Thursday, February 15, 2018

CNY, Insurance Kereta and iPhone X

Assalamualaikum..

Jalan KL lengang je harini. Kalau hari-hari macam ni kan best? Takde la banyak sangat babi keluar time dalam pemanduan. Hahahaha. I agak maybe sebab banyak company yang dah start cuti for CNY kot? Sebab tu la jalan lengang. Macam I begitu gigih bekerja. CT haritu jerit-jerit dekat I cakap CNY start cuti Khamis sampai Isnin depan. Memandai je kasik I confuse. Padahal I kerja lagi harini. Tapi I ada kenalan yang kerja dengan majority pekerja Chinese yang cuti start harini and masuk kerja semula Rabu depan. Lama giler kan? Untuk CNY Holiday ni, kitorang takde any plan pon cuma InsyaAllah start malam ni, family CT, family Aliah Ongkaya and family Shariffah bersama-sama dengan family I akan berada di Bangi Golf Resort untuk activity makan/masak/main daun/buang masa serta berangan spend time sama-sama dekat sana. Ok la, dapat main masak-masak and kid’s dapat berkawan and mandi kolam. Dari duduk rumah aku tengok engkau, engkau tengok aku lepas tu gaduh (Ni I dengan Shein) so kira ok la walaupon tempat persinggahan tak jauh dari KL. TQ CT and Zairi sponsor tempat. Ni rumah dorang sebenarnya. Jimat pon jimat takyah sewa hotel. Dorang mintak I jadik tukang masak. Semalam bila I listkan apa nak beli, Zairi cakap ‘Ni nak kena RM400.00 ke satu family ni?’ Sebab list nak beli je dekat 50 item. Hahaha. Yerla kata nak suruh I masak kena la ada semua bahan dengan segala bawang merah, bawang besar, bawang putih semua. naseb bawang ada 3 jenis je, kalau ada bawang oren, bawang hijau, bawang biru pon semua I suruh beli. Kata CT dia nak makan S E M U A yang I letak dalam IG/Blog. Sempat ke CT oooi? Kang gemok komplen aku. Haritu beria pagi minum shake je, konon nak kurus. Tengok 4 hari ni sure naik 3 kg. Hahaha.



Sekadar Gambar Hiasan – I ambik dekat IG Jamie Oliver. Nampak cantik and colorful kan sandwich ni semua? Nampak cantik ni, rasa dia tak tau lagi macam mana. Kalau sandwich letak cheese dengan tomato je memang tak la I nak makan.


Harini I rasa happy pon ada, sedih pon ada. Sedih sebab baru bayar Roadtax and Insurance Snow White. I rasa macam RM2,000.00 poorer. Walaupon tu kereta I and memang I yang kena bayar, I tetap sedih jugak. Yang ni takde sapa akan faham. Tapi InsyaAllah pempuan akan faham la sebab dia rasa ‘Ni RM2,000.00 ni macam-macam boleh beli ni’. Hahahaha. Tu bab sedih. Bab happy pulak, I rasa happy sebab dapat restrore iPhone 6 I ke iPhone x ni by my own. I buat sendiri semua OMG I sangat kagum dengan diri I. Tapi Ain ada la bantu I jugak. Dia kasik I link cara macam mana nak encrypt/restore henpon tu. Now apa yang ada dalam iPhone 6 SEMUA sebijik masuk dalam henpon baru. Happynya! Cuma ada rasa terkilan sebab if I buat dari awal, mesti WhatsApp I yang tak boleh backup sebab memory almost full tu berjaya di selamatkan and I takde lah susah payah nak kumpul balik data-data customer dari sources lain. Cuma proses dia sangat lama. Malam tadi I start at 11.30pm sampai 1.50am baru siap encrypt and pagi tadi sambung pulak restore and took me about 3 hours to complete everything. If la I buat dari awal kan? Sebab iPhone x ni dah sebulan lebih kot I ada, only now I pakai tu pon sebab bengang Shein pergi delete WhatsApp yang I tak backup tu. Gone semua. Ain ajar, kalau nak elak kena delete, masukkan dalam folder. Yang dalam folder tak boleh delete. So dah terlambat la. Anyway, amacam, impressed tak dengan I? Ke korang semua memang dah tau nak restore henpon ni sebenarnya? Ke I je yang kodok sebab baru tau sekarang? Oklah takyah jawab. Nanti I down. Haha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...