Friday, April 27, 2018

Kisah Cendawan dan Resepi Cendawan Sekali

Assalamualaikum..

Masa balik kampung minggu lepas dapat jugak makan Cendawan Tahun. Ada orang panggil Cendawan Busut. If orang Kedah depa panggil Kulat. Kalau De dia panggil Cendawan Bertakok. Lain macam pulak bunyi hahahahah. Korang tau kan cendawan apa yang I maksudkan ni? Dalam 2 minggu lepas tengah musim cendawan ni. Nampak orang upload dalam FB terliur je. Mana nak carik dekat KL ni. Memang takkan jumpa. If dekat Perak, ada Orang Asli jual dekat tepi-tepi jalan. Cendawan ni biasa orang goreng kunyit, buat sambal, but sup or masak lemak cili api. Ada jugak I tengok orang buat Goreng Celop Tepung makan dengan Sambal Kicap, perrrrrrghhhhhh!!! Masa balik kampung last week I buat Sambal Air Mata dengan Sup Ayam campur Fishball and makan dengan sambal kicap. But ada tragedy telah berlaku. Dah namanya takde rezeki nak makan beria. Masa I tengah masak, I pergi la jengok Shein dekat depan. Saja nak check what he's up to sebab sayang la kononnya, anak jantan sorang la katekan. Tengah masak pon nak berkasih sayang. Cadangnya nak kiss kepala dia, elok I menunduk dia bangun maka berlaga la kepala Shein dengan bibir I lepas tu bocor bibir I. Hahaha. Macam dialog citer P Ramlee time Si Sudin baca jampi Mambang tu. 'Hai Mambang, ni kalau kena kepala aku bocor Mambang'. HAHAHAHA. Berdarah la bibir I and terbelah sikit dalam dia. Swollen la for 3-4 days masa dekat Redang tu. Sudahnya nak makan dah tak boleh beria. Punya pedih sampai menitik air mata time masuk mulut. Beria la I keletung kelentang tumbuk cili api. Tu la orang tua-tua kata, jangan seronok sangat. Nanti musibah. Haaaaaa ni makan dia. Memula I beli dengan Kak Siti. Seplastik RM10.00 kuncup-kuncup semua. Siap siang semua, masa Mak nak buang sampah dia jerit dari belakang cakap ada cendawan. Seronoknyaaaa!!


Kuncup-kuncup lagi and putih bersih. Gemok debab macam Shein. Ni semua ada dekat belakang rumah I. Dapat la 30 kuntum cendawan. Kuncup-kuncup lagi.



Cendawan ni kalau kuncup-kuncup la sedap. Isi dia lebih keras. Yang dah kembang tak berapa sedap sangat. Kata Mak, kalau tunggu sampai esok ni dia akan kembang.


 Ni yang dah kembang. Cantik kan?


Ni yang beli dari Kak Siti. Warna dia orange sikit sebab yang ni kutip dalam ladang kelapa sawit. Tanah merah so dia macam berselut sikit. 


But don't worry, lepas cuci buang kulit dia semua, dia akan jadik putih bersih macam ni. Basuh dia jangan rendam. Basuh biasa dengan air mengalir lepas tu sebelum masak, toskan dulu sejatkan air dia. Kalau tak berair sangat. Especially kalau nak masak sambal.


Sedapnya lahai Sambal Cendawan ni. Dah la I buat dengan kasih sayang. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi and ikan bilis. Lada hitam sikit. Tumis, lepas tu masukkan cendawan and daun kunyit. Perasakan dengan garam and serbuk perasa (optional). Bapak sedap!


Tumbuk bawang merah, bawang putih and lada hitam. Panaskan minyak and masukkan bahan tumbuk. Lepastu masukkan perencah sup sayur Adabi,  masukkan ayam. Tuggu sampai air ayam kering baru masukkan air. Masukkan cube ayam seketul and fishball. Lepas tu masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam and lawan dengan Sambal Kicap. P E N G S A N.

I rasa ni la akibatnya belagak dengan Kaklong. Minggu sebelum tu dia balik kampung, takde cendawan ni tumbuh so I share la dalam group. Dia mintak bawak balik KL tapi I pulak terus ke Redang. But naseb baik Kakyang balik kampung Eddy sebelah kampung I, so dapat la Kaklong merasa. Weekend ni la eh masak kak? Jangan lupa ajak aku makan sama. Ok? Kaklong masak dah la sedap. Mak nampak sangat tak gembira masa I makan cendawan ni. Dari masa mula I masak lagi dia asyik cakap ulang-ulang dulu Arwah Kak Ngah nyaris mati makan cendawan ni la. Lepas tu dia phobia taknak masak and makan dah. Tapi meninggal jugak Arwah Kak Ngah sebab accident. Pendek jugak umur. Bukan sebab cendawan. Macam dalam TV banyak jugak I tengok drama, orang meninggal makan cendawan ni. Taktau la kalau kalau tersalah makan cendawan yang beracun ke, seram jugak. Masa I makan haritu, Alhamdulillah hidup lagi. Sazli, Kakyang and Eddy pon hidup maksudnya cendawan tersebut selamat dimakan. Masa Mak asyik ulang-ulang cakap tu, nak terbelah lesung batu I tumbuk cili. Lagi sekaaaaaaaaaaaaaaaaaali dia cakap, I rasa I tak masak kot? Naseb baik dia berenti. Hahahaha. Ada ke orang meninggal makan cendawan ni eh?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...