Showing posts with label Geng Kunyit. Show all posts
Showing posts with label Geng Kunyit. Show all posts

Tuesday, August 6, 2019

Selepas Kejadian Tak Jadi Check In Arte Plus

Assalamualaikum..

So, lepas pada kitorang setel semua urusan dekat Arte Plus yang disaster tu, terus kitorang gerak ke area Ampang Point. Makan dekat kedai Mamak depan Sushi King tu. Amenda entah nama. Tapi Maggie Goreng dia memang sedap la. Time ni, Aliah semua pergi sana terus. Lepas tu dorang asyik kutuk-kutuk I cakap Organizer salah pilih tempat la apa la MENYAMPAH. I pulak kekadang ada waktu hati tissue, tak boleh nak kena sakat. Nanti I nanges sebab rasa macam ada seketul dekat dada. Hahahaha. I ni entah eh, pergi mana-mana je orang suka sakat. Kat umah, dengan Sazli, Bapak, kat office.. Semua lah! Semua suka bahan I. Tingat dekat Rubber dulu, kekadang sampai I nanges la kena bahan dengan Manager's. Lepas tu Boss I ada masa dia pon sama naik. Selalu cakap I gemok. Kang dekat diary tengok eh apeni? Sapa tulis Gemok? Bila I tanya 'Betul ke Su gemok?' Semua cakap Yeeeeeee. Bila tengok muka I sikit lagi nak nanges semua cakap lain pulak. Semua jahat. Ni Shein dah besar, dia dah tag team dengan Sazli kacau Mama. Haritu masa dekat Gambang, dua beranak tu terbalikkan I punya pelampung. Geram je. Hahahaha. Ingat Yatie cakap, 'Su, nanti kalau Shein dah faham sikit, kita rasa awak akan lebih manja dari dia'. Hehe. Yeke? I think maybe nature anak bongsu macam ni kot? Kekadang ada jugak I rasa macam 'Eh, umur dah nak masuk level warga emas ni kalau ikut Syed Saddiq punya perkiraan tapi macam ni jugak'. Lagi kalau dengan Kaklong. Menjadi-jadia perangai.

Tapi I pon takde la bersalah mana sebab orang-orang sekeliling I pon suka manjakan I. It's either suka manjakan or malas nak layan kalau I dah start muncung. Entah-entah orang menyampah sebenarnya. Hahahaha. Nak buat macam mana. Taaaaaaaapi korang tak tengok lagi perangai Aliah dengan CT macam mana. Kira I ni boleh dimaafkan la lagi. Ko taktau CT, nak mandi pon kena ada 'se-pace'. Tingat dulu masa pergi Kasturi Cabin, macam mana muncung sedepa bila tengok Toilet dia kecik. Hahahahaha. Ngan CT and Aliah ni tak payah la nak Arte Plus bagai. I tau dah dorang punya standard level macam mana. Syukur la Sazli dapat I yang tak kisah tido takde aircond ni. I bawak makan kat mana pon OK. Bedal je semua. Nasi dengan Telur pon happy. Kedai India, kedai Mamak, kedai kampung tepi jalan, semua bedal. Macam Dyba and Kanik tak makan Mamak. Bau kedai Mamak pon tak boleh. Eksyen betul.


Untuk Shein. Rice and Curry Mama. Hari-hari nak kari. Kalau macam ni favorite dia lah. Masa waktu sekolah haritu, Maktok akan masak Kari Ikan Tenggiri and frozenkan. So, each time Shein nak kari, zaaaaapppp panaskan aje. Selesai masalah. Shein ni semua tempat dia nak Kari. Cute sangat tau? Yang ni Kuah campur dengan Ikan Tenggiri Goreng. Shein pon gembira.

Monday, June 17, 2019

Beraya Di Rumah Aliah and Atig

Assalamualaikum..

Hi semua, dah gemok ke tu? I alhamdulillah setakat 13 Raya ni still tak naik-naik lagi, tapi takde la nak gembira sangat sebab Syawal still a long way to go. Ingat lagi last year, towards habes Syawal I naik 5kg hahahahahha. Turun 3kg, lepas tu naik 5kg. Seronok sangat rasa T_____T Lepas tu naseb baik turun balik. 5kg tu berat jugak. Sama macam sekampit beras kan? I kurangkan makan cookies sebab banyak gula and butter. Now cholesterol tinggi semua kena watch out. Pemakanan especially. Kata Kak Hani kena kurangkan daging merah, butter semua tu. Lemang and rendang pon kena tengok jugak portion sebab semua bersantan. Tapi minggu ni sederet jamuan raya every week, acane kan?  Takkan la nak tengok je semua makanan tu? Hurm.. Cita-cita I nak buat balik overnight oats, try back for 3 month and see how it goes after that. Kata Kaklong kena start minum one spoon olive oil jugak. Cita-cita nak jaga makan tu ada, tapi kesampaian tu susah la sikit musim-musim raya ni. Macam haritu, beraya rumah Aliah and Atig, dia jamu makan Nasi Aaaaaarab. Siap kambeng. Dah la Kambeng tu lembut and lemak dia macam melambai-lambai. OMG sedapnya Atig masak. Seriously wei, sedap giler!! Kambeng lembut, Nasi Sedap, Ayam Goreng semua sedap. Menekun je memasing makan. Senyap, tunduk tak berkata-kata. Semua was really perfect kecuali Si Atig goreng Ayam tu lapan ketul je. Orang 11 orang. Ayam 8 ketul. Hahahahahah. Berebut-rebut makan. Tapi makan berebut tu sedap. Atig pon pandai bajet makan. Masa I sampai, I tanya Atig. 'Ni je ke Nasi ko masak. Berapa pot ni?' Dia cakap 6 pot kecik. Dalam hati I, ni kalau I masak, mau I buat 12 pot hahahahaha. I memang tak pandai bajet la kalau makan-makan ni. Tu hari masa ajak Kakak and Abang dari PPA, I order dekat Beriani Ipoh untuk 12 orang, sekali tak abes. Naseb la dorang tapau bawak balik. Tengok makanan tu macam 50 orang pon boleh makan.  Adeh. Anyway, TQ Atig bagi aku makan sedap macam ni. Ko bubuh sependa ke apa yang sedap sangat ni?


Nasi Arab by Atig. Tengok pon dah tau sedap. Makan dengan Kambeng, Telur Rebus, Ayam Goreng Berempah. Haritu kawan dia datang, dia buat Lamb Shank. Mana la keadilan dalam dunia ni.

Thursday, May 16, 2019

Kasturi Cabin - Part II

Assalamualaikum..

Nak sambung entry Kasturi Cabin lah sebelum semua menjadik kenangan macam entry-entry vacation lain. Hahahaha. Part I boleh baca dekat sini. Haritu ramai yang call and text I tanya pasal Kasturi Cabin ni. Takot ke tak, worth it ke tak. OK ke tak... Pendapat I kalau korang half adventurous punya orang, boleh datang sini. Kalau jenis nak 'sepes' untuk mandi, takyah la datang. Nyamuk boleh tahan la banyak, biasa lah dah kata hutan? Taknak nyamuk pergi tido dekat Hyatt sana tu. Untuk I if tanya, will I come back? Why not? Kalau tanya Aliah dengan CT memang tak la dorang nak datang semula. Kena pulak haritu masa kitorang datang dengan Kekatu melambak. Terpaksa bergelap sebab kena tutup lampu, baru Kekatu pergi tempat lain yang ada cahaya... Dah tengah-tengah struggle masak, belawan dengan Kekatu dah trip pulak habes begelap satu rumah. HAHAHAHAHAHA. I tengok muka Aliah and CT dah macam kura-kura. Tu Sazli tu, kalau dia rasa bini dia Princess, dia kena check balik bini Khatig dengan bini Zairie macam mana. Haritu masa sampai kan, CT muka dah penyu. Dia cakap toilet tu kecik, dia tak boleh mandi. Sanggup eh limitkan air minum supaya takyah kencing? T____T Subhanallah anak orang kaya sorang ni. Hahahahaha. 

Si Zairie tanya kat Khatig dengan Sazli, 'Wei, aircond bilik aku tak sejuk la. Macam mana CT nak tido?' Si Aliah cakap, 'Yanggggggggg, U tak pernah pon kisah kalau aircond bilik I sejuk ke tak. U kena bersyukur tau dapat bini macam I. Kalau dapat bini macam CT ha, padan muka U'. Cecece kekonon dia nak cakap dia OK sikit la dari CT. Padahal yang paling bersyukur sebenarnya ialah Sazli dapat bini macam aku, bukan macam nkorang berdua. Cerewet, manja. Hahahahaha. Si Aliah konon up sikit la dari CT, konon dia tak berapa Princess, ko tengok kalau lantai nak pijak basah, macam mana muka dia. Kalau asap BBQ kena kat muka, memasing macam mana. HAHAHAHAHAHA. Macam I, apa pon tak kisah... Cececece. Sebab tu lah Allah tu buat, Suraya tu kawennya dengan Sazli, Aliah kawennya Khatig, CT kawennya Zairie. Bak kata Aliah, 'Khatig kalau kawen CT, 3 bulan cerai la. Tak tahan. Hahahhahaha'. Pastu CT cakap, 'Tahan 3 bulan. Aku kalau kawen Saz, 3 hari je lepas tu aku ceraikan dia'. Lepas tu Saz cakap 'OK la tu. Aku Duda kaya la. Yahooooooo!' Hahahahaha korang tengok semua perangai masing-masing macam mana. Tapi apapa pon, menda-menda vacation macam ni kalau aku dengan Khatig takde, memang nkorang semua kebulur la tak makan. Kan? Naseb la haritu ada Lilis PA si CT. Kitorang cakap PA. Padahal helper. Saja bagi Up sikit, sebab CT now dah kerja office pakai cantik-cantik. Kata CT, 'Aku dah lama tak tido tengahari'. Yerla sebab ko dah kaya, kalau tido tengahari takde projek, takde duit. Bila dah kaya otomatik kurus. Ya Allah apa berbunyi duniawi sangat entry ni? Hahahaha. CT la ni. Dia tu asyik duit duit duit. Pening laaaaaaaaaaaaaaa. 


CT, aku letak gambar Kek ni no 1 saja bagi ko seteres. AKU PUNYA KEK BILA NAK DAPAT? Kek ni CT order dekat Lets.Eat.Cakes. Sini premium punya cake tapi sedap la. Carrot Cake SEDAP GILER WEI. I tengok yang order semua golongan hartawan je. Segala anak raja order dekat sini. I tanya CT berapa harga pon dia tak sampai hati nak jawab. I syak 1 cakes RM200.00

Friday, May 10, 2019

Baking With Aliah (Resepi Florentine Cookies Inside)

Publish : 28/5/2018
Re-Publish : 10/5/2018

Assalamualaikum..

Haish, tekak ni macam tak boleh nak sabar-sabar dah makan Florentine Cookies. Semalam carik dekat GE Mall and Avenue K takde pulak. Kalau time  kite taknak melambaaaaaaak ada. Geram je. Tingat buat dengan Aliah and Ct the other day, best giler walaupon version hangit sama banyak dengan version jadik (hahaha) almaklumlah kitorang amateur. Tapi time buat tu ada la rasa menyesal waktu half why - why aku terlibat (hahaha) sebab buat cookies ni renyah la wei. Tu yang tak sempat siap I dah masuk bilik tidooooooo. Si Aliah and Atig yang setel kemas dapur. Tak tahan la mata. Kita ongtue kalau bulan puasa pukul 10.00pm mata dah tak boleh nak bagi kerjasama. Dia punya ngantuk level kalau hantuk kepala dekat dinding pon tetap nak tido jugak sampai rasa nak termuntah dok tahan mata. Hahahaha. Korang, lepas ni takde dah eh nak complain kalau orang jual cookies mahal ke apa sebab nak buat memang renyah la hatta Florentine Cookies yang tinggal campak-campak je ni pon rasa macam ‘Wei, bila nak siap ni?’ Dah siap buat alahai suku bekas pon tak dapat hahahah. Kata Aliah, dulu dia pernah jual Biskut Cornflakes RM15.00 je tapi dia punya penat Ya Allah! I feel you Lia sebab ada setahun ni, Kaklong ajak I buat cookies for raya lepas tu dah, memang sekali tu je buat. Tobat taknak dah. Baik beli je senang. Selalu sangat time nak buat berkobar-kobar, lepas tu half way menyesal especially bab nak kemas balik. But for this Florentine Cookies if korang nak try, yes boleh cuba. Lagipon bahan simple. Cuma jangan nak buat adunan banyak sangat. Buat-buat bertenang kot yer pon bersemangat kang nanti ada yang tido depan oven. Ikutkan kalau buat sendiri beli bahan semua lagi murah dari beli tapi tu la P E N A T. Nak pulak yang oven jenis boleh masuk 1 tray je, dah tu satu adunan kena 10-15 tray pukul berapa nak siap? Unless ada Industrial punya oven yang tu lain citer. Kan?


Ni la Florentine Cookies kitorang. Yang ni second batch buat dalam paper cup, dapat la bentuk comel macam ni. Nak patah-patahkan pon boleh tapi tengok CT buat macam cantik, kita pon dengki, terus tiru.

Thursday, May 9, 2019

Kasturi Cabin - Part I

Assalamualaikum..

Masa cuti Labour Day haritu, kitorang pergi ke Kasturi Cabin dekat Hulu Langat. Check in sehari je pon. Hahahaha. Jadiklaaaa dari takde apa. Patut minggu tu plan nak gather dengan John, Apit, Pidaus and Cikgu Khairy punya family dekat Utara tapi lupa yang Shein ada Concert Peter Pan Sabtu tu.. Memula fikir, takperlah... Concert tu takde apa kot? Pergi je lah ke Utara but tengok Shein excited practice semua so kitorang decide to stay in KL and pergi Peter Pan Concert Shein tu. Nanti dengan depa, kitorang plan lain lah. Anyways, harini nak share pasal Kasturi Cabin. I buat partly la eh? Kang gambar cecah lantai kang, korang bukan baca pon. Scroll-scroll je, penat I bebel bulan-bulan puasa ni. Dahaga tau? Cecece. Actually kitorang plan nak ke Gerimis Senja Villa. Tapi Agent CT cakap, sana dah full. Dia pon dah takde masa nak cari tempat lain. Agent CT now dah kerja office hour. Siap ada assistant laagi tau sekarang ni? Kemain. So tugas di serahkan kepada Agent Khatig the picky hairy bak kata Apai. Hahahaha. Apai, jangan la merajuk. Nanti next time kalau kitorang jalan-jalan, kitorang ajak la Apai (by invitation) HAHAHAHAH. So Agent Khatig pon pilih Kasturi Cabin untuk kitorang stay. Dengar je Cabin, si Aliah and CT dah buat muka. Princess dua orang tu mana la boleh kan nak stay dalam hutan ni semua tapi demi nak bagi support pada Sazli yang excited bagitau yang Kasturi Cabin ni dia and Architect Firm dia punya design and project, so kita semua macam yayyyyyy OK lesgo to Kasturi Cabin! Nak jugak stay dekat tempat yang Sazli buat selain dari Rumah Shein. Yang si Atig dah tumbuh tanduk dah. Ready je nak kutuk Kasturi Cabin ni. Masa dalam group Aliah cakap 'Eeeee apeni toilet macam ni? Takde dinding ke? Eeee taknak la. Arkitek mana ni buat? Taknak la datang sini, Arkitek kaki songlap duit ni. Kang tak cukup simen'. Hahahaha bongok kan? Tu baru conversation dalam group, ko tunggu sampai sana macam mana kisah dia pulak. Malam tu ada Kekatu tau? So bising la si CT dengan Aliah.' Apeni ada Kekatu??? Apeni Arkitek? Tak reti design ke???? '. Hahahaha pasal Kekatu yang takde kena mengena dengan design pon Arkitek kena jugak. Bongok la dorang ni. Conversation kitorang memang nampak bangang macam ni. Tapi CT belajar dekat London tau? Tapi tu la. Perth sebut Pet, Space sebut sepes, Secret sebut sikeret. Eh tu Altaav. 

Altaav, memahal Mummy Daddy ko hantar International School, pronunciation tu jangan nak mengidolakan Auntie CT ko eh? Hahahaha. Kata Aliah, 'Aku nak check betul ke CT ni belajar dekat London. Sebut Perth pon Pet'. Skali zaaaaappp Zairie bawak keluar student card. Kepada Aliah, ko jangan nak persoalkan macam-macam. Kang nanti Condo 17 tingkat yang Bapak CT buat tu, dia taknak bagi kat kita sorang satu kang, sapa yang rugi? CT. Ko ni kaya macam dalam TV la. 'Wei, nanti Bapak aku nak buat Condo 17 tingkat, mana aku nak carik ID eh?' Ko tau CT cakap tu macam takde apapa. Macam kita kalau tanya mana nak beli pasu bunga. Cerita Nak buat Condo 17 tingkat tapi straight face je muka dia. OMG apeni CT? Kalau la I kaya macam CT, taktau lah macam mana dia punya eksyen. Hahahaha. I OK lagi, Aliah tu. Hahahahahhahahahah.



Welcome to Kasturi Cabin! Sini style Cabin tau? Ada 3 rooms. 1 room is extended dengan living area so boleh bukak jadik besar. 1 ruang menonton tepi kolam, ada dapur and dining area with kitchen. Tempat BBQ pon ada jugak. Bagi I, Kasturi Cabin ni sesuai untuk 3 family yang anak tak lebih 2 orang, kalau tak memang dah jadik sempit. Memperkenalkan Agent Khatig. Jangan tersalah dengan Black eh?

Thursday, September 13, 2018

Picnic at Sungai Congkak

Assalamualaikum..

Weekend haritu kan long holiday? Ada 4 days cuti and kitorang takde plan apapa pon. Sazli pulak demam malam. So plannya mereput je la dekat rumah. Hahahaha. Shein ajak pergi ‘hotel house’ pon tak boleh nak janji. Kena tengok Abah dia punya condition macam mana. Shein ni sesuka-suki je manjang nak hotel house. Dah la masalah kalau nak check out. Sampai je hotel, terus cakap ‘no car’. Maksudnya dia taknak pergi kereta la. Nanti kalau pergi kereta kan maknanya balik. Bila dah tau check out nak balik, maka berdrama lah beliau nanges cakap ‘one two three four five hotel house Aaaaabah’. Maksud dia nak duduk sini 4 5 malam. Kalau check in Concorde makannya nak dekat Hard Rock. Lepas tu Sazli complain, ‘Mama tengok la anak Mama ni’. EH, anak kita sorang je ke? Hahaha. Bertuah tau Shein ni? Dia ni alahai…. Kekadang dia ingat duit tu boleh dapat kat mana-mana je ke? Nak apa main mintak je. Tau pulak dia mana Toys R Us located kalau dekat Pavilion or KLCC. I memang takde dah nak benarkan dia pilih sendiri barang dia sekarang. Bahaya. Haritu ajak beli barang sekolah dia dekat Popular, main ambik je masuk dalam bakul. Color Pencil nak yang mahal je, pencil case pon yang mahal. TAU PULAK DIA YANG MANA MAHAL. Naseb Mama boleh claim dekat Abah. Bebudak zaman sekarang bertuah kan? Mama dulu masa sekolah, baju kekadang selai je. Lepas pakai, basuh balik and macam tu la sampai hujung tahun. Rasanya memang takde kot yang baju sekolah I dua helai. Jap nak ingat. Hurm… Memang takde. I selalu give in dengan Shein. Kalah. Selalu kalah. Ni iPad dia dah hilang, malas dah nak beli. Tapi dari semalam dia dah cakap nak iPad. I tanya dia ada duit ke tak, dia angguk T___T Anyway, I nak share experience bawak Shein pergi Sungai Congkak last week. Nak msuk sini kena bayar dalam RM17.00 macam tu. Lebih kurang la. Taktau kenapa Atig dengan Zairie kena RM15.00, kitorang kena RM17.00. Tak adil!


Pagi Sabtu tu Geng Serai ajak pergi Hulu Langat. Kat sana ada satu restoran lauk kampung sedap. Lepas makan boleh bawak bebudak mandi sungai. Dorang pergi dari 10.30am, kitorang anak beranak sampai dalam 1.00pm macam tu. Dekat Ampang hujan, naseb dekat Sungai Congkak ni tak hujan. Kitorang lepak sini sampai 4.00pm macam tu.

Wednesday, June 6, 2018

Pandainya Atig Masak!

Assalamualaikum..

Ya Allah, hiba sangat rasa tengok Nasi + Lauk Pauk yang Atig masak ni wei, kecur ailio. I lapar Nasi and Lauk Pauk yang dimasak dirumah la. Dah la semalam I tak sahur, tapi al-hamdulillah setakat ni hidup lagi walaupon macam hazab sikit lagi nak mati. Jalan pon dah level merangkak ni. Dagu pon merata parking dekat bahu orang. Hahaha. Ingat 10 Ramadhan terakhir ni, I taknak dah sahur Nasi Goreng but nak buat Nestum je. Sazli dia pergi Kiamullai dekat Surau bawah and only balik after Subuh so yahooooooooooooooo tak payah masak.  Hahaha. Tapi tak sahur ni rasa macam kurus pulak (walaupon baru sehari je pon tak sahur Nasi Goreng). Kecoh kan? BTW, ni I nak share lauk-pauk yang Atig masak masa kitorang bukak puasa sama Jumaat 2 minggu lepas dekat rumah Zairie and CT. Bagus la Atig ni, pandai giler masak. Dah la dia masak sedap rasa ala-ala Thai. I kalau dengan Atig selalu bergaduh pasal bawang. I suka guna bawang kecik, Atig suka guna bawang besar je. Dia cakap buat apa susah-susah nak guna bawang kecik, sama je rasa. Buang masa jeeeeeeee. Eh, suka hati laaaa. Naseb la bawang ada bawang besar, bawang kecik dengan bawang putih. Kalau ada bawang oren, bawang biru, bawang hijau semua pon I nak guna. I am detail like that paham? Anyway. ni semua ni S E M U A ni Atig yang masak sorang dengan bantuan Zairie. Hebat kan? Kata Sazli, naseb Atig yang masak, kalau I masak pukul 10.00pm la baru makan. Tahan la kan? Dapat makan jugak. Kalau dia yang masak semua orang la tak dapat makan terus. Sazli memang suka la cakap I masak lambat la apa la. Geram je. Untuk sesapa yang merana tengok makanan ni semua, I mintak maaf eh? But I kenot merana sorang so nak drag semua orang merana sana.


My plate. Meriah Bukan Main.

Wednesday, May 16, 2018

Redang Excursion Part III

Assalamualaikum..

Nak masuk puasa dah, tak setel lagi kisah Redang. Hahahaha. Sorry laaaaaaaaaaaa. I memang bizi bizi bizi bizi menyelamatkan dunia. Kain I semalam dah setel 3 trip and tu yang menanti ada lagi dalam bag OMG bila la masalah kain I ni akan selesai. Ni dah nak masuk puasa. Maksudnya Raya lagi sebulan la kan? Tak sangka macam baru je kurus raya tahun lepas, tahun ni dah gemok balik aperhal??? Hahahahaha. Oklah, untuk entry ni I share gambar-gambar kitorang dekat Wisana Village. untuk entry yang lepas-lepas boleh bacak dekat sini and sini. I ada share semua harga package dekat sana. Ok? Ingat eh? Time Monsun dorang tutup dari Oct - Mac every year. Time tu ombak laut kuat. Kalau nak fe-feeling Titanic boleh la pergi. I bagi 4 bintang untuk Wisana Village ni. Banyak kali I cakap, tak sangka Malaysia ada tempat cantik macam ni. Serious. Air laut biru Ok? Memang cantik + murah. Kalau orang KL nak datang sefamily pon berapa RM je cost sebab dekat Wisana Village ni kalau korang bayar untuk package dah termasuk makan + activities so datang goyang tetek je. Duit sesen pon tak keluar. Sediakan duit minyak/tol and duit makan kalau rasa macam tingin nak makan dekat Pok Nong on the way balik KL tu. Takyah la beria nak pergi Krabi bagai, Malaysia pon dah cantik OK? Kalau nak Honeymoon boleh duduk dekat The Taaras Beach & Spa Resort. Tapi situ mahal sikit la. Huda haritu pergi duduk sana sebab dia kaya. Hahahahaha. Takpe Aliah, CT, kita doa banyak-banyak and one day kita come back to Redang and stay at The Taaras OK? Time tu kita baru balik dari holiday dekat London and New Zealand. Gitewwwww dia punya berangan. Hahahaha. Oh, one more thing yang buat this Redang Excursion ni best sebab I have a very nice company. Atig, Aliah, CT, Zairie dorang dah macam my own brother and sister. Kita takde heart feeling apa and semua jenis easy going cuma kepala family lagi 2 orang tu I tak boleh nak ikut sangat la. Nak dinner dekat Melaka balik hari ON. Pagi turun Genting makan dekat Burger and Lobster lepas tu balik dinner dekat Melaka pulak. Gitu punya selamba hidup. I selalu la absent dorang punya activity now. Entah ada group lain apa. Pundek. Hahahahaha.


Atig and Aliah ni kalau nak pergi mana-mana dorang setel semua dari makan + minum, tidur, accommodation semua. Tinggal sediakan duit je and tak payah dah sebok nak google apapa. Ni la agent kitorang. Hahaha. Kalau Sazli cakap 'Aaaah, agent tak bagus ni. Makan rasuah!' Lepas tu menjerit la CT, 'Wei Shaz, ko jangan laaaaaaaa. Dorang OK la'. Disokong oleh suami beliau dengan muka serious cakap agent ni Ok. Allah tu memang adil. Selenga kawen selenga. Dapat la macam Zairie and CT. Hahahahaha.

Tuesday, March 6, 2018

Kari Kepala Ikan Kerapu Gathering With The Serai's

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry semalam maka zaaaaapppp harini jugak I share lauk-pauk malam tadi. Untuk masak-masak kalini kitorang dah hebat (kitorang tu padahal Atig je). Masak cukup-cukup, bahan mentah takde yang membazir. Semuanya sebab Atig. Dia pandai bajet macam mana nak masak untuk 6 adult. Boleh la Mak ada kentin sekolah dengan catering, memang la pandai, pui! I kalau beli bahan, mau boleh makan sekampung siap boleh buat kenduri sebab I tak pandai bajet lepas tu rasa macam tak cukup hahahah. Semalam Lia target pukul 10.00pm baru dapat makan tapi kitorang awal 30 minutes, 9.30pm dah makan. Tu pon lambat sebab Kak Cici takde. Semalam semua buat sendiri je, takde helper. Bangga sangat. If Kak Cici ada, I suka mintak dia kupas bawang kecik. Dapat kat Atig dia tak suka bawang kecik, semua guna bawang besar je. Dah pesan beli bawang kecik semalam lepas tu dia sengaja tak beli. Pandai tu melawan sekarang. Nak terkeluar bijik mata I jeling dia. I memang ada issue sikit dengan bawang. Kalau resepi kata letak bawang kecik, bawang putih and bawang besar, kena letak jugak. Tak kira. Tapi semalam masak semua letak bawang besar takde bawang merah sedap je poooooooooon! Kata Sazli, I masak Kari Kepala Ikan Kerapu sama macam KKI (Kari Kepala Ikan yang dekat Bangsar tu). Lia pon cakap sedap sebab dia jenis picky eater. Tak semua kari dia boleh makan. Ngada sangat perangai. Tapi semalam Lia enjoy the Kari Kepala Ikan. I rasa yang buat sedap sebab Ikan Kerapu tu fresh kot? Ikan Kerapu  tu Zairi nak kepala ikan tu takyah potong tapi keadaan periuk dia tak mengizinkan. Yang paling besar periuk dia ada pon macam muat-muat ayam je, unless masak kat rumah GF I lain citer. Nak masak Ikan Size Ajlaa pon boleh masuk sekor terus. Hahahaha.


Kari Kepala Ikan Kerapu by Siti Nohaliza.

Monday, March 5, 2018

Geng Serai Goes Fishing

Assalamualaikum..

Tingat dulu makan Ikan Kerapu Masak Kari dekat Gulai Panas Mak Ngah dekat Kisap, Langkawi. SEDAPNYAAAAAA… Ada jugak Ikan tu dia goreng biasa makan panas-panas dengan sayur goreng simple + sambal belacan + telur dadar dengan kicap bawang tu. Perrrghhhhhh sedapnya. Ikan Kerapu weh! Sedap tuuuuuuuuuu. Malam ni InsyaAllah la I masak dekat rumah CT. But kata Aliah, dia ada bau-bau yang kitorang akan makan pukul 10.00pm and I tot so sebab sampai rumah je dah pukul berapa, nak keluar pergi rumah CT lagi dah pukul berapa. Adeh. Tapi I dah pesan awal-awal suruh dorang makan shake ke dulu isi perut. Kang lapar kang, ada yang tak sempat makan dah ada yang terbalikkan meja (Aliah) tapi InsyaAllah I dapat rasa malam ni kitorang akan bekerja sebagai satu pasukan yang hebat lagipon Kak Cici ada ni, dia buat kerja cepat. ‘Kak Cici, tolong kupas bawang’ - zaaaaaaaaaaap sebesen siap semua bawang. Lepas tu bila abes dia tanya ‘Kak Cicik udah potong sebesen pagi tadi, udah abes ke Dek?’ HAHAHAHAHA. Memang la, I kan kawan baik dengan Bawang? I suka bawang. Yang I tak suka Makcik Bawang dalam KRT. Aku dah hide dah KRT dekat dalam FB. Seteresssssssssssss baca masalah rumah tangga orang dalam tu. Macam-macam hal. Now pasal kes Uda dengan Izreen ni I pon menyirap je baca. Kang kalau komplen sama pulak level dengan Makcik Bawang. Well anyway, kita tak tau cerita sebenar and jangan mudah nak jatuhkan hukuman Ok. I percaya semua yang terjadik tu ialah rahsia Allah termasuklah soal jodoh. Die lebih mengetahui. Jangan cepat sangat nak menjatuhkan hukuman pada orang. Ok? Dah tadi padahal citer pasal Ikan Kerapu, ni tetiba kes Izreen dengan Uda ko aperhal?


Kisahnyaaaa. Atig, Zairi and Mr David Sabtu lepas pergi Melaka untuk fishing and dorang dapat tangkap Ikan Kerapu wei! Bapak besar! Sazli tak ikut sebab dia pening naik boat. I nampak ni terus berazam, next trip I nak pergi ikut. Pakai sunblock 8 lapis.

Friday, March 2, 2018

Happy Birthday Kim Kardashian Version Muslimah

Assalamualaikum..

Happy Birthday to Aliah Ali. Yang ke berapa belas Lia? Umur ko pon bukan aku tau sebab yang pastinya masuk la group mana pon, WAGS ke, Wakdan ke, I will Survive ke hatta Geng Serai Geng Kunyit ni tetap Siti Nohaliza paling tuweeeee. Walaubagaimanapon I mengamalkan pendekatan tuwe takpe, janji apa? Pandaaaaaaaaaaaaaaaaai. Janji cantik, rambut kepok Rosmah Mansur. Hahahahaha bongok! Kalini boleh la letak nama penuh Lia sebab muka dia cantik dalam entry ni. Lia pesan banyak kali dekat I, 'Maksu, kalau muka aku kodok ko jangan nak letak nama penuh aku. Kang ada orang Google nama aku, lepas tu gambar aku tak cantik, aku taknak eh? Jatuh la standard aku' Hahaha. So ni Aliah siap put make up on so boleh letak nama penuh. Kemain kan sesekali melawa? Tu pon CT asalnya nak jugak tu makeup. Melawan, taknak kalah. Tapi end up tak jadik sebab dia tak kompiden nak tinggal Eva dekat Zairi. Dia takot anak dia tak selamat. Hahah. Si CT ni study dekat London, tapi suka mengkampungkan English. Kompiden, seteres, sepek mata, Pet (Perth) Eeeeee suka hati je. Dah la sebut kuat. 'Wei Suraya, Sazli cakap nak bawak aku pergi Pet'. Pet Pet. Perth la. Bila CT sebut Pet Pet Si Lia bising lepas tu kitorang akan remind 'Lia, biar dia nak sebut apa. Kan dia Boss?' Lepas tu Lia cakap 'Aduh, lupa la. Ok ok sorry boss. Pet pon ok'. Kita semua memang jaga CT elok-elok sebab nak suruh dia jual handbag dia yang satu almari tu harga murah-murah kasih sayang dekat kitorang. I dah 2 kali almost close deal tapi tak berjaya. Cis! CT jenis suka ubah fikiran, malam ni dia bagi, esok dia tak bagi pulak. Pundek. Bukan nak buat apa pon handbag banyak-banyak tu. Make up dia lagi segala Chanel ada tapi pakainya idak. Tak faham la. Ishk!


Happy Birthday Aliah! Kitorang dinner dekat Las Carretas Ampang Hilir. Tempat favorite family dorang. Topi salah pakai pon boleh. Gambar dah siap baru Lia cakap kat Atig 'Yang, kenapa I punya topi ni salah pakai you tak cakap pon'. Hahahaha. Padan mukeeeee. I cakap padan muka kat blog je, dekat depan-depan tak berani sebab Lia garang. 

Monday, February 19, 2018

CNY Bangi Getaway - Part I

Assalamualaikum..

Balik dar CNY Staycation dekat Bangi ni, I put on weight kaw-kaw punya. Pagi petang siang malam dok belasah makan nasi + I kemaruk makan Kek Chocolate World sedap Isetan tu mana la tak membelon? Lepas tu pagi tadi lepas timbang I WhatsApp Saz ‘Papa, kita kena diet ni. Kita dah gemok’. Lepas tu Saz reply ‘Kita? I memang dah diet. I jogging dengan Muay Thai Ok?’ Eh? Tu exercise, bukan diet! Hahahah. Sesambil je nak cakap aku yang gemok sorang-sorang. Geram je. So harini I will start back la my strict diet. Most important nak kena cut 80% of sugar intake. No more choc cake, no more caramel latte, no more brownies, red velvet semua-semua tu taknaaaaaaaaaaaaak. Rice also taknak, carbs also kena watch out and kena minum lotsa plain water. Corset pon kena pakai consistent balik. Tu la Malaysia ni, sapa suruh asyik cuti je, dah I gemok. I kalau tak pergi kerja memang jadi gemok. Serious. Eeee stressed! Masa dekat Bangi ni, I rasa ada 2kg kot I naik. Makan banyak giler huwaaaaaaaaaaa. Tengok balik gambar masa dekat sana rasa macam subhanallah Suraya! Begembira eh ko dengan makan nasik 3 kali sehari and kena pulak Si Zairi jenis suka minum carbonated drinks. Hulur pulak depan muka I siap ais berpeluh-peluh takkan nak tengok je? Memang tak la. CT pulak tak aci and mengelat. Haritu dia beria cakap nak makan semua yang I masuk dalam IG. Beria la I prepare Nasi Goreng Sardine. Tup-tup pagi dia belasah shake  Herbalife je. Pundek betul membiarkan I gemok sorang-sorang. Hahahaha.


I guna 2 can sardines and masak 1 belanga. Hahah. Macam nak makan sekampung. I memang tak pandai nak bajet untuk makan tapi selalu ingat pesan Mak ‘Biar berlebih jangan tak cukup’. Macam Kaklong I, masak apa pon suka masak ngam-ngam. Tengah syok makan, sekali dah abes. Potong stim!