Friday, April 27, 2018

Happy Birthday Sazli - Part II

Assalamualaikum..

Jumaat malam haritu kitorang gather kat rumah CT and Zairi kononnnnn nak bincang pasal itinerary dekat Redang. Padahaaaaaal meeting 5 minutes je. Selebihnya merapu, macam biasa la. I dah order kek awal-awal cakap kononnya nak makan la kek sempena birthday Sazli. Blakang, siang tu dorang dah dating semua (except I) pergi breakfast sama dekat Mak Jah lepas tu ke Decathlon and ada hati nak cancel dinner malam tu. Berani? Hahahaha memang tak dapat la. Malam tu pon Atig masakkan kitorang Maggie Goreng dengan Maggie Soup je. Lelaki duduk dapur, pempuan-pempuan membawang dekat hall. Zairie buat air, lepas tu makan Brownies with ice-cream. Lepak, makan, ketawa, sesi kutuk mengutuk masing-masing, jadik pengadil bebudak ni bergaduh, sini jerit sana jerit dalam 11.45pm jugak baru gerak balik. Tu pon dari cakap ‘jom balik’ nak sampai ke kereta mau patpuloh minit. Makanya I esok ada bowling untuk KSRF (kalah pon), baju apa pon tak pack but Alhamdulillah all good and smooth. Sazli pesan, ‘Mama 3D2N ye? Bukan 7 days.’ Hahahaha. Takot dia I bawak 8 bag. Ni first time eh I holiday takde beli selai pon baju baru. Pakai apa yang ada je. Biasanya holiday paling tidak selai dua I akan beli baju untuk Shein, but this time I betul-betul busy memang tak sempat apa and akan busy menyelamatkan dunia dengan fitness activity (cecece) and office activity sampai la minggu puasa. Kalah calon PRU tau? Kah kah kah. Undilah Chooyaya untuk Parti Makannnnn! Brownies I tempah dekat @qookiemomstar. Kek dia semua sedap-sedap and tingkat atas rumah I je, so senang nak collect. I mintak Brownies moist a bit, kurang manis and pahit sikit sebab birthday boy suka dark chocolate. No nuts of coz sebab I tak suka brownies ada nuts. Tak sempat nak nanyi, the guys dah baham dulu dekat dapur. Sabar aje la.


Happy 36th birthday Sazli! Kebetulan pulak Brownies tu dipotong 36 small bite size. 3 ketul diatas dah kena ngap. Tachiu @qookiemomstar. I suka RV as well. Memang sedap. Korang check out dia punya IG, ada macam-macam lagi kek lain.



Lawa writing… Kemas je kan?


This Redang Trip actually for Adrieyl and Shein. Mama tumpang-tumpang je. Sian Shein, term break takde pergi mana-mana. All the time with Baba and Maktok time Mama Abah kerja, so at least something la. Walaupon ponteng sekolah 2 hari. Hehe.


Brownies ni kalau panaskan dulu baru sedap. Makan dengan Vanilla Ice-cream and chocolate syrup. Perrrrghhh. Matilah gemok.


Si Aliah dah banyak lose weight. In total 7-8kg jugak kan Lia? You go girl! Kasik dapat balik body time anak dara.


Maggie Soup by Atig. Makan rebut-rebut. Best!


Siti Nohaliza and CT Fatimah.


My Happy Pills. Sorang kaki buli, sorang lurus bendul, sorang kaki bahan. Elok la. Good combo.


TQ CT and Zairie for hosting this gathering. Nanti bulan 10 InsyaAllah boleh lepak Ampang pulak. Tak sabarnyaaaaaaaaaaaa. I kan, kalau dengan bebudak semua ni memang gelak sampai senak perut, mengalir air mata. Paham tak Si Zairie and CT ni jenis package sama-sama lurus. Kadang-kadang I saja je menyakat nak tengok laki bini ni explain macam mana. Tapi Zairie sekarang dah pandai melawan la. CT je lagi yang tak pandai melawan. Bagus. Kang kalau semua pandai melawan takot tak terkawal. Dorang ada anak umur 6 bulan. Si CT selalu la bising sebab Zairie sebab kekadang dediam bagi ais dekat budak tu. Haritu Zairie minum Milo ke Teh O I tak berapa ingat. CT tanya la, Zairie bagi air sedap ke dekat Eva, lepas tu dia cakap ‘Mana ada yang, I minum. Eva dekat bawah lepas tu air yang I minum terjatuh dalam mulut Eva’ HAHAHAHAHA. Dia ingat boleh nak tiaw kitorang la? CT boleh la ko nak tipu. Bongok la Zairie ni. Kata CT, patut la Eva suka dekat Zairie. Haritu dia macam nak bagi makan Kek Pisang. I nampak terus dia tak jadik bagi. Kata Zairie, buat bubur nasik takde garam, mana nak sedap. Letak la garam sikit. Sian Eva makan tawar. Hek ko! Tu baby laaaaaaaaaaaaaaaaaa ngek. Menjerit-jerit I dengan Aliah explain pasal tu. Dia muka macam takde perasaan. Macam muka penyu. Macam tu la. Straigh face. -___- Boleh imagine tak muka Zairie macam mana. Cara explain macam takde salah apa. Hadoi. Tapi tu lah, Allah tu dia plan cantik je. Laki Bini lurus… Tu yang jadik kelakar. Tapi kelakar la CT ni tau? I rasanya macam pernah citer. Tapi takpe, citer jugak lagi sekali. Dia ni jenis takde kawan and tak berkawan. Kawan dia memang laki dia tu je la. Group WhatsApp pon takde. Kata Zairie, dia masukkan CT dalam group mamcing sebab sian CT takde group WhatsApp kengkawan and ada sekali I nampak Adik dia komen dekat IG yang dia masukkan gambar kitorang ‘Fuiyoooo Siti ada kawaaaaan!’ Hahahahah. Comel kan?

But they are really good people. Betullah orang cakap ‘Tak kenal maka tak cinta’. I masa first time jumpa CT and Zairie ni menyampah kot. Si Zairie macam poyo, lepas tu CT suka cakap jerit-jerit. Pening kepala I. But bila dah mula kenal, subhanallah baiknyaaaaaa lah. Zairie pulak selalu ayat sedih keluar. ‘Aku ada korang je yang aku dengan CT dah anggap macam family sendiri’. Halololo sedih sangat tu bunyi. Sebak semua ada. Takpe CT/Zairie. Kawan tak banyak takpe, janji kita ikhlas. Aku appreciate friendship yang nkorang laki bini offer, glad that we found you both. Allah atur semua ada sebab. Memang masa kenal, kitorang excited nak bagi dua orang ni jumpa dengan Aliah and Atig. Tau sangat sure kita ngam punya and look where are we now. Kan? Doa yang baik-baik and harap friendship sampai akhir hayat. InsyaAllah.

I banyak circle of friend. Kawan kerja, kawan business, kawan satu tempat tinggal, kawan bola, kawan-kawan suami and macam-macam lagi jenis kawan. Semua I appreciate and semua pon I sayang. In friendship, kalau ada keikhlasan, takde nak jeles/control, takde iri hati InsyaAllah semua akan baik-baik aje. I boleh sayang semua orang.. InsyaAllah.

-eNd-

1 comment:

Unknown said...

entry da dkt 2 bln tp br skg sy khatam bace sini. bestnya dpt fren cam kaksu..nk geng akak gak leh tak???heheh..anak bongsu tp sepesen gaya mcm kaklong2 kawasan ni.sius mmg admire kaksu 😍