Tuesday, May 1, 2018

Sembang Kosong Je

Assalamualaikum..

Happy Labour Day! Rasa macam sekejap je dah Mei kan? Cepat masa berlalu sekarang ni. Nanti diam-diam dah hujung tahun. Ni pon Ramadhan is just a round the corner. I baju raya siap dah semua untuk Shein and Sazli. Tinggal nak hantar Dry Clean je. I punya pulak dah terpakai masa one of the wedding yang I pergi but I ada nampak theme colour sama jual dekat Ash Annas. Kaklong berasap je masa I cakap I dah terpakai. Hahahaha. Yerla, sapa suruh dah siap tergantung and iron, I pakai je la. For this year, baju lelaki and perempuan tak sama. Kita ambik different shades saja nak kelainan. Untuk girls, warna baju is Royal Blue. Tudung nanti kitorang beli sama-sama dekat Ariani. That's the plan nah. Ikut hati I, nak pakai @be_anggunscarves je sebab senang nak bentuk. Yang jenis lain kalau pakai kekadang membuat mood I swing dari pagi jejak ke petang. Baju raya Shein yang casual takde satu pon I beli lagi. Tahun ni concept I is dramatic, beli last minute baru rasa meriah sikit raya. Hahahaha. Tahun lepas, 2 bulan sebelum semua dah setel. Tak rasa sangat kemeriahan dia macam tu, so tahun ni kita buat semua last minute. One more, I ingat tahun ni nak pergi Jalan Masjid India. Sana meriah kalau nak dekat raya. Ellis tu setiap tahun berjanji nak bawak I pergi jalan TAR sudahnya takde pon. Tahun ni kalau dia tak bawak, siap dia. Semalam I cakap I nak makan Nasi Daun Pisang, Durian and Tosei kan? Alhamdulillah Nasi Daun Pisang and Durian dah dapat makan. Tinggal Tosei je yang tak dapat makan. Nak makan Tosei kena makan fresh lepas masak sebab kalau tapau dah tak feel. Nanti dia lemau. Tengoklah esok/lusa maybe dapat makan Tosei. Dah kenapa yang tetiba I nak makan makanan India ni? Biasa tekak Western and Japanese je. Hahahaha. 


Hello Tosei, come to Mama
Eh, tadi asalnya tadi nak wish Happy Labor Day lepas tu pasal raya (yang puasa pon lagi 15 hari) tetiba eh, pasal makan pulak. Adeh. Mudah betul distracted by makanan. Hahaha. Bulan puasa actually is a right time untuk turunkan berat badan. Macam I dalam bulan puasa simply dapat turun 3-4kg's but nanti raya seminggu selamba naik berat badan asal extra lagi pulak 2-3kg ko tengok dia punya game macam mana. I really looking forward for Ramadhan. I suka the atmosphere. Everything about Ramadhan I suka. Sazli pon sama. Nanti macam biasa dia will be busy with solat terawikh berjemaah and last 10 days biasa dia akan sahur and qiamullai dekat Surau bawah ni. I pulak seminggu akan lemau sebelum badan dapat adopt dengan ramadhan routine. Oklah, nak sambung tengok Billu Barber (walaupon dah tengok 14 kali). Okbye!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...