Tuesday, March 6, 2018

Kari Kepala Ikan Kerapu Gathering With The Serai's

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry semalam maka zaaaaapppp harini jugak I share lauk-pauk malam tadi. Untuk masak-masak kalini kitorang dah hebat (kitorang tu padahal Atig je). Masak cukup-cukup, bahan mentah takde yang membazir. Semuanya sebab Atig. Dia pandai bajet macam mana nak masak untuk 6 adult. Boleh la Mak ada kentin sekolah dengan catering, memang la pandai, pui! I kalau beli bahan, mau boleh makan sekampung siap boleh buat kenduri sebab I tak pandai bajet lepas tu rasa macam tak cukup hahahah. Semalam Lia target pukul 10.00pm baru dapat makan tapi kitorang awal 30 minutes, 9.30pm dah makan. Tu pon lambat sebab Kak Cici takde. Semalam semua buat sendiri je, takde helper. Bangga sangat. If Kak Cici ada, I suka mintak dia kupas bawang kecik. Dapat kat Atig dia tak suka bawang kecik, semua guna bawang besar je. Dah pesan beli bawang kecik semalam lepas tu dia sengaja tak beli. Pandai tu melawan sekarang. Nak terkeluar bijik mata I jeling dia. I memang ada issue sikit dengan bawang. Kalau resepi kata letak bawang kecik, bawang putih and bawang besar, kena letak jugak. Tak kira. Tapi semalam masak semua letak bawang besar takde bawang merah sedap je poooooooooon! Kata Sazli, I masak Kari Kepala Ikan Kerapu sama macam KKI (Kari Kepala Ikan yang dekat Bangsar tu). Lia pon cakap sedap sebab dia jenis picky eater. Tak semua kari dia boleh makan. Ngada sangat perangai. Tapi semalam Lia enjoy the Kari Kepala Ikan. I rasa yang buat sedap sebab Ikan Kerapu tu fresh kot? Ikan Kerapu  tu Zairi nak kepala ikan tu takyah potong tapi keadaan periuk dia tak mengizinkan. Yang paling besar periuk dia ada pon macam muat-muat ayam je, unless masak kat rumah GF I lain citer. Nak masak Ikan Size Ajlaa pon boleh masuk sekor terus. Hahahaha.


Kari Kepala Ikan Kerapu by Siti Nohaliza.



Nak kena bagi resepi ke? Ke takyah? Oklah, I bagi jugak la sebab I baik hati harini. Nothing fancy pon. Memula tumis daun kari dengan rempah campur sampai naik bau lepas tu masukkan bawang besar+bawang putih+halia blender. Tumis sampai bawang garing and lepas tu masukkan serbuk kari ikan babas + serbuk cili sekejap. Jangan lama sangat nanti hanget. Dah tu masukkan air. Bila air dah menggelegak masukkan ikan. Jangan kacau beria nanti isi dia hancur. Lepas tu masukkan santan, bendi and tomato. Perasakan dengan garam + gula + air asam jawa. Siap!


 Kangkung Goreng letak Sotong. Goreng biasa je letak sos tiram and sos ikan. Sedap!


Ikan Kerapu goreng and ada some ikan lain jugak. Amenda entah nama. Atig ada cakap tapi I lupa.


Telur Dadar by Zairi yang menggunakan motto ‘Biar hancur janji sedap’.


Ulam Pegaga, Daun Selom, Timun Jepun with Sambal Belacak + Kicap Cili Padi and yang kecik-kecik tu Ikan Masin. Si Atig la suka sangat beli ikan masin.


Emak Bapak makan dulu. Anak-anak berkeliaran entah dimana-mana. Hahahahaha.


I punya tu ambik part kepala yang dekat area pipi dia tu perrrrrrrrrghhhhhhhh. Nasi makan la sikit. Rasa bersalah sangat. Petang ni jogging 4km. Hummmp!!


Ajlaa Kashorgee. Entah macam mana boleh comel macam ni. Mak Bapak biasa-biasa je. Hahahaha.

Siap makan semua, kitorang lepak-lepak sampai midnight macam esok takyah kerja and bebudak takyah sekolah. IF la I boleh rakam macam mana hingaqnya suasana kalau kitorang berkumpul. Memang bising nak mampos. Ada satu masa dekat meja makan, semua orang bercakap. SEMUA. Takde sapa nak dengar. Sampai Lia pandang I, I pandang dia lepas tu gelak. Takde terkeluar dah perkataan ‘Diaaaaaaaam’ ke apa ke, takde. Suruh diam pon memang tak guna. Korang taktau CT kalau menjerit macam mana. Tarzan OK? Dengan bebudak lagi gaduh macam mana lepas tu kena jerit dengan Zairie. Bebudak ni semua immune dah. Ada yang kaki ngadu, kaki nganjeng, kaki menyakat. Semua lah. Sana perang sini perang dengan Mak Bapak lagi hessssssh. I agak kadar kebisingan kitorang ni sama dengan berkumpul 20 orang kot? Setiap kali duduk sama mesti plan holiday. Dari sejauh-jauh dekat London, sampai la akhirnya nak pergi Genting je lepas tu sudahnya plan nak picnic je tepi sungai. Hahahahaha. Adoi. Semua nak cut cost. Si Zairi tu citer macam miskin tapi hotel nak best je. Air takde, check in hotel. Senang je dia menyelesaikan masalah hidup dia. Tak menyirap pulak I bila dia cakap dia takde duit. Kentot la.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...