Monday, April 16, 2018

Village Grocer Food's

Assalamualaikum..

Weekend bebaru ni kitorang dekat KL je. Sabtu tu ada wedding anak ex-boss dekat Seremban lepas tu Ahad duduk rumah je berehat. Ahad tu mandi pukul 5.30 petang puas hati aku hahahaha. Memula plan nak balik Jengka lepas wedding dekat Seremban tapi revise plan sebab next week nak pergi Redang so dari KL singgah tido 2 malam dekat Jengka lepas tu dari Jengka shot la ke Redang. Sian Shein Term Break ni takde pergi mana-mana so boleh bawak dia pergi Island. Baru nak OK dari hitam, ni hitam lah balik. Takper, nanti kita sembur Sunblock sampai keras-keras rambut janji tak hitam. I dah pesan pada Si CT suruh beli Swimming Mask nanti kang Shein suruh I bagi I punya tu dekat Adrieyl. Kepada Aliah Ali, go get your own Swimming Mask. Aku malas la nanti nak dengar kita S E M U A bergaduh pasal Swimming Mask dengan kanak-kanak. Kepada persatuan bapa-bapa pulak, kalau taknak berebut dengan anak/bini pon kena beli la sorang satu. Ala, RM90.00 je dekat Decathlon tu. Dari sewa yang pulau punya, nanti fogging ikan apa pon tak nampak. Tak guna jugak walaupon RM10.00 je sewa. Ye dak? Dah lama rasanya tak pergi pulau. Last bila eh? Ni nak kena naik boat, first experience untuk Shein. Mesti dia happy. Dia tu sekarang kaki bodek. Sikit-sikit Mama Cantik. Bila tanya 'Ye ke Shein?' Dia tanya kita balik 'Ye ke?' Tak confident la tu. Hahahaha. So Sabtu tu, since tak jadik nak balik Jengka so Sazli ajak la makan simple-simple dekat mana-mana. I dah berdebar takot dia ajak makan dekat kedai Thailand Kosas tu sebab bahang sangat cuaca Sabtu malam tu. Sekali bila I cakap 'Jom Papa kita try makan dekat Village Grocer M City? Shariffah cakap sana makanan sedap-sedap'. Sekali Sazli cakap 'Jom! Sana ada aircond'. Pheeewww lega! Ni first time kitorang try masuk Village Grocer ni. Ya Allah bestnya kalau rumah I bawah ada Village Grover/Jaya Grocer/Cold Storage. Hari-hari pergi market tengok sayur. Tengok je, tak beli pon. Kah kah kah.


Seriously sedap giler Ayam Percik ni. Half macam ni tak sampai RM25.00, ada salad and baked potato as well

Masa sampai tu macam terbangang-bangang taktau nak makan apa. Nampak la ada meja, tapi tu nak order dari mana. Yang I nampak is Sushi Station and yang lagi satu tu banyak makanan berasaskan Oyster je. Naseb nampak Erna dekat sana dengan anak-anak dia so dia cakap boleh try makan Ayam Percik. Boleh order dari tempat jual roti tu (amenda entah nama dia) and makan dekat sini. Oooo kisahnya macam tu. Asalkan makanan dari dalam Village Grocer ni, semua boleh makan dekat sini. Ok ok. Terus la order and lepas tu baru Saz pulak.


Up la lagi satu gambar sebab sedap. Makan ni sharing sepatutnya sebab besar portion. Shein taknak sebab kata dia 'sour'. Dia tu asal tak kena tekak dia semua sour. Memandai je. Next time kalau nak order, mintak asingkan gravy la. 


Saz order Fettuchini Carbonara. Dalam RM20++ jugak harga. Shein makan sorang. Setel. Sedap lah Carbonara dekat sini.


Ceaser Salad ni pon sedap. Sazli yang makan. Harga dalam RM20.00++ I lagi suka Poached eggs dari boiled one.


Si Sheindong korang ni tinggi and berat dah. Bila mintak piggy back, dia sendiri cakap 'Shein is heavy'. Tau pon.


While at kampung, Kaklong share gambar ni dalam WhatsApp group. Tengok topi GF. Tak menahan. Tu dia tak bawak keluar bag dia lagi.

Ok, back pasal makan dekat Village Grocer, kata Sazli nanti boleh la makan dekat sini lagi. I pon suka sebab sini sejuk. Sempat beli Diet Coke and Tembikai. Dah lama teringin. Tengok dalam IG dorang makan scoop pakai sudu je macam best. Kata Shein sama macam Upin dan Ipin. Yer ker ada episode Upin Ipin makan tembikai? Pandai je dia tu. Hahahahaha. Dalam pukul 10.00pm siap makan kitorang pon balik. TQ Papa bawak Mama and Shein keluar makan. Shein keluar sekejap-sekejap macam ni pon dah happy. Dari last week tanya pasal Real Steel punya toys. Harini baru sampai. Tak sabar nak balik, tunjuk pada Shein. Dia suka tu. Especially Noisy Boy and dia tau semua character robot dalam Real Steel. Ultraman pon semua jenis dia tau. I kalau Ultraman, semua pon Ultraman. Takde der X ke, Neos ke, Ginga ke. Tapi Shein, semua dia tau. Mana yang dia taktau, biasa dia akan reka. Macam I dapat nama baru. Ultraman Mama. Pon boleh.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...