Thursday, March 8, 2018

Cerita Makan Office

Assalamualaikum..

Opis I kalau ada birthday sapa-sapa usually nanti department akan belanja makan. Kumpul duit sorang sikit lepas tu order la apapa. Takde beria mana pon. Kekadang ada Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuih-Muih etc. I kalau tau ada yang belanja makan nanti I tambah makanan apapa kasik lebih meriah. I kan suka tengok orang makan? Usually I order dengan wife En. Zul Hanif punya Mee Goreng. Dia masak sedap!  Bagi I, Mee Goreng dia paling sedap I pernah makan. I masak pon tak sedap macam tu. Biasa I confident I masak paling sedap. Hahaha. Mee dia macam kering tapi full of flavor. I suka makan dengan cili potong + kicap. I can really eat Mee Goreng. Sukaaaaaaaaaaaaaa. Tapi tu dulu la. Zaman I kuat makan. Now tengah diet, so hanya mampu memandang sepi. I peratikan aje Izzah and Intan makan beria bukan main. Abes Mee, makan Nasi Lemak pulak. Tak cukup tu makan pulak kueh macam takde perasaan bersalah langsung. Minum pulak Air Teh Tarik Subhanallah sugaaaaaaaar. Dah la kuih ada macam-macam jenis. Menyirap je I. Nanti kalau I dah kurus 55kg, I dah promise myself nak makan Mee Goreng sebungkus tu makan sorang je taknak share dengan sapa-sapa. HAHAHAHA. Lepas tu nak makan Nasi Kandar kuah campur letak Ayam Madu + Telur Sotong + Papadom sedapnyaaaaa. Huwaaaaaa. Kesian sangat I hari-hari makan overnight oats. I suka la office I ni. Semua orang baik. Abang-abang, Kakak-kakak, Bosses, Colleague. Semua baik. SEMUA. Office I takde Makcik Bawang. Kita semua macam hidup harmoni je. Semua pon baik. Lagipon I selalu rasa semua orang dalam dunia ni baik. Kalau dia jahat pon, dia mesti ada sebab kenapa dia jahat and kita tak boleh judge orang. Ok?


Semua ni order dengan Kak Siti. Kakak office I jugak. Dia punya Nasi Lemak makin lama makin sedap. Semua-semua ni dia masak sorang Ok? Ada  Sambal Tumis, Rendang Ayam, Sambal Telur Puyuh, Telur Dadar and Ulam Timun. Sedap! Ni kalau I yang masak, mau bangun pukul 2.00am





Mee Goreng wife En. Zul buat. RM50.00 je satu tong besar macam ni. Kat mana la untung dia tu? Hahaha. Maybe dia niat masak sambil sedekah kot? Mee Goreng dia sedap wei! I suka la Mee Goreng letak daun sup macam ni. Extra sedap. (Ko apa yang tak sedap?)


Kuih-kuih ni semua Along Nurani yang order dari cousin dia tak silap I. Semua sedap. I rasa sikit-sikit je sebab takot gemok. Haha


Sapa No 1 ambik makanan? Mestilah Intan! Sampai pejam-pejam mata dia.


Dari Kanan : Ani, Dee, Dyba, Aizat, Kak Ros and Intan. Ingat tak Ani? I pernah cerita pasal birthday dia dekat sini. Kak Ros tu pulak kakak office yang I suka manja. I duduk, nanti panggil dia. 'Kak Ros, ambikkan air dengan kuih'. Ambik pulak tu. Hahaha. I suka buli dia. Nanti I mintak maaf balik la. Lepas tu I cakap 'Kak Ros, kalau Su mati mesti Kak Ros sedih kan? Nanti Kak Ros cakap - Kalau Su ada ni, dia mesti mintak Kak Ros ambikkan dia air'. Lepas tu kata Kak Ros 'Eh yerla, mesti la Kak Ros sedih kalau Su meninggal'. You better sedih Kak Ros. Kalau tak, tau la naseb you. Haha


Kesayangan, Buah Hati, Madu dan Racun. Semua lah. Intan and Dyba. Penyeri hidup Kaksu dekat office.


Ajak Kaklong turun makan dengan kitorang. Izzy takde time ni. Ke dia ada? Ke dia yang tukang ambik gambar? Hahaha.

Yang tengah bizi dekat laptop tu la Along. Dia orang Negeri Sembilan. Suara kuat macam pakai speaker. Baik jugak. Dulu dia pernah kena diagnose with Lung Cancer Stage 4 tapi boleh pulak salah diagnose. Masa tu sedih sangat rasa. Now alhamdulillah Along sihat-sihat ajer. Dia kawan mengaji Kak Long. Belajar dengan Kak Darna dekat meeting room office I. Intan join jugak sekali kot? Lepas tu takde dah. Hangat-hangat taik ayam. Kalau Intan belajar ngaji tak boleh dekat dengan Kaklong nanti ketawa. Kitorang buat apapa pon tak boleh duduk dekat nanti lebih banyak ketawa. Jogging pon now I lari jauh-jauh je sebab kalau lari dekat-dekat jawab dia kencing dalam seluar lah. Hahahaha. Kaklong dengan Intan ni kalau dialog P Ramlee macam belawan-lawan. Apapa semua nak relate citer P Ramlee. Tu I cakap, kalaulah P Ramlee ada lagi, boleh je buat show dengan Intan, Kaklong and Zizan Razak. (Tetiba Zizan Razak ada dalam cerita ni). Oklah. Tu je nak citer pasal makan-makan dekat office I. Boring ke cerita ni? **kalau berani jawab la. YE

-eNd-

1 comment:

Maie Maizah said...

Kaksu intan nmpk kurus lah
Ehem2 sbb mkn overnite oat ke 🤔😱

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...