Assalamualaikum..
Tak lama dah nak puasa. I dah list kan apa yang I
nak makan before puasa ni. I nak makan Tose, Nasi Daun Pisang Nirvana Bangsar
and Durian. Semua senang je ni nak dapat. Kalau ada orang rajin melayan,
InsyaAllah dapat la makan. Kalau takde orang layan, I merajuk la. Hahahahaha.
Kekadang menda yang kita tingin nak makan ni bukan susah pon nak dapat Cuma faktor
masa dan beberapa faktor bodoh yang lain (bengang nampak? Hahahaha). I ada masa
tingin nak makan KFC but ada preference. Nak makan yang panas, Hot and Spicy
and Ribs. Yang lain taknak. Tu kalau tak dapat, memang boleh nanges. Sapa ingat
kisah Apam Balik? Hahaha. Boleh baca dekat sini. Eh, I memang beremosi eh
dengan makanan? Perangai semenjak dari kecik-kecik lagi. Dulu masa sekolah, I
pernah merajuk sampai nanges tak makan (sanggup berlapar) pasal Makcik Kantin
pergi bagi dekat orang lain dulu PADAHAL I DAH BERATUR. Tak makan wei. Sanggup.
Nanges dari pukul 10.00am (waktu rehat) sampai balik. Lama jugak tu. Pasal
pokok sayur hydroponic I kena langgar dengan biawak pon I nanges 3 jam. Eh,
apesal aku kuat nanges eh dulu? Memalukan sungguh. Athlete kot? OMG. I deny
kalau orang cakap I manja. Tanya Sazli, I independent woman. I can do many
things by my own now. Haritu balik dari Terengganu I drive sampai Maran Ok?
Plz. (Apa kena mengena?). Anyway, today nak share I makan dengan The Girls
dekat Tony Romas. I nak makan cendawan goreng tu tapi semua macam tak berapa
setuju but I order jugak. Makan jugak pon semua orang. Berani dorang nak lawan?
Suruh sorang-sorang balik naik uber tau la. Haaaaaaa. Si Intan pon happy la
sebab dapat makan Onion Ring. Dari pergi Sunway Lagoon lagi dia nak makan Onion
Ring sedap tak dapat-dapat. Kalini dapat makan, bersinar-sinar mata. This time
Izzah takde. Padahal dia yang beria nak makan sini, dia takde. Dia ingat kalau
dia takde kitorang postpone? Memang tak la. Goodbye Izzah je. Hahahahahah.
Nampak
biadap izzit? Memang sedap ni. Kickin’ Shrimp RM31.65
Sorang
makan 3 ekor. Hahahahaha.
Si
Izzy dengan Kaklong tingin nak Ribs. Yang ni Beef Ribs. RM64.24
Favorite
Intan. Onion Ring. RM15.35 je sebab half portion.
Fried
Mushroom RM27.36. Tingat dulu kitorang semua balik office mendugal sebab makan
friend mushroom ni. Mendugal tau ke apa?
Flatbread
RM39.37
Perasan tak kitorang akan order menda yang sama je
setiap kali datang sini? I pon perasan. Hahahahha. Selalu sebelum sampai cakap ‘Kali
ni order lain eh?’ End up sampai sana laju je order menda yang sama. Semenjak
dah pandai minum Diet Coke ni, memasing order Diet Coke. Kaklong je tak suka
sebab dia rasa Diet Coke macam sabun pencuci jamban. Tanya dah pernah makan ke,
dia cakap tak pernah. Dah tu mana tau sama macam pencuci jamban? Macam I la.
Selalu cakap Kepak Ayam Pizza Hut rasa ketiak keling. Eh, ko pernah ke jilat
ketiak keling? Tak tak? Hahahahahahha.
Dyba,
Kaklong and Izzy. Kaklong kongang la. Dia cakap kerusi dekat sini melorot.
Duduk-duduk terus jatuh bontot kebawah. Tau-tau kepala dah sama level dengan
meja.
Siti
Nohaliza and Intan.
Tingin
nak pakai shawl. Dah lama tak pakai. Apesal Intan pakai cantik, I pakai tak
cantik? Boss I cakap I nampak tua. Sampai hati. Haha.
So amacam, terliur tak tengok? Kalau terliur ada
masa lagi nak makan. Esok pon boleh jugak kalau nak. Esok cuti Labor Day. I
macam tingin nak bawak Shein tengok Avengers. But see how sebab cita-cita nak
bangun lambat pon ada jugak. Kain dari Redang pon ada tak basuh lagi.
Adooooooooi becinta sangat la dengan kain. But perasan tak, Malaysia ni memang
banyak cuti kan? Minggu ni cuti, minggu depan also cuti for Election. Tak
sabarnya nak balik mengundi dekat kampung. Kali ni I vote dengan sepenuh hati.
Nak tulis banyak tak berani sebab GF dah pandai baca blog. Hahahahaha. It’s
gonna be a busy week untuk I before Ramadhan ni. Jumaat ni I ada KRU punya
concert. Next week pulak Friday – Sunday ada Teambuilding untuk office I.
Terpaksa sacrifice Netball and Run. Frust sangat rasa. Waaaaaaa ni tak jadik
Wakil Rakyat lagi ni, kemain dia punya jadual dah pack. Geng Kunyit pulak tak
abes-abes plan holiday back to back. Ingat kita kaya ke? Kejap Osaka, kejap
London. Hesh!
-eNd-
4 comments:
Kaksu...lawa la pakai shawl camtu. Serius!
norhidayah mohd kaharuddin : serious tak tipu? alip lam lam ha tulis dekat dada. hahahaha.
hahahahah k.su jgn lawak sgt boleh dak? asal baca musti gelak, musti!
farahanis : kaksu kan jujur je?
Post a Comment