Monday, March 5, 2018

Geng Serai Goes Fishing

Assalamualaikum..

Tingat dulu makan Ikan Kerapu Masak Kari dekat Gulai Panas Mak Ngah dekat Kisap, Langkawi. SEDAPNYAAAAAA… Ada jugak Ikan tu dia goreng biasa makan panas-panas dengan sayur goreng simple + sambal belacan + telur dadar dengan kicap bawang tu. Perrrghhhhhh sedapnya. Ikan Kerapu weh! Sedap tuuuuuuuuuu. Malam ni InsyaAllah la I masak dekat rumah CT. But kata Aliah, dia ada bau-bau yang kitorang akan makan pukul 10.00pm and I tot so sebab sampai rumah je dah pukul berapa, nak keluar pergi rumah CT lagi dah pukul berapa. Adeh. Tapi I dah pesan awal-awal suruh dorang makan shake ke dulu isi perut. Kang lapar kang, ada yang tak sempat makan dah ada yang terbalikkan meja (Aliah) tapi InsyaAllah I dapat rasa malam ni kitorang akan bekerja sebagai satu pasukan yang hebat lagipon Kak Cici ada ni, dia buat kerja cepat. ‘Kak Cici, tolong kupas bawang’ - zaaaaaaaaaaap sebesen siap semua bawang. Lepas tu bila abes dia tanya ‘Kak Cicik udah potong sebesen pagi tadi, udah abes ke Dek?’ HAHAHAHAHA. Memang la, I kan kawan baik dengan Bawang? I suka bawang. Yang I tak suka Makcik Bawang dalam KRT. Aku dah hide dah KRT dekat dalam FB. Seteresssssssssssss baca masalah rumah tangga orang dalam tu. Macam-macam hal. Now pasal kes Uda dengan Izreen ni I pon menyirap je baca. Kang kalau komplen sama pulak level dengan Makcik Bawang. Well anyway, kita tak tau cerita sebenar and jangan mudah nak jatuhkan hukuman Ok. I percaya semua yang terjadik tu ialah rahsia Allah termasuklah soal jodoh. Die lebih mengetahui. Jangan cepat sangat nak menjatuhkan hukuman pada orang. Ok? Dah tadi padahal citer pasal Ikan Kerapu, ni tetiba kes Izreen dengan Uda ko aperhal?


Kisahnyaaaa. Atig, Zairi and Mr David Sabtu lepas pergi Melaka untuk fishing and dorang dapat tangkap Ikan Kerapu wei! Bapak besar! Sazli tak ikut sebab dia pening naik boat. I nampak ni terus berazam, next trip I nak pergi ikut. Pakai sunblock 8 lapis.
 


Banyak ni je dapat? Ni kira banyak ke sikit ni? Tapi ikan fresh-fresh macam ni kalau goreng biasa pon sedap weh! Kelaut la diet engkau Siti Nohaliza.


Rayyan pon ikut jugak. Probably his first experience fishing kot? Tak boleh imagine bawak Shein naik boat macam ni sampai ketengah laut. Ok ke tak dia tu.


Adrieyl pon ikut jugak. Bagus bebudak BBI ni, adventurous memasing. Kekecik dah ada pengalaman naik boat. I dulu darjah 1 naik van pon dah kira bangga. Naik kapal terbang umur 23 tahun. Comel kan?



Atig and Zairie.

Dorang naik boat pagi and only return semula ke darat dalam 4.00pm macam tu tak silap. Pergi naik boat CT and Zairie. Apeni kaya sampai ada boat? I cannot brain. CT, cepatlah beli boat persiaran yang ada toilet aircond semua tu, nanti kita boleh layan sunset. Ko beli yang sama macam Langkawi punya kapal tengok sunset dekat Pulau Dayang Bunting tu ok? Bilik pon ada. Lepas tu muat 14 orang. Cukup la kita semua naik. Ok? Aku doakan ko cepat beli boat persiaran pulak. Aminnnnnnnnnn… Boat ni dia takde toilet, abes kalau nak kecing kena kencing dalam plastic ke apa? Ni kalau cirit tetiba ni dah, bukak je seluar lepas tu tala je bontot kat laut lepas tu berak. Mau pengsan semua ikan-ikan dalam laut. Hahahahahahaha. Next fishing trip rasa macam nak join pulak. Tapi one thing yang pasti akan terjadik ialah I akan menanges kalau tak dapat ikan or dapat ikan kecik. Yang tu confirm. Kah kah kah.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...