot Mama’. Lepas tu dia berdiri masuk dalam peti tapi tak boleh tutup. Hahahahah. Ngek la Shein.
Biasa kat kampung, memang I suka masak. Takde la suka masak sebenarnya tapi Mak cakap ‘Sapa ada laki, dia masak’ Kah kah kah. Kali ni, I je ada laki so aku ler kena masak. Pada yang impressed teruk dekat IG semua tu and tanya mana belajar masak etc actually I takde pandai mana pon. Pernah je masak tak sedap and tak jadik. Honey sauce keras macam batu pon ada, kek mendap, sambal masin semua cukup serba serbi. But I belajar la sikit-sikit dari Mak and Kaklong also dari internet. Bagi I, masak ni biar tawar boleh adjust, jangan masin. Sebab kalau masin apa pon tak guna. I ada je masak masin lepas tu rasa alahai sayangnya.. Masak dah beria, bahan semua dah cukup tetiba masin tak boleh nak makan. Rugi kan? Sebab tu time letak garam kena beragak. Letak sikit-sikit takpe, lepas tu rasa. Masak apapa pon, garam letak last. Sebab kekadang kata la masak sambal if letak ayam goreng, ikan goreng (yang dah garam+kunyit before goreng) or ikan masin, nanti dia akan jadi masin if kuah tu kita dah rasa perfect masin dia before masuk bahan-bahan lain. Paham? Ke berbelit sangat I explain? So always letak bahan perisa lassssssssst kali. Jangan gopoh gapah. Biar lambat asal boleh makan. 


Ahad buat breakfast Mihun Ikan Bilis favorite birthday girl. Last time masak dekat Bapak termasin, this one perfect. Sebungkus mihun, letak garam only hujung sudu. Kata Kaklong nak sedap, letak sos tomato lebih dari sos cili. Ada orang buat letak cuka. Sapa pernah?


Si Sheindong kurang makan mihun, so I buat Cucur Kentang + Ikan Bilis.


Tengahari for lunch I buat Sawi Garlic. Masak macam biasa tapi garlic lebih + 2 susu oyster sauce.


Gulai Daging + Kentang.


MIL cakap ni air belacan. I rasa ni sambal belacan tapi cili dia tak tumbuk lumat + ada bawang merah hiris. Sedap kalau makan dengan kari.


Telur Dadar garing (padahal hangit) Hahahaha.

Selera I makan lauk macam ni. Shein pon suka. Dia Mat Gulai. Apapa Kari dia memang suka. Favorite dia. Tak lari jauh taste keturunan Pakistan. I kalau gulai sesekali ada la teringin. Tapi kalau seminggu sekali I kenot nanti I sewel terus. Sama macam Nasi Beriani/Nasi Minyak/Nasi Tomato. Ada masa je I tingin nak makan. Like now macam tingin pulak Ayam Masak Merah. Tapi taknak kacang pis. Sedapnyaaaaaaaaaa!! Ada orang masak letak santan. Ada yang tak. Tengok la kalau rajin, maybe esok lusa boleh buat. Lawan dengan sambal tomato. Sedap jugak. Lagi sedap kalau tinggal makan, tak payah masak. Hahahahahaha. Anyway, I hope Mak panjang umur and sihat-sihat je. Tak boleh imagine what my life would be without her. Asalkan Mak ada, semua akan jadik Ok. Sayaaaaaaaaaaaang Mak!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...