Wednesday, February 28, 2018

Coconut Shake Sedap - Zon Coconut Shake

Assalamualaikum..

Sazli now tengah dalam fasa addicted dekat Coconut Shake - Zoncoconut area rumah kitorang ni. Almost everyday dia tapau. Gemok tau laaaaaaaaaaaaaa. Hahaha. Haritu I first time try masa balik dari wedding anak Cikgu Aina dekat Cuberjaya. Satu sedut rasa peeeerrrrghhhhhh ni dah sama level dengan Klebang punya Coconut Shake ni. Seriously sedap! Takde menipu punya eh? Takde ais penuh gelas lepas tu baru letak air kelapa blend and ice cream seciput kedekut tu. Takde. Ni all yang ada dalam gelas boleh sedut sehingga ketitisan terakhir. Ice cream vanilla pon letak jenis Magnolia lemak berkrim punya rasa. Lepas tu takde der topping merapu. Its coconut shake + Ice cream vanilla. Memang sedap! I kasik 5 bintang! (Jalaludin Hassan cakap 5 Markah). I suka giler. Pakkal la sekarang ni memang tengah besungguh nak cut sugar, kalau tak memang sama la dengan Sazli, hari-hari mau. Harga RM4.00 untuk segelas besar macam ni. Bukak everyday except Monday dari 11.00am - 7.00pm. Selain dari Coconut Shake, dia ada jual jugak menda lain macam Asam Laksa and Bolognese cuma I tak berkesempatan lagi nak try. So sesapa yang tingin nak minum pure coconut shake yang sedap, puas hati, lemak berkrim boleh la datang Zon Coconut Shake dekat gerai mereka yang terletak di SMK Dato' Ahmad Razali, Kampung Melayu Ampang. Tetiba bunyik macam rancangan Jalan-jalan Cari Makan ko apehal? Hahahahaha. Sini takde la beratur panjang and gerai pon redup je. Parking pon senang, so agak convenience and most importan, its A M P A N G ok? I love Ampang! 


Zon Coconut Shake. First time cuba terus I suka. Lepas ni orang KL takyah dah la pergi Klebang untuk minum Coconut Shake sedap




Nak take away boleh, nak lepak minum sini sambil layan angin petang sambil sapkok pon boleh.  Redup bawah pokok.


Owner dia ni kot? Entah. I suruh Sazli ambik gambar. Haha.


Close up sikit. Tengok eh, takde ice ketul ke apa. 100% is coconut shake.

I suggest baik korang pergi sekarang sebelum kedai ni viral. I nampak dia punya potential. Nanti dah viral, daaaaaaaaaah nak kena beratur panjang, parking semua susah. So sementara dia tak berapa orang kenal sangat ni you better go now. Kalau tak tau, waze je la SMK Dato Ahmad Razali. Lepas tu dia ada satu lagi branch dekat depan Picom. Jalan 31/10A Taman Perindutrian IKS, Mukim Batu 68100 K.Lumpur. Bukak dari 9am-5pm. I pon taktau kat mana Picom ni hahaha. Copy dekat IG dia je. Anyway, boleh check out jugak IG Zoncoconutshake_ Ok? Takde pulak gambar Siti Nohaliza dekat situ, acane ni? Haritu masa I letak dalam IG Story ada yang tanya I, boleh delivery ke. Yang tu I tak sure. Probably ada la kot? Yang tu korang tanya owner dia sendiri Ok? Jangan malas sangat. Kbye.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...