Tuesday, February 27, 2018

What's Cookin' - Ayam Masak Merah + Nasi Tomato + Jelatah

Assalamualaikum..

Haritu I macam tingin nak makan Nasi Tomato sangat. Dah sampai dekat tekak dah dia punya teringin. Tapi nak yang mengikut citarasa I sendiri so kenalah masak. Makanya last week I nak elak Nasi, so I makan jugak la 2 sudu buat lepas gian. Makan dengan air mata berjujuran di pipi sebab tak boleh nak makan banyak. Hahah sian giler I. I tanya Sazli Ok tak? Macam biasa jawapan dia 'Sedap Mama!' Sazli I masak apa je pon yang tak sedap. Tak penah complaint apa. Kekadang I rasa macam masin, tapi dia kata 'OK. Sedap. TQ Mama'. Hahahaha. Kalau tanya Dyba nanti jawapan dia macam panjang sikit 'Sedap Kaksu, macam mana Kaksu masak? Dyba taktau nak beza apa sedap dengan tak sedap' T____T Dyba punya level confident time masak lagi tinggi dari Chef Wan sebab dia masak tak pernah rasa. Kurang garam ke, kurang rasa kat mana-mana ke dia tak kisah. Janji masak, lepas tu letak garam ikut agak dia banyak mana lepas tu dah. Boleh? Hahaha. BTW, harini I share resepi Nasi Tomato I punya version eh? Yang ikut tekak I macam mana. Macam Ayam Masak Merah and Nasi Tomato ni memang banyak version. Ada yang meriah dengan bahan, ada yang simple. Ada yang goreng dulu ayam, ada yang tak. Yang Nasi Tomato dia pulak ada yang guna butter, ada yang guna minyak sapi. Ada guna susu cair, ada yang tak. I punya resepi is combination of simple and beria punya style. Yang penting Ayam I takde Kacang Pis sebab I hate Kacang Pis! Kalau nampak ada kacang hijau tu dalam apa-apa memang tak la I nak makan. Potong je. Bebudak ni panggil Kacang Pis = Penjahat. 'Taknak lah makan Nasi Goreng tu, ada Penjahat'. Sian kacang pis, takde dosa apa tetiba kena claim penjahat. 


Ayam Masak Merah
Resepi dan Cara-cara Membuatnya

Memula garam kunyitkan ayam. Lepas tu goreng 3/4 masak. Tumbuk bawang merah, bawang putih and halia. Panaskan minyak dalam 3 sudu. Lepas tu tumis rempah (kulit kayu manis/bunga lawang) sekejap and lepas tu masukkan bahan tumbuk and serai yang dititik bersama 1 cube ayam then only masukkan lada kering blend. I guna Instant Sambal Saji punya je now substitute Cili Boh. Lagi sedap! Tapi now dah discontinue pulak. Pundek betul. Haha. Lepas dah naik minyak then masukkan tomato puree + sos tiram + cili sauce + tomato sauce. Tomato sauce kena lebih dari Chili Sauce. Letak gula secukup rasa. Sebab Ayam Masak Merah ni kekdahnya kena masam sikit. Dah tu masukkan susu cair dalam 3 sudu. Nak kuah lebih, tambah la air. Last sekali masukkan Ayam + Bawang Besar + Tomato Ceri. Lepas tu last sekali baru rasa garam ok ke tak. I takde masuk garam dah sebab dah cukup dah rasa masin from cube ayam semua tu. Kuantiti semua bahan tu pepandai lah korang agak sendiri. Ok? Tabur dengan daun sup. Daun sup serious akan memberi impak lebih sedap selain dari nampak cantik dan poyo kepada presentation.



Jelatah

Resepi dan Cara-cara Membuatnya

Hiris nipis timun (takyah buang kulit), bawang besar, cili merah and tomato ceri. Ada orang rendam dalam kapur makan sebab nak bagi rangup tapi I takde so takyah. Patut guna nenas or carrots tapi I takde jugak sian sangat hidupku ini. Susah la semua menda takde ni tapi takpe guna apa yang ada je, sebab ni bukak pertandingan memasak pon semua menda nak complete. Masukkan dalam bekas besar. Lepas tu letak gula dalam 3 sudu and garam sikit. Gaul macam buat dodol tu hoyeah. Lepas tu masukkan cuka mengikut selera lah. Goyang tetek and siap!


Nasi Tomato

Resepi dan Cara-cara Membuatnya

Untuk 3 pot kecik nasik eh?  Tumbuk bawang merah, bawang putih and halia. Lepas tu tumis dengan butter dalam dalam periuk nasik yang kita nak masak nasik tu with rempah (kulit kayu manis/bunga lawang). If ada daun pandan, masukkan. If takde boleh nanges tepi dapur. Hahahaha. Masukkan beras Basmathi yang dah di basuh. Dah tu masukkan cube ayam, garam sikit serta 1 tin susu cair beserta 5-6 sudu tomato puree. Masukkan air ikut sukatan masak nasik tu la and transfer la periuk masuk electric rice cooker. Internet kata letak setengah cawan air lebih dari masak nasi biasa sudahnya nasi aku lembik. Dah takde rupa guna beras basmathi dah. Benci la. Penipu. Hahahaha. But lembut Nasi Tomato I cuma kejadian tak berapa nak Ok.


Siap! Ni kalau ada Dalca baru complete tapi I tak suka Dalca so ni je pon dah ok. Sedap jeeeeeeeeeeeee. Sandwich for breakfast.

I masak pagi sebab nak bawak bekal for Lunch. Nak cepat kalo, ayam tu goreng la siap-siap and bahan-bahan siapkan malam tu. Esok tinggal nak tumis/masak je. Sempat je InsyaAllah. Haritu  I bangun pukul 5.00am macam nak bangun sahur tu tapi takde la pulak ngantuk macam bulan puasa. Saiko je kan? Kalau bulan puasa kemain ngantuk level tersengguk kepala sampai ke lantai macam Mr Bean. Hahahaha. Kepada semua, jangan lupa cuba resepi I ni OK? Dijamin sedap. InsyaAllah. Okbye!

-eNd-

2 comments:

Hans said...

sedapnya ayam masak merah
favorite den nih

Suhaiza Naela Laili Suhairi said...

Kaksu..nasib kita tak berjiran..kalau tak boleh pau sikit..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...