Tuesday, April 17, 2018

Resepi Nasi Goreng Tomyam Bodoh (Tapi Sedap!)

Assalamualaikum..

Harini Siti Nohaliza nak share resepi Nasi Goreng Tomyam Bodoh yang simple tapi sedap. I memang kalau masak, manjang mengaku sedap je tu yang Ain bebulu hahahaha. Sebab memang sedap pon masalahnya nak buat macam mana (hahaha kasik chance please). Sazli cakap sedap so I percayalah cakap dia. Lagipon I masak dengan penuh kasih sayang. Ada la rasa macam bengang sebab Si Dyba tu setiap kali I masak sebok suruh masukkan dalam insta story. Makanya I nak masak cepat lepas tu nak record lagi leceh tau tak? Nasi Goreng Tomyam ni se-simple alam. I kalau masak apapa memang tak banyak perencah and tak beria. Actually kalau nak version beria kena letak serai, daun limau purut, seafood segala tapi sebab dia version bodoh jadi ianya menggunakan very limited ingredient. Semua bahan yang I guna I believe ada dalam fridge memasing except for fish ball je lah. Yang tu kena beli. Jom tengok bahan-bahan.

Bahan-bahan
  1. Bawang merah 3 ulas
  2. Bawang putih 2 ulas
  3. Cili padi 6 biji (terpulang tahap nak pedas macam mana)
  4. Ikan bilis segenggam – Semua bahan ni tumbuk ok? Tumbuk kuat-kuat sampai lesung batu nak pecah pon takpe. So jiran tau kita rajin masak. Hahaha
  5. Perencah Tomyam
  6. Fish ball – potong 4 and goreng garing
  7. Kacang buncis
  8. Garam
  9. Serbuk Perasa (optional)
  10. Kicap ABC
  11. Nasi Sejuk



Nasi Goreng Tomyam Bodoh

Cara Membuatnya
  • Panaskan minyak and tumiskan bahan tumbuk sampai garing
  • Masukkan perencah Tomyam dalam sesudu kecik
  • Lepas tu masukkan telur. Tunggu dah keras baru mix semua
  • Masukkan kacang buncis and fish ball yang dah digoreng awal tadi
  • Then masukkan kicap ABC
  • Masukkan nasi sejuk and mix mix mix sampai kuali nak terbalik
  • Last sekali baru masukkan garam dalam 1 sudu kecik. Rasa la nak tau masin ke tak, jangan jadi macam Dyba. Masak beria tapi tak rasa. Ambik bau je. Eh, tak paham la konsep dia masak. Seteressssss I.
  • Siap!!

Simple but sedap. Takde la rasa tomyam beria but the taste is there. Kalau korang nak impress bakal mak mertua boleh la letak serai, daun limau purut, seafood and sayur-sayur macam cauliflower carrots belaka. Tapi sebab suami I jenis suka makan simple and jenis senang nak please so kita masak macam ni pon dia dah happy. Selamat. Hahahahahaha. Sesuai dimasak untuk mereka yang baru nak belajar memasak sebab bahan simple ya amat. Good Luck!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...