Thursday, April 12, 2018

Cerita Pot Luck Office

Assalamualaikum..

Last week ada Majlis Silaturrahim/Birthday untuk office kitorang. Majlis ni memang buat 3 bulan sekali. Kitorang buat makan-makan and exchange hadiah. Kali ni bajet RM10.00 tapi kalau sesapa nak bagi lebih mahal OK je cuma kekadang yang spesis kedekut ni, hadiah nak bagi dekat orang beli dekat Kedai Dua Ringgit lepas tu yang dia bakal dapat nak yang best-best je tak adil sungguh perangai macam ni. Dyba amd Izzah pernah nanges pasal exchange hadiah ni hahahahah. Memang bad luck. I tak kisah sangat sebab memang tak letak harapan apapa nak dapat hadiah best dari Bosses (Dorang beli biasa yang ratus-ratus) sebab I Lucky Draw mana pernah dapat. Pui! Kalau Lucky Draw yang semua dapat pon nama naik last-last punya hanat number I susah jugak naik. Hahah. Seronok jugak sebok-sebok macam ni sekali sekala. Kalau ada makan-makan majlis macam ni memang lambat la sikit gear up nak buat kerja. Kitorang pulak beria pakai baju warna sama tapi this time lupa nak ambik gambar. Eh ada! Tapi sebab gambar buruk, malas nak letak. Yang ambiknya Kaklong. Senget sana, senget sini sakit je mata I ni. For this time banyak makanan and semua pon sedap-sedap? Kitorang collect sorang RM10.00 lepas tu each department bawak la makanan apapa. Macam I, I sponsor Kuih Keria and Mee Goreng yang wife En Zul Hanif buat lepas tu lupa nak makan, kentot betul. Lagipon too many foods la. I dah la nak diet ni, acane nak berat 55kg kalau macam ni punya bedal makan hari-hari. Hahahahah.


Kek Chocolate 2 tingkat by Ana wife Nape. Tak sempat nak makan jugak. Eh banyaknya yang tak sempat makan ni?



Brownies ni sapa eh bawak? Macam sedap ni.


Kuih Ketayap ni Boss I sponsor. Dia nak specific kuih ketayap. Inti Kelapa. Ongtue suka la ni. Macam Kaklong apapa mesti nak kelapa. Coklat pon nak Bounty yang kelapa tu. Berbulu je Intan. Kata Kaklong nanti kitorang kalau dah tuwe pon macam tu jugak la. Semua nak kelapa. Hahahah.


Karipap and Coqbadak. 


Kuih Keria nampak sedap. Malangnya tak sempat makan. Lupa. Makan pon lupa. Bahaya ni.


Rendang Ayam by Abang Man


Rendang Daging by Abang Man


Nasi Impit and Kuah Kacang Izzy buat. Punya sedap. Sanggup Izzy masak. Bagus. Nanti masuk KPI. Hahahaha.


Mee Goreng wife En Zul Hanif. Sedap wife dia buat. Banyak ni RM50.00 je.


Ni Kuah Kacang Izzy. Dia letak ayam. Sedap! Pandai Izzy masak.


Ulam-ulam ni semua sedap. Lauk makan tengah hari ni by En Mohd Abu Bakar. Wife dia masak. S  E M U A sedap! Jering tu krup krap I makan. I suka! Sambal Belacan pon sedap. I tak pandai nak buat sambal belacan yang sedap macam mana.


Ayam Masak Merah ni perrrrrgghhhhhhhh. Naseb takde kacang pis. Kitorang panggil penjahat. I tak suka kacang pis. Potong je nak makan kalau ada.


Sayur Campur


Rendang Ayam Kampung + Pucuk Ubi


Ikan Masin Bulu Ayam. Eh. Ke Bulu Kucing?


Ni terbaik ni. Daging Salai Masak Lemak CIli Api + Terung Telunjuk

.

Izzah jadik Emcee. Balik-balik dia. Giler Kuasa. Haha.


Dari Kanan : Ani, Aini, Syirah, Atikah and Syikin. Belakang tu Atuk Abah Zul.


Eh. belah sini ramai pakai biru. Actually last week on Friday is Autism Awareness Day so petugas digalakkan untuk pakai baju warna biru. Kitorang pakai putih/hitam/kelabu sebab dah janji. 


Sempat turun bawah ambik Kek Batik dari Huda. (Kerete baru lagi dia bawak)


Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa!!! Korang kalau nak boleh order dekat Huda ok? 019-7165687


Happy Birthday January - March Babies!

Sesambil makan, kitorang exchange hadiah. AJK Hadiah forever is Dyba la. Dia yang handle dibantu oleh Kak Ani. Kali ni dia tak giler kuasa dah. Last time dia la cabut, dia la tukang bagi, dia la tukang ambik gambar. Semua dia. Kali ni dia dah berubah. Haha. Masa nak cabut hadiah ni semua saspen sapa yang bakal dapat Mangkuk and Pinggan Pyrex dari Boss Intan sebab mahal RM200.00 taaaaaaaaaapi nak tau tak kesudahannya sapa yang dapat? Boss I! Hahahahah. Dah la dia cabut yang kedua terus dapat yang tu. I dapat speaker, Intan dapat Kain Pelikat tapi tukar dengan Kang Aziz. Kang Aziz dapat Coklat dari Aizat kot? Yang Coklat tu Izzah yang belikan. Harga RM8.70 tak sampai RM10.00 lepas tu menyentan la Intan suruh Aizat bagi lagi RM1.30 dekat dia. Si Dyba dapat Mug Typo dari En. Mat and memang dia nak yang tu sangat, last-last dapat. Izzah dapat Headphone and Izzy dapat Jam Dinding. So semua orang happy la kecuali Kain Pelikat tu I cannot brain sebab usia dia dah 15 tahun. Jenis ambik apa je ada dekat rumah yang elok and boleh pakai, bungkus buat hadiah T_____T

-eNd-

1 comment:

FadMN said...

adoi sedap nya tengok dah la posa ni..ayaq liuq menitik.tap tap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...